Tuesday, March 6, 2012
Di Jalan Cinta Para Pejuang
Thursday, September 29, 2011
jalan buat mereka yang mahu dan sedia

Bismillahirrahmanirrahim.
Moga semakin siaga dan berstamina dalam meneruskan jalan yang penuh cabaran ini.
Hidangan tazkirah hari ini~ ( 9 :41 )
(berangkatlah kamu baik dengan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan ALLAH. Yang demikian lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui)
Jelas dalam ayat ini menunjukkan dan membuktikan kepentingan jihad kepada kita.
Bagi seorang daie, jihad kepada ALLAH adalah jihad kita bekerja di jalan dakwah. Sejauhmana kita mengoptimumkan masa kita,tenaga kita, harta kita ,diri kita sendiri untuk dakwah.
Adakah dakwah yang kita sebut-sebut itu hanya dipinggiran bibir kita,dilingkaran minda kita atau diatas usaha-usaha kita yang sepenuhnya kita lakukan kerana ALLAH SWT,yang kita lakukan demi deenulhaq,demi ummah yang semakin tenat?
Kita perlu DAN sentiasa ingat, semua perkara yang kita lakukan,semua benda yang kita buat adalah kerana DAKWAH. Hidup kita adalah hidup sebagai daie. (Moga ALLAH mepermudahkan kita untuk membina hidup kehambaan ini. Rasa kehambaan kepada ALLAH swt). Kita kena ingat, kena hadam betul-betul,jatuh bangun dakwah itu disebabkan kita. Kita selaku bahan binaan dakwah,kita perlu kuat,perlu kukuh. Jika kita kuat ,kukuh, maka kuatlah, kukuhlah bangunan dakwah tersebut dan begitulah juga sebaliknya.
Mari kita muhasabah kembali,sejauhmana komitmen kita dalam usrah? Kerja dakwah kita? Kita buat bersungguh-sungguh atau main-main? Nak tunggu kena suruh atau kita berinsiatif sendiri mencarinya? Adakah kita mahu menjadi golongan yang berjihad atau golongan yang meminta izin dari supaya tidak berjihad? Sama-sama kita fikir, sama-sama kita muhasabah. Mudah-mudahan kita bukan golongan yang membantutkan perjalanan dakwah itu sendiri.
Jalan dakwah ini, jalan yang sangat panjang, yang tidak dapat kita capai dalam tempoh yang singkat. Mungkin sahaja jalan kemenangan ini tidak tercapai di tangan kita, malahan bisa saja,kemenangan itu tidak mampu di kecapi oleh kita. Tetapi, apa yang penting,kita bekerja untuk mencapai kemenangan tersebut. Dan ingatlah,di akhirat kelak kita akan di Tanya tentang apa yang telah kita usahakan sekecil-kecilnya atau sebesar-besarnya ( 99:7-8)
(maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,niscaya dia akan melihat balasannya)- 99:7
(dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah ,niscaya dia akan melihat balasannya) -99:8
Jalan dakwah ini juga akan dihiasi dengan ujian-ujian atau cabaran-cabaran dariNYA yang MAHA KUASA. Kerana apa ALLAH swt menghadiahkan segala ujian, segala mehnah buat hambanya? Kerana ujian tersebut adalah penapisan bagi menilai rijal-rijal yang ikhlas bekerja dan komited kerana ALLAH SWT. Kerana itu, kita dapat lihat dijalan dakwah ini, ada kader-kader dakwah yang datang dan pergi, kerana ALLAH mahu membersihkan jalan dakwah ini. Jalan yang hanya akan dilalui oleh mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh bekerja kerana ALLAH swt.
Oleh itu,tidak dapat tidak,jalan dakwah ini memerlukan pengorbanan(tadhiah)dari kader-kader dakwah. Jalan juang yang memerlukan segalanya dari kita. Masa,tenaga,harta dan sebagainya.
Beruntunglah bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam mengharungi jalan dakwah ini. Yang mengerahkan segala usaha dan tenaganya semata-mata demi menunaikan janjinya kepada yang Maha Kuasa.
Ingatlah,jalan dakwah ini ibarat kereta api, akan berjalan untuk sampai ke stesyennya. Samaada kita naik atau tidak, kereta api tersebut tetap akan terus berjalan. Rugilah mereka yang meninggalkan perjalanan ini. Kerana jalan inilah jalan yang diwariskan oleh para anbiyaa, jalan yang dilalui oleh rijal sodiq dan jalan yang diredhai dan dirahmat ioleh Allahswt.
Semuanya,terpulang kepada kita, kepada tahap keimanan kita. tanyalah diri kalian, samaada mahu menjadi orang yang serius dalam hidup atau hanya mahu menjadi orang yang sentiasa bermain-main dengan hidupnya.
dan di akhirnya, jika kita berjaya melalui jalan ini dengan sebaik-baiknya,maka terimalah janji dari ALLAH swt:
24-55: Dan Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman antara kamu dan mengerjakan amal yang salih, bahawa Dia (Allah) sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana telah berkuasa orang yang sebelum mereka, dan sungguh Dia (Allah) akan meneguhkan bagi mereka al-din (agama) yang telah diredai-Nya (Allah) untuk mereka. Dan Dia (Allah) benar-benar akan menukarkan (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. (Kerana) mereka tetap mengabdikan diri kepada-Ku (Allah dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku (Allah). Dan sesiapa yang (tetap) kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang yang fasik.
Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah ayat 111).
Saturday, September 24, 2011
OBSES DI JALAN DAKWAH

BIsmillahirrahmanirrahim.
Moga hari ini lebih baik dari semalam. Lebih memacu dari sebelumnya.
Ukhti fillah yang di sayangi,
Setiap hari ,setiap saat kita perlu bersemangat dalam mencorakkan dakwah kita. Kreatif merangka gerak kerja dan gigih dalam melaksanakan amal lillahitaala.
Ukhti,
Dakwah itu, bukan perlu di beritahu apa yang kena buat, bukan perlu menunggu arahan baru buat. Tetap,i dakwah adalah amal yang kita laksanakan setelah kita menerima ilmu,setelah kita memahami ilmu tersebut.
'Balighuna walau ayat'. Sampaikan walau satu ayat. Ayuh, akhwat,adik- adik yang di kasihi kita terapkan kewajipan menyampaikan di dalam diri kita. Walaupun perkara tersebut kita merasakan enteng, orang dah tahu tetapi itulah tanggungjawab kita, sampaikan,sampaikan dan sampaikan.
"Alah,akak macammana nak sampaikan?" " Tak tahu nak cakap dengan siapa?" " Tak tahu nak mula dari mana? "
Akhwat sayang,
Ayuh,kita asah kelebihan kita. Allah swt memberi kita nikmat mulut untuk bercakap, nikmat jari untuk menulis, bakat seni untuk melukis,untuk mengarang dan sebagainya.Mengapa tidak kita menggunakan bakat tersebut dalam menyampaikan risalahNya?
Semuanya perlu kembali kepada kefahaman kita dan kemahuan kita yang tinggi dalam dakwah. Kesungguhan kita dalam menegakkan kembali kalimah Tauhid di muka bumi. Keinginan kita yang tinggi untuk mencapai ustaziatul alam. Tidak dapat tidak, semua itu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit,yang bukan mudah! Dan semua itu akan kita laksanakan apabila kita memahami dengan jelas. Maka barulah kita mampu di terjemahkan dalam amal.
Ayuh akhwat,ayuh jundi, kita kreatif dan proaktif dalam melaksanakan amal kita. Sampaikan pada semua, penyaksian kebenaran yang kita yakini. Moga satu hari nanti,hidup mulia atau mati syahid pengakhiran hidup kita. Dan moga pada waktu itu,kita dipertemukan di akhir perhentian yang kita dambakan iaitu di jannah firdausiNya bersama para anbiyaa dan solihin.ameen ya Rabbal alamin.
Hidup perjuangan memerlukan pengorbanan.kitalah pencorak atas jalan yang kita imani.
Salam sayang.
Monday, June 27, 2011
Ibrah dari pensel yang comel ^_^
Seorang penulis Indonesia telah menulis sebuah buku yang bertajuk
“Pandangan Melingkar” atau dalam bahasa arabnya disebut 'mulahazah'.
Yang dimaksudkan dengan pandangan melingkar adalah memandang sesuatu dari
pelbagai sudut yg berlainan. Dengan kata lain, di sebalik setiap benda
yang dicipta oleh Allah, ada pengajaran atau maksud yang boleh kita ambil
darinya.
Contohnya, mari kita melihat kepada pensel yang selalu kita gunakan untuk
menulis. Dapatkah anda meng'extract' pengajaran2 yang boleh diambil dari
sebatang pensel?
PENSEL VS MANUSIA
1. Sebatang pensel jadi berguna kepada manusia kerana rod graphite yg ada
di dalamnya dapat digunakan untuk menulis.
Begitulah juga manusia, jika tiada ruh di dalam tubuhnya, nescaya manusia itu
hanya segumpal tanah yang kaku, ia jadi bernilai hanya kerana ruh yang ada
di dalam tubuh itu.
2. Sebatang pensel yang tajam itu lebih baik dari sebatang pensel yang tumpul.
Meskipun ruh telah menjadikan manusia itu hidup, tetapi ruh individu yang
beriman lebih dikasihi oleh Allah dan lebih tinggi nilainya berbanding ruh
yang tidak beriman.
3. Pensel yg tajam sekalipun jika diguna lama, akan menjadi tumpul.
Tetapi berita baiknya, ia masih boleh diasah menjadi tajam semula.
Iman di hati manusia naik dan turun, tetapi meskipun ia
turun, ia masih boleh ditambah
dengan menghadiri majlis2 ilmu, mengkhusyukkan solat
sehingga ia tajam kembali.
4. Kesilapan yg dilakukan ketika menulis dengan pensel boleh di padam.
Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kerana manusia
diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang lemah.
Tetapi untuk setiap kesilapan itu, pintu
Taubat Allah sentiasa terbuka kecuali ketika hampir datangnya maut.
5. Sebatang pensel yang selalu digunakan, lambat laun akan menjadi pendek,
dan akhirnya akan dibuang kerana tidak dapat lagi digunakan.
Setiap saat manusia semakin hampir kepada maut di mana ruhnya
akan diangkat untuk perjalanan seterusnya.
6. Pensel yg masih panjang lebih sedap digunakan untuk
menulis berbanding pensel yg pendek.
Zaman muda adalah zaman emas manusia. Di zaman ni
manusia boleh menggunakan sepenuh tenaganya,
dengan pilihan mereka sendiri sama
ada untuk berbuat baik atau sebaliknya.
Friday, June 10, 2011
Hembusan kasih sayang.
Setiap KEDUKAAN akan berganti dengan KEBAHAGIAAN
Setiap PERPISAHAN pasti bermula dengan satu PERTEMUAN
Setiap YANG BERAKHIR akan bertukar dengan suatu PERMULAAN
Setiap KEJADIAN ALLAH pasti ada HIKMAHNYA... ..
