Friday, September 30, 2011
Beriringan menuju jannahNYA
Thursday, September 29, 2011
jalan buat mereka yang mahu dan sedia
Bismillahirrahmanirrahim.
Moga semakin siaga dan berstamina dalam meneruskan jalan yang penuh cabaran ini.
Hidangan tazkirah hari ini~ ( 9 :41 )
(berangkatlah kamu baik dengan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan ALLAH. Yang demikian lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui)
Jelas dalam ayat ini menunjukkan dan membuktikan kepentingan jihad kepada kita.
Bagi seorang daie, jihad kepada ALLAH adalah jihad kita bekerja di jalan dakwah. Sejauhmana kita mengoptimumkan masa kita,tenaga kita, harta kita ,diri kita sendiri untuk dakwah.
Adakah dakwah yang kita sebut-sebut itu hanya dipinggiran bibir kita,dilingkaran minda kita atau diatas usaha-usaha kita yang sepenuhnya kita lakukan kerana ALLAH SWT,yang kita lakukan demi deenulhaq,demi ummah yang semakin tenat?
Kita perlu DAN sentiasa ingat, semua perkara yang kita lakukan,semua benda yang kita buat adalah kerana DAKWAH. Hidup kita adalah hidup sebagai daie. (Moga ALLAH mepermudahkan kita untuk membina hidup kehambaan ini. Rasa kehambaan kepada ALLAH swt). Kita kena ingat, kena hadam betul-betul,jatuh bangun dakwah itu disebabkan kita. Kita selaku bahan binaan dakwah,kita perlu kuat,perlu kukuh. Jika kita kuat ,kukuh, maka kuatlah, kukuhlah bangunan dakwah tersebut dan begitulah juga sebaliknya.
Mari kita muhasabah kembali,sejauhmana komitmen kita dalam usrah? Kerja dakwah kita? Kita buat bersungguh-sungguh atau main-main? Nak tunggu kena suruh atau kita berinsiatif sendiri mencarinya? Adakah kita mahu menjadi golongan yang berjihad atau golongan yang meminta izin dari supaya tidak berjihad? Sama-sama kita fikir, sama-sama kita muhasabah. Mudah-mudahan kita bukan golongan yang membantutkan perjalanan dakwah itu sendiri.
Jalan dakwah ini, jalan yang sangat panjang, yang tidak dapat kita capai dalam tempoh yang singkat. Mungkin sahaja jalan kemenangan ini tidak tercapai di tangan kita, malahan bisa saja,kemenangan itu tidak mampu di kecapi oleh kita. Tetapi, apa yang penting,kita bekerja untuk mencapai kemenangan tersebut. Dan ingatlah,di akhirat kelak kita akan di Tanya tentang apa yang telah kita usahakan sekecil-kecilnya atau sebesar-besarnya ( 99:7-8)
(maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,niscaya dia akan melihat balasannya)- 99:7
(dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah ,niscaya dia akan melihat balasannya) -99:8
Jalan dakwah ini juga akan dihiasi dengan ujian-ujian atau cabaran-cabaran dariNYA yang MAHA KUASA. Kerana apa ALLAH swt menghadiahkan segala ujian, segala mehnah buat hambanya? Kerana ujian tersebut adalah penapisan bagi menilai rijal-rijal yang ikhlas bekerja dan komited kerana ALLAH SWT. Kerana itu, kita dapat lihat dijalan dakwah ini, ada kader-kader dakwah yang datang dan pergi, kerana ALLAH mahu membersihkan jalan dakwah ini. Jalan yang hanya akan dilalui oleh mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh bekerja kerana ALLAH swt.
Oleh itu,tidak dapat tidak,jalan dakwah ini memerlukan pengorbanan(tadhiah)dari kader-kader dakwah. Jalan juang yang memerlukan segalanya dari kita. Masa,tenaga,harta dan sebagainya.
Beruntunglah bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam mengharungi jalan dakwah ini. Yang mengerahkan segala usaha dan tenaganya semata-mata demi menunaikan janjinya kepada yang Maha Kuasa.
Ingatlah,jalan dakwah ini ibarat kereta api, akan berjalan untuk sampai ke stesyennya. Samaada kita naik atau tidak, kereta api tersebut tetap akan terus berjalan. Rugilah mereka yang meninggalkan perjalanan ini. Kerana jalan inilah jalan yang diwariskan oleh para anbiyaa, jalan yang dilalui oleh rijal sodiq dan jalan yang diredhai dan dirahmat ioleh Allahswt.
Semuanya,terpulang kepada kita, kepada tahap keimanan kita. tanyalah diri kalian, samaada mahu menjadi orang yang serius dalam hidup atau hanya mahu menjadi orang yang sentiasa bermain-main dengan hidupnya.
dan di akhirnya, jika kita berjaya melalui jalan ini dengan sebaik-baiknya,maka terimalah janji dari ALLAH swt:
24-55: Dan Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman antara kamu dan mengerjakan amal yang salih, bahawa Dia (Allah) sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana telah berkuasa orang yang sebelum mereka, dan sungguh Dia (Allah) akan meneguhkan bagi mereka al-din (agama) yang telah diredai-Nya (Allah) untuk mereka. Dan Dia (Allah) benar-benar akan menukarkan (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. (Kerana) mereka tetap mengabdikan diri kepada-Ku (Allah dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku (Allah). Dan sesiapa yang (tetap) kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang yang fasik.
Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah ayat 111).
Saturday, September 24, 2011
MENTADABBUR ALAM ~EL FAYOUM
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah,pada hari khamis lepas, kami telah di berikan kesempatan untuk berjaulah ke Al fayoum,mesir. Sebuah perkampungan yang di bina oleh Nabi Musa AS selama 1000 hari. Tempat bersejarah yang mana adanya kisah2 yang di paparkan di dalam AL QURAN iaitu kisah qarun (orang yang paling kaya di zamannya)
Sebelum itu, izinkan saya menceritakan pengembaraan kami dari cairo ke fayoum. Perjalanan ini mengambil masa selama 3 jam.Kami berenam menaiki kereta KIA yang di pandu oleh musyrif dari Acheh. Sebelum sampai ke fayoum ,kami melalui jalan ke Giza. Dari jauh,kami dapat melihat tersergamnya piramid,simbol keengkaran Firaun dan kesombongannya kepada ALLAH swt.
Di sepanjang perjalanan,kami melalui kawasan yang sesak .Di kiri kanan ,kami di hidangkan dengan kesuburan tanam-tanaman di sepanjang jalan. Tidak lama kemudian, kami melaLui kawasan padang pasir. Cuaca yang panas,sangat menginsafkan kami dan membuatkan kami terkenang ketabahan para mujahideen yang bersemangat meneruskan hidup mereka di tengah terik padang sahara.
Akhirnya, dari jauh kami telah nampak papan tanda fayoum yang besar menanti ketibaan kami. Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan tersebut kerana di kiri kanan kami hanya ada padang sahara yang sangat terik.Sempat juga,kami berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar di tengah-tengah kawasan padang pasir(tak adalah tengah sangat )
Akhirnya,kami melalui tasik yang sangat panjang. Rupanya itulah tasik qarun yang telah di sebut namanya di dalam AL QURAN ,iaitu di dalam surah qasas (surah ke 28)
Siapakah Qarun??
Qarun, lebih dikenali sebagai sepupu Nabi Musa a.s,namun ada juga pendapat ahli sejarah menyatakan dia adalah bapa saudara Nabi Musa a.s. Berketurunan Bani Israel walaupun tinggal di Mesir. Merupakan seorang yang paling kaya di zamannya. Malangnya,dengan kekayaannya menjadikan dia bongkak dan takbur dengan hasil kekayaan yang di terimanya. Walau apa julukan yang difikirkan oleh kita kepadanya, namun Allah SWT telah memberikan laknatnya kepada Qarun – sikaya yang derhaka – hingga ditelan bumi akhirnya.Turut tenggelam bersama-samanya ialah segala harta bendanya dengan disaksikan oleh Bani Israel. Kini, bekas runtuhan tapak gedung Qarun dipercayai telah ditukarkan Allah SWT menjadi sebuah tasik dan ada yang mengatakan sisa-sisa istananya masih ada di Mesir. Walau apa pun yang terjadi, nama Qarun kekal hina di dalam al-Quran – simbol manusia bakhil yang dimurkai Allah sepanjang zaman.
Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari surah qasas. Antaranya adalah ,berhati-hatilah kita dengan setiap kelebihan atau nikmat yang kita dapat. Dan sangat perlu di ingatkan,apa sahaja yang kita perolehi di dunia ini semuanya adalah kurniaan dari ALLAH swt.
Berhati-hatilah kita agar tidak terpedaya dengan hiasan duniawi kerana ia hanyalah tipu daya yang bisa meracuni jiwa kita. Hidup kita di dunia adalah untuk beramal kepada ALLAH swt .Moga kita dipelihara oleh ALALH swt dari menjadi golongan yang lalai dan takbur.
Al-Qasas [78] Qarun menjawab: Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkanpengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. Tidakkah ia mengetahui, bahawa Allah telahmembinasakan umat-umat sebelumnya iaitu orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyakmengumpulkan harta kekayaan? Dan orang yang berdosa apabila mereka diseksa tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka.
[79] Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Berkatalah orang yang inginkan kesenangan hidup dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.
[80] Dan berkata orang yang diberi ilmu: Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allahlebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima pahala yang demikian itu melainkan orang yang sabar.
MasyaALLAH, sangat hebat kekuasaan ALLAH swt kepada hambaNYA. Bagaimana harta qarun yang sebegitu banyak berjaya di tenggelamkan sehingga ke dasar laut, malahan ALLAH swt menghinanya dengan menjadikan tasiknya berbau busuk! Itulah balasan bagi mereka yang takbur dari mengingati ALLAH swt. Tak dapat di bayangkan oleh akal kami yang cetek ini, betapa banyaknya harta qarun jika dinisbahkan dengan kepanjangan dan keluasan tasik tersebut. INNALLAHA ALAA KULLI SYAI"IN QADIR.
Perjalanan kami di teruskan lagi. Kami berhenti seketika di sebuah kawasan tasik qarun untuk menikmati makanan tengah hari( masakan simple yang di masak oleh anak -anak dara ^_^ ). Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui betapa panasnya kawasan tersebut.
Selepas itu,kami meneruskan perjalanan kami ke istana qarun (qasr al qaruun). Hanya tinggal satu sahaja binaan qarun yang terselamat dari bencana yang di timpakan oleh ALLAH swt. (nak masuk ke sini kena bayar tau ).Kawasan ini di jaga oleh syurtoh(askar) yang berpakaian arab badwi. Kawasan qasr qarun tersebut hanyalah kawasan padang pasir yang luas dan di tengah-tengahnya hanya ada satu -satunya sahaja istana qarun.Yang lain,semuanya habis di tenggelami oleh bencana banjir yang di turunkan oleh ALLAH SWT.
Di dalam bangunan tersebut,ada beberapa tingkat dan di penuhi oleh bilik-bilik yang pelbagai saiz. Di bilik-bilik inilah, qarun telah menyimpan hartanya yang tidak terkira banyak. Bayangkan betapa kayanya qarun, setiap ekor unta di gunakan untuk menggantung kunci biliknya! Kaya,sangat kaya. Kalau di bandingkan zaman sekarang,Donald Trumph pun kalah dengan qarun . Penat kami melangkah satu persatu meneliti bilik-bilik harta si qarun ini. Kalaulah harta tersebut ada,tentu kami dah pengsan melihat timbunan harta yang begitu banyak #_#
"Orang tamak selalu rugi" itulah perumpaan terbaik dan mampu di fahami oleh kita. Ketamakan qarun akhirnya merugikan dirinya sendiri malah yang paling hina apabila ALLAH swt menghinakan dirinya di dalam AL QURAN. Moga qarun menjadi simbol peringatan terbaik buat kita bahawa segala hak kita di dunia adalah milik ALLAH swt. Jika DIA mahu,maka dia boleh menarik pada bila-bila masa dan ketika mana DIA mahukan.
Kami pun meneruskan pendakian kami di istana tersebut. Di salah satu tingkat di situ, terdapat ukiran qarun yang memegang kuncinya. Agaknya,sebab itulah orang mesir suka memegang kunci yang banyak. Mula-mula dulu pelik juga,kenapalah tak di simpan sahaja kunci tersebut di dalam poket ^_^ .
Akhirnya di tingkat paling atas, kami dapat melihat keseluruhan kota qarun seperti padang jarak padang tekukur. Tiada apa yang ada di kawasan tersebut,kecuali istanannya dan beberapa perigi (perigi ke? ) Tetapi Maha HebatNYA ALLAH SWT, di sebelah kawasan istana qarun yang tidak ada sejenis tanaman pun, terdapat kawasan yang subur dengan tanaman.Pelikkan. Itulah hebatNYA Allah YANG maha HEBAT. Allahu Akbar.
Setelah puas melawat dan mengambil ibrah di setiap pendakian kami di qasr qarun serta setelah puas bergambar,kami pun meneruskan lagi perjalanan kami . Kami di beritahu oleh pak musyrif, bahawa kami akan ke sebuah kawasan yang mana terbina nya kincir air pada zaman Nabi MUSA AS.
Perjalanan ini agak jauh,sempatlah kami mentadabbur alam ini. Kiri kanan jalan dipenuhi dengan pokok zaitun dan pohon tamar.Alangkah terujanya kami sehingga bersemangat untuk berhenti di tepi jalan untuk menangkap gambar pohon zaitun dan pokok tamar. Dua tumbuhan yang mana pokok zaitun,namanya telah tercatat di dalam AL QURAN~suraH AT TIN (95:1). Manakala pohon tamar adalah buah yang sangat di sukai oleh Nabi kita MUHAMMAD SAW.
AKhirnya setelah 1jam, kami tiba di kawasan yang terdapat kincir air. Ada 3 buah yang masih kekal dan utuh,yang lain telah musnah akibat di mamah usia.Lebih 2000 tahun kot,lama kan. Menurut cerita seorang ustaz dari Pattani,kincir air yang utuh kini telah diperbaiki oleh kerajaan ROM. Sebab itu,ia masih kekal sehingga kini.
Setelah puas bergambar dan minum asir mangga (jus mangga) ~oh ya, fayoum terkenal dengan tanaman mangga nya,maka kami singgah bersolat di sebuah masjid yang berdekatan dengan kincir angin. Sempat juga,kami di sapa oleh dua orang si anak kecil yang meminta wang kepada kami untuk membeli seliparnya yang telah terputus ^_^ .
Akhirnya,lewat petang,kami pun mula bergerak untuk pulang ke tempat kediaman kami di kota kesesakan . Dalam perjalanan,sempat juga kami singgah di ladang pohon tamar untuk membeli tamar(kurma) dan aktiviti wajib kami iaitu bergambar.
Dalam perjalanan ini juga, ALLAH swt telah menegur kami dan menyedarkan kami bahawa KEMATIAN ITU PASTI AKAN TIBA. Sepanjang perjalanan ini,kami di pertemukan dengan dua buah kejadian kemalangan yang dasyat T_T. Sebuah kemalangan antara lori dan lori dan sebuah lagi lori dan kereta. Moga ALLAH mengakhirkan kematian mereka dengan sebaik-baik pengakhiran.
Itulah sedikit sebanyak,rentetan perjalanan mentadabbur alam kami ke al fayoum. Moga setiap liku-liku perjalanan kami di terima oleh ALLAH swt dan tidaklah menjadikan perjalanan kami ini sia-sia.
InsyaALLAH, ada kelapangan,ada masa, moga ALLAH mempertemukan kami lagi di kota al fayoum.Apa pun kota tersebut meninggalkan kenangan manis kepada kami terutama dalam menghayati kisah perjuangan NABI MUSA AS dan sangat memahamkan kami kisah qarun yang mana telah tercatat di dalam kitab kita AL QURAN KAREEM.
Sesiapa yang punya kelapangan waktu,di permudahkan rezeki,saya ingin mencadangkan datanglah ke bumi Anbiyaa ini,bumi yang mana di dalam nya terdapat kisah-kisah yang di ceritakan di dalam AL QURAN dan bumi di mana suburnya perjalanan dakwah sehingga kini serta bumi yang berjaya menghirup kebebasan bergerak nya ~bumi misr jadid. ahlan3.
KHAS BUATMU UKHTIFILLAH~ALLAH MAAK
ukhti,
kita mungkin tidak pernah bersua
kita mungkin tidak pernah bermesra
tetapi
di alam maya kita bersuai kenal
di atas jalan ini kita berukhwwah
di atas matlamat ini kita berkongsi rasa
sakitmu,peritmu,gembiramu
kami mampu merasainya
sedihmu,sedih kami
gembiramu,gembira kami
ukhti,
kita berpisah beribu batu
tetapi
jarak ini bukan alasan
untuk kita hidup nafsi
kerana
ukhwwah ini
mengajar kita
erti kasih sayang
erti kemesraan
erti keeratan
ukhti,
kalian tidak bersendirian
kami sentiasa di sisi
bukankah ukhwwah itu teras kegemilangan
moga kalian terus sabar
terus semangat,terus hammasah
jadilah rijal sodiq
yang menjadi benteng buat deenul haq
kita mungkin tidak bertemu ,bersua wajah
kita mungkin tidak merasa dakapan ukhwwah
tetapi kita merasa jalinan itu
di dalam setiap doa rabithah kita
di dalam setiap ingatan doa kita
kita tetap berkasih sayang dalam tautan doa kita.
moga terus kuat dan menguatkan
terus sabar dan menyabarkan
terus tersenyum
terus memacu
kerana kita yakin
kita ada RABBUL IZZATI
#sayang kalian lillahitaala#
JALAN INI MEMERLUKAN ISTIQAMAH
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Moga sentiasa di limpahi sirna keimanan dan kehambaan padaNYA Rabbul Izzati.
Dalam menelusuri jalan dakwah yang panjang, tidak dapat tidak kita akan di tuntut setiap titik keringat,setiap detik waktu apatah lagi segala kudrat yang kita ada demi memastikan perjuangan kita dalam menegakkan AD DEEN NYA mampu kita realisasikan.
Bukankah itu janji ALLAH swt, sesiapa yang berada dan berjuang di atas jalanNYA tidak akan terlepas dari ujian? Mari kita menghadami ayat ini : "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?" (QS. Al-Ankabut, 29: 2)
Ya,ALLAH swt sudah menjanjikan kepada kita bahawa orang yang BERIMAN pasti di uji. Jadi usah sedih-sedih dong. Terus sabar dan kuat^_^. Bukankah ALLAH SWT sangat MENCINTAI mukmin yang kuat=D
Untuk kita terus sabar dan kuat dalam medan dakwah ini, kita hendaklah mengetahui,mengetahui dan menghadami syarat dan rukun agar dapat membantu kita untuk berterusan di jalan dakwah ini.Jalan yang tidak pernah sama sekali menjanjikan kesenangan,ke’enjoy”an ,ke’lagha’an dan sebagainya.
"Perlu ke kena tahu semua ini? " :Ah,tak pentinglah. Buat jelah.Habis cerita."
Eh,mana boleh macamtu. Sedangkan dalam hidup kitapun kita kena tahu tujuan ,matlamat ,pro and cont sesuatu perkara. Orang yang tiada perancangan dan halatuju dalam hidupnya maka dia adalah orang yang sia-sia. Sia-sialah kan kalau kita belajar sebab kena belajar.kita makan sebab kena makan. Dah semua orang buat macamtu, aku buatlah *_*
Oleh itu di sini ingin saya kongsikan kepada kalian cara-cara untuk berterusan di jalan dakwah ini.Tidak dapat tidak,kita kenalah mengetahui apakah syarat dan rukun yang dapat membantu kita untuk berterusan di jalan yang di lalui oleh para ANBIYAA,SOLIHIN,SYUHADAA DAN AAMILIIN.
SYARAT UNTUK ISTIMRAR DI JALAN DAKWAH.
1)MAKNAWIYAH (DALAMAN )SEIMBANG.
Kita perlulah sentiasa taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada ALLAH swt).Iaitu dengan memperbanyakkan amal soleh dan melaksanakan syariat yang diperintahkan oleh ALLAH swt.
Perlu ingat dan sentiasa ingat hanya ALLAH swt yang akan membalas setiap amal kita. Bukan manusia atau diri kita sendiri.
(maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah,maka dia akan mendapat balasannya) 99:7
(dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah niscaya dia akan melihat balasannya) 99:8
Keimanan yang kuat dan tinggi. Dengan iman yang kental, segalanya bisa^_^. Boleh imbas kembali penderitaan bilal bin rabah,keluarga yaser, malahan kekasih kita Nabi Muhammad saw.(jom,buka buku sirah dan hadam betul-betul ^_^.
Kekuatan diri sendiri. Kena kuat,sabar, thabat dan sikap yang memotivasikan diri.
2) Gerakan yang berkesinambungan.
Seperti zaman Rasul saw, pembinaan rijal sodiq yang berterusan dan proaktif.
Kita kena pastikan dan letakkan diri kita seperti untaian tasbih kepada jemaah,kepada Islam. Putus salah satu maka hancurlah binaan atau untaian tersebut.
Matlamat kita : berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan dakwah . "nak usaha macammana?"
# Usaha untuk memahami dan menghadami fikrah kita (ISLAM) SECARA TERANG DAN JELAS.
# kena ada hubungan yang kuat dan iltizam sesama kita. Bukankah ukhwwah teras kegemilangan =D
#kena ingat dan sentiasa ingat tanzim tidak akan kuat tanpa adanya ahli. ISLAM tidak akan kuat dan ampuh tanpa ada binaan yang berkualiti.
Rukun untuk istimrar dalam dakwah.
1) hifzu thiqah(pelihara thiqah@percaya).
Merupakan kata kunci dalam komitmen kerja dan dalam menjaga kestabilan amal.
Thiqah perlu dalam 2 arah iaitu
~kita
~orang lain
Jika kita thiqah dengan orang,nescaya orang akan thiqah dengan kita.
Macammana nak dapatkan thiqah? Kena mula dengan taa”ruf(perkenalan). Taa’ruf giga ^_^.Bukankah ada pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta.
Thiqah terbahagi kepada 2~
1) AD DEEN
(a) thiqah dengan janji ALLAH swt .
Cara: banyakkan membaca dan tadabbur ayat AL QURAN.
(b) thiqah dengan jalan dakwah.
Yakin jalan ini yang akan memandu kita ke syurgaNYA .
Baca buku sirah dan tokoh-tokoh dakwah.
2) RIJAL DAKWAH
Percaya dan yakin dengan jemaah,qiyadah dan murabbi/murabbiah.
Yakin yang mereka akan membantu dan memandu kita kepada ALLAH swt.
Dalil: 41:30
(sesungguhnya orang yang berkata ‘Tuhan kami adalah ALLAH’ kemudian mereka meneguhkan pendIrian mereka maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata)janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berkecil hati,dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh)syurga yang di janjikan kepada kamu)
Dalil :46:13
(sesungguhnya mereka yang telah berkata “Tuhan kami adalah ALLAH”,kemudian mereka tetap istiqamah,tidak ada rasa khuatir dan mereka tidak(pula)bersedih hati.
2) Irtibat qulub( keterikatan hati)
Berdasarkan ikatan ukhwwah.kuatnya ukhwwah,maka kuatlah jalinan hati dan manisnya iman.
Orang mukmin tidak akan membiarkan persaudaraannya sia-sia dan selalu usaha untuk membantu. Jom, baca dan hadam kisah muhajirin dan ansar.pengorbanan mereka yang superb dasyat!
Keterikatan hati akan membuatkan musuh Islam menjadi sangat takut dengan kaum muslimin.contoh dalam kisah perang badar 313 vs 1000.
Nak dapatkan keterikatan hati,lazimi doa mathurat sambil bayangkan muka sahabat kita.
3) hifzu hammasah(pelihara semangat)
Asas amal yang munjih.
Kena pastikan hammasah atau semangat selalu hidup. Jika semangat hilang,maka amal akan berkurang atau tiada.
Jika hilang tekad atau semangat maka akan membahayakan gerakan.gerakan akan menjadi lemah dan akhirnya hancur.
Semangat yang member akan memantpkan dan mengukuhkan amal kita serta mencambahkan keimanan kepada ALLAH swt.
Nak jaga hammasah~
# kita kena tahu sebab-sebab futur.Boleh baca buku mutasaqituun fi toriqud dakwah(golongan yang gugur di jalan dakwah)
#dapat dan cari kemanisan iman kita:
~ketika membaca AL QURAN
~berqiyammulail
~bersama orang soleh
~zikrullah(mengingati ALLAH swt)
#taubat
#cari nafas baru.
~imbas kembali kemanisan pertama kali dalam dakwah ~sweet moment kan^_^
~cari atau mayashah bersama ustaz/murabbi /syuyukh dakwah
~pergi tempat yang kader dakwahnya df giga
~meneliti dan menelusuri sirah al awwaluun
~kena dan perlu faham sunnatullah ibtilaa dalam dakwah
~bangunkan sensitiviti yang kuat kepada maksiat –maksiat kecil
Dakwah kita adalah untuk melahirkan dan membina mereka yang indepandant(berdikari) dalam dakwah. Kita tak nak melahirkan mereka yang hanya ikut sahaja atau menunggu sahaja.Kerana dakwah itu akan terus bergerak.Jika anda hanya menanti tugasan,maka andalah yang rugi.
Moga allah swt memelihara kita dan menguatkan hati-hati kita di jalanNYA.
#siapa yang tidak member maka dia tidak akan merasa kemanisan iman.
RENUNGLAH DENGAN MATA HATIMU
Kejarlah Allah Dan Jangan Kejar SyurgaNya
Kejarlah Tuhan , dan jangan kejar SyurgaNya
Tuan Syurga lebih utama daripada SyurgaNya
Carilah Tuhan dan jangan cari fadilatnya
Dapat Tuhan, Dapatlah segala-galanya
Cari Tuhan kerana kita hendak
memperhambakan diri kepadaNya
Cari Syurga atau fadilatnya ertinya
hendak membesarkan nikmat Tuhan
Mengapa hendak membesarkan diri kepada makhluk?
Memperhambakan diri kepada Khaliq bukankah yang lebih utama?
Jika mengejar fadilat , rasa bertuhan tidak ada.
Jika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak ada.
Sedangkan fungsi hamba
hendak melahirkan rasa kehambaan
Kalau rasa kehambaan tidak ada,
mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan!
Kerana itulah orang yang beribadah
Kerana Syurga atau Fadilat
Perangainya tidak berubah
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah
yang menyuburkan mazmumahnya
Mengapa beribadah kerana Syurga dan Fadilat?
Syurga dan Fadilat adalah hak Tuhan
yang memang telah ditentukan olehNya
Carilah Tuhan
Dapat Tuhan, syurga dan Fadilatnya pun dapat sama
Kerana itulah syurga dan fadilat tak perlu difikirkan
Mencari Syurga atau Fadilat
Syurga atau Fadilat belum dapat
Tuhan sudah tentu tak dapat
Yang hendak kita cintai adalah Tuhan
Kerana Dia pencipta kita
Bukan Syurga atau Fadilat yang kita cintai
Betulkan semula fungsi ibadah kita
Agar matlamat ibadah itu tepat pada sasarannya.
OBSES DI JALAN DAKWAH
BIsmillahirrahmanirrahim.
Moga hari ini lebih baik dari semalam. Lebih memacu dari sebelumnya.
Ukhti fillah yang di sayangi,
Setiap hari ,setiap saat kita perlu bersemangat dalam mencorakkan dakwah kita. Kreatif merangka gerak kerja dan gigih dalam melaksanakan amal lillahitaala.
Ukhti,
Dakwah itu, bukan perlu di beritahu apa yang kena buat, bukan perlu menunggu arahan baru buat. Tetap,i dakwah adalah amal yang kita laksanakan setelah kita menerima ilmu,setelah kita memahami ilmu tersebut.
'Balighuna walau ayat'. Sampaikan walau satu ayat. Ayuh, akhwat,adik- adik yang di kasihi kita terapkan kewajipan menyampaikan di dalam diri kita. Walaupun perkara tersebut kita merasakan enteng, orang dah tahu tetapi itulah tanggungjawab kita, sampaikan,sampaikan dan sampaikan.
"Alah,akak macammana nak sampaikan?" " Tak tahu nak cakap dengan siapa?" " Tak tahu nak mula dari mana? "
Akhwat sayang,
Ayuh,kita asah kelebihan kita. Allah swt memberi kita nikmat mulut untuk bercakap, nikmat jari untuk menulis, bakat seni untuk melukis,untuk mengarang dan sebagainya.Mengapa tidak kita menggunakan bakat tersebut dalam menyampaikan risalahNya?
Semuanya perlu kembali kepada kefahaman kita dan kemahuan kita yang tinggi dalam dakwah. Kesungguhan kita dalam menegakkan kembali kalimah Tauhid di muka bumi. Keinginan kita yang tinggi untuk mencapai ustaziatul alam. Tidak dapat tidak, semua itu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit,yang bukan mudah! Dan semua itu akan kita laksanakan apabila kita memahami dengan jelas. Maka barulah kita mampu di terjemahkan dalam amal.
Ayuh akhwat,ayuh jundi, kita kreatif dan proaktif dalam melaksanakan amal kita. Sampaikan pada semua, penyaksian kebenaran yang kita yakini. Moga satu hari nanti,hidup mulia atau mati syahid pengakhiran hidup kita. Dan moga pada waktu itu,kita dipertemukan di akhir perhentian yang kita dambakan iaitu di jannah firdausiNya bersama para anbiyaa dan solihin.ameen ya Rabbal alamin.
Hidup perjuangan memerlukan pengorbanan.kitalah pencorak atas jalan yang kita imani.
Salam sayang.
Buat jiwa -jiwa yang bekerja
Bismillahirrahmanirrahim.
Moga tarbiyyah ramadhan masih memacu dan memotivasikan kita dalam beramal. Moga kita menjadi hambaNya yang muttaqin insyaAllah.
Ukhti fillah,
Dalam kita sibuk bekerja di atas jalan dakwah, kita akan merasai keletihan,kelesuan,kepeningan dan sebagainya. Tetapi itulah cabaran - cabaran yang akan membentuk jiwa kita menjadi kuat dan teguh. Mudah- mudahan kita mampu membentuk jiwa kita seperti jiwa para sahabat, para syuhadaa dan para amiliin.
Untuk kita memastikan kita mampu mencapai kekuatan dan kemanisan iman, kita perlulah kembalikan jiwa kita kepada penciptaNya iaitu Allah swt.
# Perkasakan tarbiyah dzatiyyah.
Pengembalian jiwa kepada Allah swt adalah dengan memperkasakan tarbiyyah dzatiyyah kita (tarbiyyah dalaman ) .
Bukankah kita ingin menjadi seperti para sahabat? Jundi di siang hari dan abid di malam hari. Oleh itu kita kena perbanyakkan amal-amal yang membantu kita untuk taqarrub ilallah( mendekatkan diri kepada Allah swt).
Perbanyakkan dan perhebatkan amal - amal sunat seperti qiyammulail, zikir, bacaan ayatul kareem,
tadabbur ayat Al quran, doa, dll.
# Merintih dan mengadulah .
Seorang daie perlu lebih banyak menghabiskan masanya mengadu pada Rabbul Izzati. Mengadu setiap liku- liku perjalananya, resah gelisahnya dan suka dukanya . Mari kita menelusuri kisah perjuangan Nabi Nuh As. Kepada siapakah pengaduannya ? Tidak lain tidak bukan kepada Rabb yang Sentiasa mendengar dan memerhati hambaNya setiap detik dan ketika.
# Banyakkan bacaan sirah ,kisah para sahabat,para syuhadaa dan orang- orang yang komited di jalan dakwah.
Kerana dengan membaca kita dapat mengetahui dan memahami jalan perjuangan ini dengan sebaiknya.jalan yang tidak pernah sesekali menjanjikan kemanisan duniawi dalam perjalanannya.
#KITA.
Kita selaku orang yang bekerja, perlu dan wajib untuk saling menguatkan dan saling membantu. Tidak wajar bagi kita untuk bersikap nafsi sesama kita. Bukankah jalan ini jalan kita bersama. Yang mana di akhirnya,kita akan saling beriringan menuju jannahNya kelak,insyaALLAH.
Semoga kita semua terus sabar,cekal dan thabat dalam meneruskan misi yang di tinggalkan oleh para anbiyaa pada kita. Moga redhaNya sentiasa mengiringi kalian. Teruslah memacu kerana Allah swt.
~kerana DAKWAH itu cinta~
Tuesday, September 13, 2011
muhasabah engkau yang bergelar daie.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Saturday, September 10, 2011
bicara hati
masih terasa lagi hangatnya dakapan ukhwwah itu
masih tersisa lagi kesan kesan titisan mutiara jernih itu
masih terngiang lagi pesanan hikmah kader-kader dakwah
malahan
kerinduan itu semakin menyala nyala
hammasah itu semakin memuncak
perasaan apakah ini?
yang membuatkanku sentiasa berfikir
sentiasa bermuhasabah
sentiasa teringat kalam taujihat itu
alangkah bersyukurnya diri ini
dipertemukan dalam satu ikatan
dipereratkan dengan satu matlamat
diperkukuhkan dengan satu perasaan
perasaan yang mencintai Rabb yang Satu
perasaan yang merindui kekasihNYA Nabi Muhammad saw
perasaan yang membara untuk memastikan islam akan mencapai ustaziatul alam
moga ALLAH swt meredhai kalian
bunga-bunga daie
yang sentiasa menghiasi taman-taman syurga
yang jiwanya obses kepada dakwah
dari mereka
aku belajar
belajar erti hammasah
belajar erti bergerak
belajar erti memberi
belajar erti kekuatan
moga ALLAH SWT sentiasa mempertautkan hati-hati ini di atas jalanMU yang haq dan thabit.
sungguh,aku merindui kalian.
terima kasih atas segalanya.
YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini...~ameen~..