Saturday, June 2, 2012

Kisah Nan Bahagia

Bisimillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah,Alhamdulillah, diberi kesempatan menghirup nikmatNya yang sangat besar ,serta diberi limpahan keterkejutan yang cukup membahagiakan.


( maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?)

( 55:13)


Terima kasih ya Allah.


Sudah separuh tahun untuk 2012,kini Jun hadir dalam lipatan hidup kita.Moga Allah swt menerima amal dan usaha kita, semakin mendekatkan kita kepadaNya- Allah swt serta semakin menderaskan langkah kita untuk menyelesaikan azam tahun baru kita.


Moga kita menjadi mukmin yang lebih baik dari hariini dan semalam,insyaAllah.


Beberapa perkara yang menarik untk di kongsi sepanjang pertengahan tahun 2012 -


1)  Fasa maratib amal


Alhamdulillah,Alhamdulillah, dikurniakan nikmat terindah. Moga nikmat ini tidak melorongkan diri ke arah kelalaian dan kealpaan duniawi.


Tanggal 09 mac 2012,, menjadi saksi ikatan dua jiwa yang mendambakan redha Ilahi dalam satu ikatan lafaz sakeenah. Akhirnya,saya menjadi isteri kepada ,yang moga Allah meredhai dan mencintai dirinya,suami soleh,Mohd Shah Rizal Bin Samsuddin.


( Dan diantara tanda -tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNya antara kamu kasih sayang) (30:21)


Hujan yang turun mencurah- curah menjadi saksi ketenangan dan kedamaian diri ibi setelah berusaha menjaga sebaik-baiknya tempoh.pertunangan kami berdua selama ini.


2) Pelajar Tahun Akhir


Alhamdulillah, sekarang sedang menghadapi peperiksaan besar bagi tahun akhir, Kuliah Al Azhar,Mansoura,Jabatan Usuluddin Hadis.


Masih berbaki lapan subjek bertulis dan dua subjek oral dan Insya Allah,akan selesai berjuang di medan pena ini, tanggal 4 Julai 2012.


Doakan Allah swt memberkati ilmu ini dan menjadikan semua ilmu yang dipelajari selama ini serta kejayaan yang bakal diraih, sebagai infaq terbaik buat Al Quds dan umat Islam.


3) Pilihanraya Presiden Mesir


Alhamdulillah,minggu lepas sudah selesai pemilihan calon Presiden Mesir,yang mana menyaksikan beberapa calon bersaing sengit. Akhirnya,dua calon yang akan bertanding pada pilihanraya calon presiden ulangan pada 15,,16  Jun ini.


Percalonan ini,menyaksikan wakil calon parti Huriyyah wa Adalah ,Dr Muhammad Mursi melawan calon.fulul aka pro Mubarak, Ahmad Syafiq.


Dunia menyaksikan pertembungan antara yang haq dan batil. Doakan moga Allah swt mengurniakan kemenangan kepada Dr Muhammad Mursi. Insya Allah,kemenangan beliau akan memberi impak besar kepada Palestin, Mesir dan dunia Arab.


Allah mustaan. Sama- sama kita berusaha menyumbang usaha kita dengan memperbanyakkan doa, qiyammullai ,qunut nazilah serta yang paling penting membangunkan Islam dalam diri dan insan sekeliling.


( Katakanlah pertolongan itu milik Allah semuanyanya.Dia memiliki kerajaan langit dan bumi.kemudian kepadaNya kamu dikembalikan) (39:44)


Published with Blogger-droid v2.0.4
Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 1, 2012

Fasa Imtihan Kedua Soifi.




Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Imtihan sudah bermula.

Untuk tahun 4 usuluddin hadis, Universiti Al Azhar,Mansoura,

Kami mengambil 11 madah tahriri (subjek written) dan 2 madah syafawi ( subjek oral)

Jadual Imtihan,usuluddin hadis --->

26.05.2012 : AL QURAN

29.05.2012 : DAKHIL FI TAFSIR

02.06.2012 : MUSTOLAH HADIS

05.06.2012: HADIS MAUDHUIE

09.06.2012 : MILAL NIHAL

12.06.2012: USUL FEQH

19.06.2012 : ISTISYRAQ WA TABSYIR

23.06.2012 : TAKHRIJ

26.06.2012 : HADIS TAHLILI

28.06.2012: SIRAH

30.06.12 : SYUBHAT SUNNAH

JULAI

03.07.2012 : TAA' YIN HADIS TAHLILI

04.07.2012 : SYAFAWI AL QURAN

Semoga kesungguhan kani ini semata- mata kerana Allah swt dan moga kejayaan kami ini menjadi infaq terbaik buat Al Quds dan Islam.

- maka apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal.