Saturday, September 24, 2011

MENTADABBUR ALAM ~EL FAYOUM

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah,pada hari khamis lepas, kami telah di berikan kesempatan untuk berjaulah ke Al fayoum,mesir. Sebuah perkampungan yang di bina oleh Nabi Musa AS selama 1000 hari. Tempat bersejarah yang mana adanya kisah2 yang di paparkan di dalam AL QURAN iaitu kisah qarun (orang yang paling kaya di zamannya)


Sebelum itu, izinkan saya menceritakan pengembaraan kami dari cairo ke fayoum. Perjalanan ini mengambil masa selama 3 jam.Kami berenam menaiki kereta KIA yang di pandu oleh musyrif dari Acheh. Sebelum sampai ke fayoum ,kami melalui jalan ke Giza. Dari jauh,kami dapat melihat tersergamnya piramid,simbol keengkaran Firaun dan kesombongannya kepada ALLAH swt.


Di sepanjang perjalanan,kami melalui kawasan yang sesak .Di kiri kanan ,kami di hidangkan dengan kesuburan tanam-tanaman di sepanjang jalan. Tidak lama kemudian, kami melaLui kawasan padang pasir. Cuaca yang panas,sangat menginsafkan kami dan membuatkan kami terkenang ketabahan para mujahideen yang bersemangat meneruskan hidup mereka di tengah terik padang sahara.


Akhirnya, dari jauh kami telah nampak papan tanda fayoum yang besar menanti ketibaan kami. Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan tersebut kerana di kiri kanan kami hanya ada padang sahara yang sangat terik.Sempat juga,kami berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar di tengah-tengah kawasan padang pasir(tak adalah tengah sangat )


Akhirnya,kami melalui tasik yang sangat panjang. Rupanya itulah tasik qarun yang telah di sebut namanya di dalam AL QURAN ,iaitu di dalam surah qasas (surah ke 28)


Siapakah Qarun??

Qarun, lebih dikenali sebagai sepupu Nabi Musa a.s,namun ada juga pendapat ahli sejarah menyatakan dia adalah bapa saudara Nabi Musa a.s. Berketurunan Bani Israel walaupun tinggal di Mesir. Merupakan seorang yang paling kaya di zamannya. Malangnya,dengan kekayaannya menjadikan dia bongkak dan takbur dengan hasil kekayaan yang di terimanya. Walau apa julukan yang difikirkan oleh kita kepadanya, namun Allah SWT telah memberikan laknatnya kepada Qarun – sikaya yang derhaka – hingga ditelan bumi akhirnya.Turut tenggelam bersama-samanya ialah segala harta bendanya dengan disaksikan oleh Bani Israel. Kini, bekas runtuhan tapak gedung Qarun dipercayai telah ditukarkan Allah SWT menjadi sebuah tasik dan ada yang mengatakan sisa-sisa istananya masih ada di Mesir. Walau apa pun yang terjadi, nama Qarun kekal hina di dalam al-Quran – simbol manusia bakhil yang dimurkai Allah sepanjang zaman.

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari surah qasas. Antaranya adalah ,berhati-hatilah kita dengan setiap kelebihan atau nikmat yang kita dapat. Dan sangat perlu di ingatkan,apa sahaja yang kita perolehi di dunia ini semuanya adalah kurniaan dari ALLAH swt.

Berhati-hatilah kita agar tidak terpedaya dengan hiasan duniawi kerana ia hanyalah tipu daya yang bisa meracuni jiwa kita. Hidup kita di dunia adalah untuk beramal kepada ALLAH swt .Moga kita dipelihara oleh ALALH swt dari menjadi golongan yang lalai dan takbur.


Al-Qasas [78] Qarun menjawab: Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkanpengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. Tidakkah ia mengetahui, bahawa Allah telahmembinasakan umat-umat sebelumnya iaitu orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyakmengumpulkan harta kekayaan? Dan orang yang berdosa apabila mereka diseksa tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka.


[79] Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Berkatalah orang yang inginkan kesenangan hidup dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.


[80] Dan berkata orang yang diberi ilmu: Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allahlebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima pahala yang demikian itu melainkan orang yang sabar.


MasyaALLAH, sangat hebat kekuasaan ALLAH swt kepada hambaNYA. Bagaimana harta qarun yang sebegitu banyak berjaya di tenggelamkan sehingga ke dasar laut, malahan ALLAH swt menghinanya dengan menjadikan tasiknya berbau busuk! Itulah balasan bagi mereka yang takbur dari mengingati ALLAH swt. Tak dapat di bayangkan oleh akal kami yang cetek ini, betapa banyaknya harta qarun jika dinisbahkan dengan kepanjangan dan keluasan tasik tersebut. INNALLAHA ALAA KULLI SYAI"IN QADIR.


Perjalanan kami di teruskan lagi. Kami berhenti seketika di sebuah kawasan tasik qarun untuk menikmati makanan tengah hari( masakan simple yang di masak oleh anak -anak dara ^_^ ). Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui betapa panasnya kawasan tersebut.


Selepas itu,kami meneruskan perjalanan kami ke istana qarun (qasr al qaruun). Hanya tinggal satu sahaja binaan qarun yang terselamat dari bencana yang di timpakan oleh ALLAH swt. (nak masuk ke sini kena bayar tau ).Kawasan ini di jaga oleh syurtoh(askar) yang berpakaian arab badwi. Kawasan qasr qarun tersebut hanyalah kawasan padang pasir yang luas dan di tengah-tengahnya hanya ada satu -satunya sahaja istana qarun.Yang lain,semuanya habis di tenggelami oleh bencana banjir yang di turunkan oleh ALLAH SWT.


Di dalam bangunan tersebut,ada beberapa tingkat dan di penuhi oleh bilik-bilik yang pelbagai saiz. Di bilik-bilik inilah, qarun telah menyimpan hartanya yang tidak terkira banyak. Bayangkan betapa kayanya qarun, setiap ekor unta di gunakan untuk menggantung kunci biliknya! Kaya,sangat kaya. Kalau di bandingkan zaman sekarang,Donald Trumph pun kalah dengan qarun . Penat kami melangkah satu persatu meneliti bilik-bilik harta si qarun ini. Kalaulah harta tersebut ada,tentu kami dah pengsan melihat timbunan harta yang begitu banyak #_#


"Orang tamak selalu rugi" itulah perumpaan terbaik dan mampu di fahami oleh kita. Ketamakan qarun akhirnya merugikan dirinya sendiri malah yang paling hina apabila ALLAH swt menghinakan dirinya di dalam AL QURAN. Moga qarun menjadi simbol peringatan terbaik buat kita bahawa segala hak kita di dunia adalah milik ALLAH swt. Jika DIA mahu,maka dia boleh menarik pada bila-bila masa dan ketika mana DIA mahukan.


Kami pun meneruskan pendakian kami di istana tersebut. Di salah satu tingkat di situ, terdapat ukiran qarun yang memegang kuncinya. Agaknya,sebab itulah orang mesir suka memegang kunci yang banyak. Mula-mula dulu pelik juga,kenapalah tak di simpan sahaja kunci tersebut di dalam poket ^_^ .


Akhirnya di tingkat paling atas, kami dapat melihat keseluruhan kota qarun seperti padang jarak padang tekukur. Tiada apa yang ada di kawasan tersebut,kecuali istanannya dan beberapa perigi (perigi ke? ) Tetapi Maha HebatNYA ALLAH SWT, di sebelah kawasan istana qarun yang tidak ada sejenis tanaman pun, terdapat kawasan yang subur dengan tanaman.Pelikkan. Itulah hebatNYA Allah YANG maha HEBAT. Allahu Akbar.


Setelah puas melawat dan mengambil ibrah di setiap pendakian kami di qasr qarun serta setelah puas bergambar,kami pun meneruskan lagi perjalanan kami . Kami di beritahu oleh pak musyrif, bahawa kami akan ke sebuah kawasan yang mana terbina nya kincir air pada zaman Nabi MUSA AS.


Perjalanan ini agak jauh,sempatlah kami mentadabbur alam ini. Kiri kanan jalan dipenuhi dengan pokok zaitun dan pohon tamar.Alangkah terujanya kami sehingga bersemangat untuk berhenti di tepi jalan untuk menangkap gambar pohon zaitun dan pokok tamar. Dua tumbuhan yang mana pokok zaitun,namanya telah tercatat di dalam AL QURAN~suraH AT TIN (95:1). Manakala pohon tamar adalah buah yang sangat di sukai oleh Nabi kita MUHAMMAD SAW.


AKhirnya setelah 1jam, kami tiba di kawasan yang terdapat kincir air. Ada 3 buah yang masih kekal dan utuh,yang lain telah musnah akibat di mamah usia.Lebih 2000 tahun kot,lama kan. Menurut cerita seorang ustaz dari Pattani,kincir air yang utuh kini telah diperbaiki oleh kerajaan ROM. Sebab itu,ia masih kekal sehingga kini.


Setelah puas bergambar dan minum asir mangga (jus mangga) ~oh ya, fayoum terkenal dengan tanaman mangga nya,maka kami singgah bersolat di sebuah masjid yang berdekatan dengan kincir angin. Sempat juga,kami di sapa oleh dua orang si anak kecil yang meminta wang kepada kami untuk membeli seliparnya yang telah terputus ^_^ .


Akhirnya,lewat petang,kami pun mula bergerak untuk pulang ke tempat kediaman kami di kota kesesakan . Dalam perjalanan,sempat juga kami singgah di ladang pohon tamar untuk membeli tamar(kurma) dan aktiviti wajib kami iaitu bergambar.


Dalam perjalanan ini juga, ALLAH swt telah menegur kami dan menyedarkan kami bahawa KEMATIAN ITU PASTI AKAN TIBA. Sepanjang perjalanan ini,kami di pertemukan dengan dua buah kejadian kemalangan yang dasyat T_T. Sebuah kemalangan antara lori dan lori dan sebuah lagi lori dan kereta. Moga ALLAH mengakhirkan kematian mereka dengan sebaik-baik pengakhiran.


Itulah sedikit sebanyak,rentetan perjalanan mentadabbur alam kami ke al fayoum. Moga setiap liku-liku perjalanan kami di terima oleh ALLAH swt dan tidaklah menjadikan perjalanan kami ini sia-sia.


InsyaALLAH, ada kelapangan,ada masa, moga ALLAH mempertemukan kami lagi di kota al fayoum.Apa pun kota tersebut meninggalkan kenangan manis kepada kami terutama dalam menghayati kisah perjuangan NABI MUSA AS dan sangat memahamkan kami kisah qarun yang mana telah tercatat di dalam kitab kita AL QURAN KAREEM.


Sesiapa yang punya kelapangan waktu,di permudahkan rezeki,saya ingin mencadangkan datanglah ke bumi Anbiyaa ini,bumi yang mana di dalam nya terdapat kisah-kisah yang di ceritakan di dalam AL QURAN dan bumi di mana suburnya perjalanan dakwah sehingga kini serta bumi yang berjaya menghirup kebebasan bergerak nya ~bumi misr jadid. ahlan3.

peta al fayoum

kincir air

kawasan tanaman yang subur~jauh beza dengan kota kaherah yang susah nak jumpa pokok yang subur dan cantik ^_^

peta fayoum.

INILAH QASR QARUN .

No comments: