Showing posts with label cetusan rasa. Show all posts
Showing posts with label cetusan rasa. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

I want to get married because


Because I want my eyes to see someone special, someone halal, knowing that he/she is my gift from Allah.

Because I want someone who loves Allah and loves me because he loves Allah.

Because I want somebody to share my happiness and praise Allah with me,
someone to cry my tears with me and make du’a with me and someone to love
and love Allah with me.

Because I want to have children of my own to love and care and share with a
gift from Allah.

Because I want to share Allah’s beautiful creations and praise His name with someone who Allah has fated to be with me since I was born.

Because verily, with a halal partner, my life and everything I do with my
husband will be halal in the eyes ofAllah.

Because I am a gift from Allah to someone, and I want to let him feel Allah’s love through me.

Saturday, November 12, 2011

sepahit hempedu, semanis madu.

Hati.. heart.. qalb..

Sesuatu yang bernilai dan sangat mahal. Hati yang melibatkan perasaan dan sesuatu yang sukar di mengertikan.

Hati ibarat telur rebus yang mahu di kupas kulitnya. Perlu berhati2 dan sabar mengupasnya.

Hati, pasti akan merasai 1001 rasa. Sedih, gembira, seronok, kecewa, perit dan sebagainya.

Tetapi yang berperanan membentuk dan mencorakkanya adalah kita selaku orang yang di amanahkan untuk menjaganya.

Kitalah yang perlu memastikan hati itu kuat dan cantik.

Usah biarkan ia cacat dan rosak di sebabkan kealpaan dan kekhilafan kita.

Kita wanita syurga yang perlu menjaga dan mencorakkan kecantikan hati kita.




Tuesday, September 13, 2011

muhasabah engkau yang bergelar daie.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.


Barang siapa yang di beri petunjuk oleh ALLAH swt,maka tiada seorang pun mampu menyesatkannya dan barangsiapa yang di sesatkan oleh ALLAH SWT maka tiada seorang pun bisa memberikannya petunjuk.

Dalam kesibukan seorang daie menelusuri kehidupan dakwahnya dan komitmennya terhadap maduenya menyebabkan kadang-kadang aktivis dakwah melupakan hakikat komitmennya terhadap dakwah.

Komitmen terhadap dakwah? apakah?

di sini ingin saya kongsikan kepada sahabat semua di antara kealpaan kita terhadap komitmen terhadap dakwah:

1) kelalaian berbentuk sering meninggalkan kewajipan dakwah, dan menzalimi diri dengan tidak menyucikannya,tidak memantaunya serta tidak menghadaminya.

Contoh: Sibuk dengan tugas dakwah sehingga mengabaikan masa untuk taqarrub ilallah. Tiada masa untuk menjaga mutabaah amal kita. Sedangkan, perlunya seorang daie itu mengembalikan dirinya kepada ALLAH swt ,mengadu kelelahannya,keperitannya dan menceritakan segala rasa yang di alami kepada DIA yang MAHA MENDENGAR.

2) Sering menyia-nyiakan hak-hak saudara dan dakwah.

Sebagai contoh tidak mahu memberi infaq dan hanya memberikan sisa-sisa waktunya untuk dakwah.

3) Terlewat menghadiri pertemuan rutin lebih-lebih lagi lewat dalam menghadiri bulatan gembira(sharing2 @usrah).

4) Laksanakan tugas dakwah sesuai dengan kemahuan hawa nafsu.


Jadi, bagaimana untuk menyelesaikannya? berdiam diri sahajakah?

Antara jalan penyelesaiannya adalah:

# memperbanyakkan muhasabah diri ~ sejauhmanakah komitmen aku terhadap dakwah?
~ cukup ke kalau setakat mendokong dan berbangga dengan jemaah kita?
~cukup ke hanya dengan memberikan infaq?.

Dan banyak lagi pertanyaan yang boleh di utarakan terhadap diri sendiri mengenai komitmen kita terhadap dakwah.

Pergabungan kita terhadap dakwah menuntut 1001 pengorbanan yang bukan sedikit,kelelahan yang tidak mampu di ungkapkan dengan kata-kata, malahan menuntut kita untuk meluruskan dan memperbaharui komitmen kita setiap waktu .

Apatah lagi, dakwah yang kita yakini adalah dakwah yang bersumber dari ALLAH swt dan memiliki aturan-aturan yang di buat oleh YANG MAHA KUASA.

~ Jalan ini merupakan jalan yang sangat panjang dan perlunya kepada PENGORBANAN (tadhiah)

Tiada jalan singkat dan mudah untuk melaluinya. Insya ALLAH, di akhirnya pasti ada ganjaran
dariNYA samaada hidup mulia atau mati syahid.




Thursday, June 23, 2011

Mujahadah di jalan dakwah, itu tarbiyyah


Kak, saya rasa futur lah duduk atas jalan ini. Semua nya tak kena!

Awak, saya rasa tak puas hati lah, sana sini masalah .susahlah.

Dakwah merupakan jalan panjang yang menuntut 1001 pengorbanan dan

daya juang yang tinggi.

Dakwah bukan jalan yang dipenuhi dengan kesempurnaan dan

keelokan yang indah mempesona.

Bukan juga penuh dengan pujian dan harta melimpah.

Pernah dengar kata – kata ini :

jalan dakwah tidak di bentangi dengan permaidani merah.

Seperti juga ketika menghadapi ujian peperiksaan.

Sangat mencabar dan susah bagi kita.

Rasa macam 24 jam yang di berikan tidak mencukupi ,

sehinggakan tak sempat nak buat semua perkara.

Berkurung baca buku , sehingga mengabaikan hak – hak lain

yang perlu di langsaikan.

Pendek kata, peperiksaan dunia yang kita lalui bukanlah jalan

yang penuh dengan kesenangan dan keseronokan.

Itu, baru peperiksaan dunia.

Belum lagi peperiksaan Akhirat kan. Logiklah jalan dakwah yang

akan menjadi bekalan di AKHIRAT kelak, lagi susah, lagi mencabar,

lagi menyesakkan .

Oleh itu, kita selaku para jundi yang perlu berperanan untuk

memastikan dakwah itu menjadi sempurna.

Yang buruk kita cantikkan. Yang kurang kita tambahkan.

Yang busuk kita wangikan.

Bukanlah kita menjadikan keadaan tersebut semakin kotor, parah dan lesu.

Membiarkan keadaan semakin rosak dan akhirnya musnah.

Ibarat kolam air yang tidak di jaga dan di bersihkan,

maka airnya akan berkeledak, berbau dan menjijikkan.

Dakwah adalah pelajaran dan pengajaran. Yang perlu untuk kita mengambil

ibrah dan teladan di sebalik apa yang berlaku.

Bukan hanya membiarkan setiap detik kehidupan yang di lalui tanpa

ada ibrahnya.

Nescaya sia – sialah manusia yang tidak mengambil ibrah atau

teladan di sebalik apa yang berlaku.

Oleh itu, apa sahaja yang berlaku, jangan mudah putus asa,

jangan sesekali kecewa dan jangan pernah sesekali untuk futur.

Nilailah apa yang berlaku dengan sebaiknya. Alangkah ruginya

orang yang mengalah sebelum berjuang dan amat malang orang

yang berputus asa ketika berjuang.

Jadikan masalah atau keadaan yang menimpa diri sebagai

cabaran untuk kita lebih kuat dan mantap.

Perbaikilah apa yang kurang, tambahkan apa yang

ada supaya ia semakin cantik.

“IBARAT kita mendiami sebuah rumah yang bermasalah.

Penuh dengan lalat, semut dan lipas.

Itu cabaran untuk kita kan.

Siapa yang sanggup untuk hidup bersahabat

dengan haiwan perosak.

Jadi apa yang perlu kita buat ?

adakah kita sekadar membiarkannya atau mencari

solusi di sebaliknya?

Secara logiknya, kita akan mengatasi perkara tersebut kan.

Kita akan beli racun serangga dan yang paling penting

kita akan bersungguh –sungguh memastikan kebersihan rumah kita.

Begitu juga dalam dakwah, ada cabaran yang kita hadapi,

sesama madue, sesama akhwat, tetapi

adakah kita sekadar membiarkannya tanpa kita mencari penyelesaiannya?

Tidak ! yang perlu kita lakukan ialah

memperbaiki kekurangan atau cabaran tersebut.

Bukan sekadar memperbaiki malah memperelokkan lagi .

Semua perkara tersebut, tidak dapat tidak memerlukan usaha,

pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

Mana mungkin semua perkara ini diselesaikan tanpa adanya usaha.

Sebab itu ISLAM menggalakkan dan menekankan usaha

malah menyeru kita supaya bersungguh–sungguh.

Pepatah arab mengatakan :

man jadda wa jadaa . maksudnya ; siapa yang berusaha

dia yang akan dapat.


KUATKANLAH UNTUK MENGUATKAN YANG LAIN.

Usaha lah untuk kuat kerana dakwah itu hanya layak di pegang

oleh orang –orang yang berjiwa kental.

Kuatnya kita, kuatlah insan sekeliling kita.

Seperti nya bangunan, jika kuat ceracak yang di gunakan

nescaya ampuhlah binaan tersebut.


Jadikan apa yang berlaku sebagai pemangkin kekuatan dan kekentalan kita.

Jangan biarkan ia melemahkan dan menghancurkan kita.

Ubatlah ia dengan mencari solusi atau penyelesaiannya.


Masalah ibarat virus dalam diri manusia.

Jika tidak di ubati dengan segera ia akan cepat

merebak dan menghancurkan sel- sel yang lain.

Semakin lambat di ubati, semakin cepat ia

memudaratkan kita.


# usah mudah berputus asa dan lemah.

Suntiklah kembali dengan vaksin AL QURAN dan

kuatkanlah dengan antibiotic sirah.

Agar penyakit lemah itu cepat sembuh dan tidak kembali lagi .


# solat.. solat.. solat . itu lambang kekuatan mukmin.

SolatlaH! hadaplah padaKu!

Kerana Aku

adalah saat yang tepat untuk merengkuh setitis air dari mata air yang tidak akan pernah kering.

Aku adalah kunci gudang perbendaharaan yang mencukupi!

Memuas dan mengenyangkan.

Aku adalah batas realiti bumi yang kecil hinggalah kecakrawala yang

Maha Besar.

Aku adalah angin sepoi sepoi.

Embun dan naugan diterik matahari yang menyegat.

Dan Aku adalah sentuhan yang lembut

bagi hati yang letih dan payah.


# sabar, sabarlah menghadapi cabaran dan musibah.

Sesungguhnya ALLAH swt bersama orang yang berSABAR.

Sunday, June 5, 2011

USAH BERSEDIH DUHAI CINTA HATI

ujian kehidupan datang silih berganti

kekadang bertali arus menerjah terus

diri seakan hilang pergantungan

ujian apakah ini Tuhan KU.


( Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan

dengan hanya mengatakan mereka beriman dan mereka tidak di uji ? )

Hidup di dunia merupakan hidup berujian

susah,senang, bahagia,gembira

semuanya ujian

untuk menilai dan mengetahui siapakah orang yang benar atau berdusta

dengan janjiNYA

POSITIFLAH

pandanglah kehadapan

positiflah dalam menanggapi dunia kehidupan

ujian itu kekuatan, pembakar semangat juga booster kejayaan

kerana kekuatan dan ketabahan lah ALLAH swt menguji kita

kerana kasih sayangNYA lah kita menerima ujian

agar ia menjadi tarbiyyah (latihan diri ) yang ampuh dalam meniti arus kehidupan

(ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya )

USAH SESEKALI BERPUTUS ASA.

Jadikanlah segalanya yang menimpa sebagai sumber kekuatan

carilah hikmah yang tersirat di sebalik yang berlaku

kuatkanlah tali pergantungan padaNYA

rendahkan hatimu dengan memohon padaNYA

sebaik -baik pengaduan adukanlah pada DIA yang MAHA KUASA


(WAHAI ORANG YANG BERIMAN,MOHONLAH PADA ALLAH DENGAN SABAR

SERTA SOLAT.SUNGGUH ALLAH BESERTA DENGAN ORANG YANG BERSABAR.

bangunlah.. bangunlah dari kesedihan.. basuhlah jiwamu dengan tangisan keinsafan, kukuhkan dirimu dalam menangani ujian.

# mungkinkah ujian itu tanda kerinduan ALLAH SWT pada kita?

merindui tangisan taubat dan kekhilafan kita .

ayuh, mohonlah padaNYA KERANA dia sentiasa ada dan mendengar rintihan

hambaNYA.

Saturday, June 4, 2011

Pesanan buat si dia...


Selamat membace..bismillahirahmanirrahim...

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,

Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,

Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,

Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa….

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah.."

Sunday, January 23, 2011

Izzatul Islam - Tekad



Tekad (A Tribute to Izzatul Islam)


Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezhaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini sepenuh ridho Illahi

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya ridho Illahi Robbi...

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap di lontarkan dan menghujam
Menembus dada, lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, menumbang kezhaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Illahi Rabbi...

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang slalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da'wah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju jannah Illahi Robbi...



SEORANG SAHABAT ITU


Dalam kita menelusuri kehidupan yang penuh mencabar ini,tidak dapat tidak kita memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan dan pendamping kita. Bagi anak-anak perantauan,sahabat adalah insan yang sangat dekat ibarat keluarga pada kita. Gembira,sedih,kecewa,sakit dan pening semuanya perlukan sahabat.

Kebanyakan kita sangat senang berkongsi segala masalah dengan sahabat. Mungkin kerana faktor usia dan gelodak jiwa yang sama membuatkan kita mudah meluahkan kepada sahabat. Benar,sesungguhnya mukmin itu bersaudara seperti dalam ayatul Quranul Kareem.

“الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ إِنَّمَا “

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara keduanya" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

Tetapi bagi kita seorang DAIE atau insan yang mana fokus hidup kita adalah untuk ISLAM, perlulah kita mencari sahabat yang mampu membantu kita merealisasikan matlamat tersebut. Dengan dia kita mampu sama-sama berkongsi idea dan rasa hati dalam menangani permasalahan ummah sekarang.saling menguatkan diri di jalan yang dipilih dan sama-sama membentuk diri menjadi individu muslim yang berperibadi sahih.

Ukhwwah atau persahabatan merupakan syariat yang sangat menguntungkan. Tak susah sebenarnya untuk kita mendapatkan sahabat yang boleh bersama kita dalam merealisasikan matlamat kita. Sebagai seorang dai@penyeru kita memerlukan sahabat yang sama-sama membantu kita menunaikan amanah kita kepada ALLAH dalam melaksanakan konsep “menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Yang mana dengan usaha bersama akan meraih ganjaran yang sama di sisi ALLAH kelak iaitu jannah@syurga NYA.

Antara contoh hasil ukhwwah di zaman Ar Rasul ialah :

1)Ayyash b Abi Rab’ah dan Umar Al Khattab RA – teman yang membawa ke syurga.

2)Uqbah b Abi Muid daN Abu Jahal – teman yang memebawa ke neraka.

Sirah Nabawiyyah telah membuktikan bahawa ukhwwah ISLAMIYYAH yang telah di bentuk oleh Rasulullah saw merupakan banteng pertahanan yang kukuh dalam menegakkan dan mendaulatkan syiar ISLAM. Jadi kekuatan ukhwwah mereka menimbulkan kegerunan pada golongan kuffar.

Oleh itu golongan kuffar telah merancang pelbagai strategi dan cara untuk melemahkan ukhwwah ISLAMIYYAH ini iaitu dengan membuat pelbagai bentuk filem yang melalaikan. Kenapa filem? Dengan filem,mereka mampu menyekat keterikatan hati ukhwwah ISLAMIYYAH(persaudaraan Islam). Bila dah menonton filem,bila pula kita nak berziarah,keluar makan atau riadhah bersama sahabat. Buktinya,kita lihat bagaimana kemeriahan Hari Raya kita sekarang. Adakah penuh dengan kemeriahan menziarahi sanak saudara atau kemeriahan menonton televisyen beramai-ramai?

Selain itu lambakan bahan picisan seperti majalah ,novel dan komik juga merupakan pencetus kepada kejatuhan dan kehambaran ukhwwah ISLAMIYYAH. Kita lebih terbuai dengan plot-plot cerita cinta dari merasai kemanisan ukhwwah.

Bagaimana ya, untuk kita berukhwwah atau bersahabat? Setiap apa yang kita buat tentunya ada garis panduan hatta untuk kita berinteraksi dengan ALLAH swt juga ada panduannya. Jadi apa panduan untuk memilih sahabat? Antara panduan untuk kita memilih sahabat yang berkualiti ialah ;

1)Ikhlas kerana ALLAH.

2)Disertai Iman dan Taqwa.

. لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“Tidak sempurna keimanan salah seorang di antara kalian, sampai dia mencintai untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu).

Al-Hafizh Ibnu Rajab rahimahullahu menjelaskan: “Dalam hadits Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu terdapat dalil yang menunjukkan bahwa seorang mukmin akan senang terhadap segala sesuatu yang menyenangkan saudaranya yang mukmin, dan dia menginginkan untuk saudaranya sebagaimana dia menginginkan untuk dirinya dari berbagai macam kebaikan.

3)Terdiri dari nasihat menasihati.

Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

HAK-HAK UKHWWAH.

1)Senyum ketika berjumpa.

2)Segera bersalaman dan wujudkan kasih sayang.

#Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


" Demi Dzat yang jiwaku berada di TanganNya, tidaklah kalian masuk Surga sehingga kalian beriman dan tidaklah kalian beriman sehingga saling mencintai. Maukah kalian aku tunjukkan sesuatu, jika kalian lakukan akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian."

(HR. Muslim)

3)Memanggil dengan gelaran yang baik.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (QS 49:11)

4)Mengucap tahniah.

5)Menjawab bersin.

6)Selalu menziarahi dan bertanya khabar.

7)Sama-sama merasai kesedihan.

ANTARA LARANGAN KETIKA BERUKHWWAH.

1)Saling membenci.

(Dan janganlah kalian saling membenci.)


# Asy-Syaikh Al-'Allamah Al-Imam Muhammad Hayat As-Sindi rahimahullah berkata: "Janganlah kalian melakukan apa yang akan menyebabkan saling membenci karena itu akan menyebab kan bermacam-macam kerusakan di dunia dan bencana di akhirat."

# Al-Imam Al-Hafizh Rajab Al-Hambali berkata: "Sesama muslim dilarang saling membenci dalam hal selain karena Allah, apalagi atas dasar hawa nafsu, karena sesama muslim itu telah dijadikan Allah bersaudara dan persaudaraan itu saling cinta bukan saling benci."


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Demi Dzat yang jiwaku berada di TanganNya, tidaklah kalian masuk Surga sehingga kalian beriman dan tidaklah kalian beriman sehingga saling mencintai.

2)Larangan dari memutuskan hubungan.
"Janganlah kalian putuskan hubungan."


Al-Imam Al-'Allamah Ibnu Daqiqil 'Ied berkata: "Makna 'tadabaru' adalah saling bermusuhan, dan ada pula yang mengatakan saling memu tuskan hubungan karena masing-masing saling membelakangi."

Asy-Syaikh Al-'Allamah Muhammad Hayat As-Sindi berkata: "Tidak diperbolehkan sebagian kalian berpaling dari sebagian yang lain, tetapi seharusnya kalian menghadapi mereka dengan wajah berseri-seri, hati yang bersih dari kedengkian dan permusuhan serta dengan tutur kata yang manis."


Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga hari, keduanya bertemu tidak saling menyapa, sebaik-baik di antara kedua nya adalah yang memulai salam." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

3)Larangan menzalimi sahabat.

Berkata Syaikh Muhammad Hayat As-Sindi: "Persaudaraan Islam itu lebih kuat dari persaudaraan karena nasab."
Karena itu tidak boleh menzalimi saudaranya sesama muslim dalam bentuk apapun. Tidak boleh mendiam kan untuk tidak menolongnya jika melihat ia dizhalimi, karena setiap mukmin diperintahkan saling tolong-menolong seperti sabda Nabi: "Tolong lah saudaramu dalam keadaan zhalim atau dizhalimi", ia berkata (Abu Hurairah), 'wahai Rasulullah, aku tolong dia dalam keadaan dizhalimi, lalu bagaimanakah aku menolongnya dalam keadaan zhalim?', beliau ber sabda: "Kamu cegah dia dari kezalimannya maka itulah pertolonganmu kepada nya." (HR. Al-Bukhari)

CONTOH PEMILIHAN SAHABAT.

Ibnu Mas’ud berkata; “Barangsiapa di antara kamu yang ingin mengambil teladan, maka hendaknya dia berteladan dengan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, karena mereka adalah orang-orang yang paling baik hatinya di umat ini, paling dalam pemahaman (agamanya), paling jauh dari sikap berlebih-lebihan, paling lurus petunjuknya, dan paling baik keadaannya, mereka adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah untuk menjadi sahabat nabi-Nya, maka kenalilah keutamaan mereka dan ikutilah jejak-jejak mereka, karena sesungguhnya mereka berada di atas petunjuk yang lurus.”

PENTINGNYA PERANAN SAHABAT.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberi perumpamaan dengan bersabda: “Sesungguhnya, perumpamaan teman baik dengan teman buruk, seperti penjual minyak wangi dan pandai besi; adapun penjual minyak, maka kamu kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan aromanya; dan adapun pandai besi, maka boleh jadi ia akan membakar pakaianmu atau engkau menemukan bau anyir” (HR Bukhari dan Muslim)

Lebih jauh, beliau menyatakan; “Seseorang tergantung agama temannya, maka hendaklah seorang di antara kalian melihat teman bergaulnya” (HR Abu Dawud, An-Nasa’i)

Oleh itu,perlulah bagi kita memilih teman yang terbaik bagi kita kerana mereka adalah cerminan diri kita.Selain itu sahabat juga mampu mencorakkan pribadi kita, Jika indah akhlak sahabat kita maka indahlah akhlak kita begitu juga sebaliknya.

PILIHLAH SAHABAT YANG TERBAIK.

# Carilah teman yang setiap kata, perbuatan dan penampilannya senantiasa mengajak kita menuju kebaikan dan perbuatan baik. Jika tidak, pilihlah teman yang dapat mencegah dari berbuat maksiat dan mengajak ke perbuatan baik....

# Diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu alaihi wasallam;“Sebaik-baik kalian adalah, yang menjadikanmu ingat kepada Allah dengan melihatnya. Kata-katanya, menambah amal-amal shalihmu. Dan amal ibadahnya, menjadikanmu semakin cinta kepada akhirat.”

P/S:SAMA-SAMA KITA RENUNG LIRIK NASYID ‘TEMAN SEJATI ‘

Teman Sejati

Artist: Brothers

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Wednesday, January 19, 2011

Mahu jadi seperti mereka..

Di saat arus dunia semakin menghimpit..di saat ombakan jahiliyyah semakin menghempas..diriku terfikir siapakah rijal-rijal yang mahu bangun seraya melangkah sehebat para sahabat dalam mengembalikan kembali keagungan Islam..

ya ALLAH,jadikanlah kami rijal-rijal yang tegar langkahnya demi mengembalikan keagungan syiarMU..


Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah duia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu