Saturday, January 15, 2011

Ujian, hadiah kasih sayang ALLAH SWT

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah tadi telah tamat peperiksaan subjek;Sirah An

Nabawiyyah..Mudah-mudahan ALLAH swt melembutkan hati Doktor dan

mengurniakan markah yang terbaik buat saya dan sahabat yang lain..

Em,saya tertarik untuk berkongsi mengenai ujian.Saya pasti sesiapapun yang

pernah hidup di dunia ini akan menerima ujian.Perlu di ingatkan ujian bukan

sahaja ketika anda merasa sakit,susah,sedih,derita dan segala rasa yang

menyakitkan tetapi rasa sihat,nikmat,bahagia,seronok itu juga merupakan

ujian..Eh,seronok pun ujian ke?Ya, semua rasa itu merupakan ujian dari Sang

Pencipta untuk menilai tahap keimanan dan ketawadhukan hambaNYA.




































Eh,setahu saya rasa yang menyakitkan sahaja ujian.Rasa yang menyenangkan itu adalah anugerah dari ALLAH swt pada hambaNYA.Perlu ingat sahabat,rasa yang menyenangkan itu adalah anugerah dariNYA untuk hambaNYA yang pandai bersyukur.."Sesungguhnya ALLAH amat menyukai hambaNYA yang bersyukur".Tetapi malangnya, hanya sedikit dari kita yang bersyukur atas segala anugerah yang dikurniakanNYA.Ramai yang merasakan itu semata-mata adalah hasil usahanya sahaja..Hati-hati sahabat,moga kita tidak tergolong dalam golongan insan yang sombong dengan kurniaanNYA.

Firman Allah bermaksud: “Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun). Kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”
(Surah At-Takwir ayat 29).


Ramai dari kita di timpa ujian yang menyakitkan apatah lagi di zaman sosial ekonomi yang sangat mencabar.Segalanya perlu berbayar,segalanya ada nilaiannya.Masalah duit,kerja,belajar,perhubungan merupakan masalah yang kerap di dengar.Tetapi perlukah kita berputus asa apabila di uji?Patutkah kita terduduk kaku mengenang ujian yang menimpa?Menangis tanpa henti ibarat tiada hari esok untuk kita.


“Jangan kamu berputus asa daripada pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat (atau pertolongan) Allah melainkan

orang-orang kafir”

(Surah Yusuf: Ayat 87).

Sahabat,ujian itu tanda kasih ALLAH swt pada hambaNYA,tanda teguran ALLAH swt yang penuh berhikmah.Kenapa?Kerana dengan hadirnya ujian itu kita akan mencari cari sumber kekuatan kita iaitu ALLAH swt.Merintih,memohon,menginsafi segala kelalaian kita ketika senang dahulu serta menyesali kekhilafan kita mengabaikan perintah ALLAH swt.Kalau dahulu,kerja atau belajar paling utama.Solat?Kejap lagilah,kerja@ilmu ini lagi penting.Baca Al Quran?Tiada masa kerana membaca komik@novel@majalah terkini lagi penting.Berselawat atau berzikir di gantikan dengan hiburan terbaru yang melalaikan.Solat jemaah awal waktu atau solat di masjid tiada dalam jadual hidup dengan alasan tidak cukup masa.Hak terhadap Sang Pencipta tidak di jaga dengan sebaiknya.Manusia oh manusia.Sudah terhantuk baru terngadah..

Teman yang di kasihi,ujian itu tarbiyyah(pendidikan diri).Ujian mendidik hati untuk lebih cekal,mendidik akal untuk lebih kreatif menyelesaikan masalah.Jadi,apa perlu menangis,merintih seolah olah putus pengharapan apabila di uji?Mengapa tidak kita bangun,muhasabah kembali erti tersirat ujian yang dihadiahkan dan mencari penyelesaiannya.Ingat mukmin yang kuat lebih di cintai oleh mukmin yang lemah.Jadilah mukmin yang kuat agar kita lebih di cintai olehNYA.

Ujian juga merupakan simbolik perbandingan antara orang yang engkar dan taat.Selain untuk menilai sejauh mana kesabaran dan ketaatan hambaNYA ,ujian juga membantu kita membentuk keperibadian serta menghapuskan dosa yang telah kita lakukan selama ini.Oleh itu sahabat, jadikanlah ujian sebagai medan memperkasakan kesabaran dan membiasakan diri menetapkan pendirian kita.Binalah kehidupan berujian ini dengan sabar dan tabah kerana ini adalah setinggi tinggi iman di sisi ALLAH swt.

Hatta,Rasul saw yang juga di timpa ujian yang sangat dahsyat terutamanya ketika pemergiaan bapa saudaranya yang tercinta Abu Talib.Beliaulah insan yang menjaga Rasul saw semenjak Baginda berumur lapan tahun sehingga Baginda di lantik menjadi utusan ALLAH swt.Beliau sentiasa mempertahankan Rasul saw dari tindakan biadap kaum Musyrikin.Selain itu,kematian isterinya yang tercinta Saidatina Khadijah RA juga merupakan tamparan yang hebat pada Baginda saw,kerana Saidatina Khadijah RA insan yang banyak membantu dan menguatkan Baginda di jalan dakwah ini.Beliau sentiasa ada ketika susah dan senang dan juga merupakan penghibur di saat gelisah serta pemberi semangat ketika Baginda memerlukan kekuatan.Pada saat inilah,ketika mana pemergian dua insan kesayangan Rasul saw,kaum QURAISY menggandakan penentangan terhadap Baginda sehinggakan anaknya Saidatina Fatimah RA sangat sedih melihat keadaan ayahandanya .Lantas Rasul saw memujuk dan menenangkan Saidatina Fatimah RA dengan berkata:janganlah menangis anak kesayanganku..ALLAH swt melindungi ayahmu daripada kejahatan manusia.Dengan keyakinan Rasul saw,ALLAH swt telah mengurniakan ketabahan dan kesabaran kepada Baginda untuk meneruskan Risalah ini.

Islam telah menyarankan kepada umatnya yang ditimpa ujian agar mengharungi kehidupan dengan lebih cekal dan bersabar.Bagi mengubat kesedihan itu,ALLAH swt telah memberikan penawarnya iaitu:

Firman Allah bermaksud:“Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagaikebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 156 – 157).

Kalimah ISTIRJA'(INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN) merupakan penawar yang mujarab bagi yang mendengarnya.Hati akan mudah tenang dan terhibur serta mampu menerima ujian dengan redha.Ingatlah dalam melayari hidup berujian,seiringkanlah tiga prinsip ini iaitu usaha,tawakal dan redha.Moga ujian yang menimpa semakin mencambahkan rasa kecintaan kepada ALLAH swt dan meninggikan darjat keimanan hambaNYA yang bersabar.

Antara usaha yang boleh dilakukan bagi merawat kesakitan ujian itu, ISLAM telah memberikan penawarnya iaitu:


1)Menghayati kebesaran dan kekuasaan ALLAH swt dengan melihat alam sekeliling dan fonomena yang berlaku(bukan hayati sahaja tapi ambil iktibar.contoh tsunami)

2)Sentiasa membaca dan memahami ayat ayat cinta ALLAH swt serta mengamalkan dalam kehidupan.

3)Mempelajari dan menghadami sirah Nabawiyyah dan mengambil iktibar.Contoh:kisah kekentalan jiwa dan keteguhan iman Baginda dan para Sahabat ketika bermulanya seruan Islam secara terang.

4)Menilai dan menghadapi sesuatu musibah dengan hati yang lapang dan jiwa yang tenang.

5)Dunia adalah tempat ujian dan percubaan yang wajib di lalui oleh manusia sebelum tiba ke destinasi terakhir.

6)Sentiasa memohon dan bertawakal kepadaNYA.

7).Mohon perlindungan Allah swt daripada sebarang godaan syaitan.

8)Menginsafi diri dengan musibah yang berlaku dan menyingkap hikmah di sebaliknya.

9) Mendampingi diri dengan ajaran agama yang sebenarnya.(Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu) (Al-Baqarah [2]: 208-209).

10)Allah akan sentiasa bersama orang yang sabar menghadapi ujian-Nya dan sekali-kali tidak akan mengecewakan hamba-Nya.(Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.“) [Al Anfaal:46


Akhirnya saya tinggalkan renungan buat penenang jiwa dari ayat-ayat cintaNYA :

"Dan siapa yg berserah diri bulat pada Allah dan berusaha melakukan kebaikan maka sesungguhnya dia telah berpegang pada satu tali yg sangat teguh dan utuh kerana ikhlas melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.Dan ingatlah Allah itu kesudahan segala urusan."

(Luqman 31:22)


“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri kepada-Mu” [Al A'raaf 126]

2 comments:

NOOR REHAN said...

Salam, artikel yang manarik.Kdg kala kita cept marah pd situasi yg kita hadapi tanpa merasai sebenarnya Allah ingin menrapatkn hubungan kita dgnNya dgn menyediakan pelbagai ujian....

Bersama-sama kita meneladani Rasulullah dn para sahabat dlm mewarnai kanvas kehidupan...

kak yang said...

nice article ;)