Tuesday, March 6, 2012

Di Jalan Cinta Para Pejuang


Ia mengajarkan jiwa yang kental dan cekal. Jiwa militan dan radikal.  Bukan bererti mengangkat senjata dan kereta kebal, tetapi jiwa seorang penggerak yang tidak rela direhatkan. Kerana rehatnya seorang daei itu hanyalah di syurga. Di jalan cinta para pejuang,kita bukanlah ahli sufi yang merajut cintanya hanya di tikar sejadah dan di mimbar masjid, tetapi ia terus menyusun agenda untuk berkarya pada umatnya walau di mana saja dia berada dan pada waktu bila sahaja dia masih bernyawa. Dia bukan manusia yang lekas meminta dibantu tetapi ia sedia kuat membantu. Dia bukan manusia yang hanya bergantung harap walau pada yang berhak, tetapi jiwa mandirinya sukar dikawal kerana di jalan cinta para pejuang inilah dia belajar untuk melakukannya sendiri..itulah militansi.

I want to get married because


Because I want my eyes to see someone special, someone halal, knowing that he/she is my gift from Allah.

Because I want someone who loves Allah and loves me because he loves Allah.

Because I want somebody to share my happiness and praise Allah with me,
someone to cry my tears with me and make du’a with me and someone to love
and love Allah with me.

Because I want to have children of my own to love and care and share with a
gift from Allah.

Because I want to share Allah’s beautiful creations and praise His name with someone who Allah has fated to be with me since I was born.

Because verily, with a halal partner, my life and everything I do with my
husband will be halal in the eyes ofAllah.

Because I am a gift from Allah to someone, and I want to let him feel Allah’s love through me.

Hikmah sebuah perkahwinan



“Wahai orang-orang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha. Mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam syurga..” (Surah At-Tahrim : ayat 8 )

taubat nasuha, kerana kebersihan hati dan kedekatan dengan Allah itu adalah bekalan yang terbaik. Moga Allah mengampuni kesalahan-kesalahan yang lalu, kerana semua itu ada sahamnya. Sesungguhnya Mawaddah wa Rahmah itu adalah pemberian Allah SWT. Kebahagiaan itu adalah kurniaan Allah. Maka mintalah dari Dia.

Perkahwinan ini satu ibadah. Segalanya adalah demi membuktikan Allah itulah cinta nombor satu kita. Tiada yang pertama selain Dia. Pernikahan ini adalah satu pembuktian, satu komitmen kepada syariat Allah, sepertimana dilaksanakan oleh ar-Rasul terdahulu. Dengan nama Allah, akad itu dijalin. Dengan nama Allah, ikrar itu terpatri. Dengan nama Allah, cinta itu bermula. Semuanya atas nama Allah. Allah Tuhan kami.

Ia menjadi satu medan untuk beramal, untuk berkasih-sayang, untuk membina diri, untuk mencari kekuatan, untuk mengutip pahala. Semoga kekal bahtera itu dalam keredhaan Allah SWT. Dengan rahmatNya, mudah-mudahan dua orang nakhoda itu akan tetap kompasnya, mengemudi sehingga selamat sampai ke destinasi akhir yang diimpi-impikan, syurga Allah Taala dan berbahagia di sana.

“Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat, dan Engkaulah sebaik-baik Pemberi Rahmat.” (Surah Al-Mukminun : ayat 109)