Friday, March 18, 2011

pemandangan zoo taiping





























































~ penantian itu menyeronokkan.

Sedang menunggu giliran untuk pulang ke bumi Sahara. Azamku, mahu mengaut sebanyak mungkin kekuatan pemuda mereka. Mahu mencontohi ketabahan dan kesabaran mereka. Sangat bertuah kerana ALLAH swt memilih diriku ke sana. Mahu.. mahu dan mahu. Moga mahuku ini sentiasa diiringi nusrah atau pertolonganNYA.

Gusar juga hati kecilku tatkala mengingatkan tarikh peperiksaan semakin menghampiri sedangkan masih berbaki buku kuliah yang tidak dibeli. Yakin dengan perancanganNYA itu yang terbaik.

Cuti ”ops piramid ’ ini memang menyeronokkan. Keinginanku untuk mengikuti program, Alhamdulillah terlaksana. Saya memang suka program. Kerana di situ saya dapat mengenal mereka yang bersemangat dan berketrampilan, di sana saya banyak belajar banyak perkara malahan dapat berkenalan dan mengeratkan ukhwwah. Seronok..seronok.. saya rindu akhwat yang banyak membantu dan menguatkan saya.. saya bahagia di dampingi mereka yang bersemangat dan berakhlak mulia.

Cuti kali ini juga membantu mempertautkan ikatan kami sekeluarga. Apatah lagi dapat bersantai bersama pak cik sekeluarga. Memang menyeronokkan. Berkelah di air terjun Bukit Berapit ~ memang nak sangat pergi mandi air terjun, Alhamdulillah terlaksana juga.. berjalan –jalan di Zoo Taiping. . BBQ ramai- ramai.. Kenangan yang sangat bermakna.

Bagi saya, sesibuk mana pun kita, masa bersama keluarga dan sanak –saudara perlu di jaga. Masa bersama adalah masa terbaik untuk mengeratkan hubungan sesama kita. Bak kata pepatah ~ yang jauh kita dekatkan.. yang dekat kita mesrakan..

~ masa itu perlu di cari bukan mencari.~

Saya sangat menghargai masa bersama insan sekeliling saya walau seketika tapi sangat bermakna..

~cuti itu menarik jika kita pandai manfaatkan malah makin berkualiti jika kita sandarkan setiap detik masa bersama keranaNYA..

SEBARKAN.. SAMPAIKAN..~DAKWAH ITU CINTA =)


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar

seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat

dingin dan hujan mulai turun..


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan

seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".. "Ayah bukankah ini

masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"


"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada

anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah

hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun

yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan

risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.


Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari

siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula

mengatur langkah menghampiri rumah itu.


Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.


Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil

keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.


"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah".


Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam

memberikan ceramahnya.


Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah

perempuan separuh umur itu.


"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.


Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan

dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.


Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.


Kemudian ia berbunyi lagi.


Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini

setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi

ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.


Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".


"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan

makcik dan sentiasa memelihara makcik"


itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.


Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.


Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang


Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara

kamu!


Komentarku: Jalan-jalan Syurga itu jelasnya bidznillah(dgn izinNya) melalui Shahadatul Haq yg kita pelajari yok?


Betapa ramainya di luar sana yg masih leka dan lalai. Betapa ramainya mereka di luar sana yg masih tidak tersedar akan penipuan duniaan ini.


Betapa ramainya di luar sana yg masih tercari-cari nikmat yg kita kecapi kini. "Wailullil mukazzibin", "Fabiayyi ala irrobbikuma tukazziban" berulang2 kali di peringat oleh Tuhan pada kita.


"Celakalah mereka yg mendustakan" ,


"Dan nikmat Tuhanmu yg mana yg kamu dustakan?"


Nikmat Islam dan Iman yg kita kecapi kini, bukanlah murah harganya, bukanlah sekadar utk diri. Jelasnya untuk dikongsi dan diseberkan, kerna nikmat ini bisa diambil tiba-tiba oleh siapa2 yg tidak menghargainya untuk diganti oleh orang lain.


Byk sekali diremind oleh Tuhan, jika kamu tak nak buat kerja ini, fine Aku gantikan dgn org yg lebih baik drpd kamu. Jatuhla serendah2nya mereka yg tahu tapi menyimpan kebenaran bagai bani Israel yg dilaknat Allah karena mendustakan ayat2nya itu.


Jelasnya, kita sudah sedari yok? Maka, teruslah pentarbiyahan ini demi kemaslahatan dirimu yg terutamanya, dan demi keluarga serta manusia sejagat, kerana kita ini ummatan wasato, umat pertengahan yg disatukan atas dasar akidah, bukan kerana minatnya bola, kariernya serupa, kerana kita membawa satu fikrah yg sama, menegak kalimah Shahadah di bumi bertuah ini.


Benarlah, ujian demi ujian akan dilontarkan pada manusia yg ingin diangkat Allah satu derajat ke derajat yg lain. Kerana itu, kamu bisa akan menghadapi ujian demi ujian, ujian Xbox, ujian habis exam, ujian masa lapang, ujian banyak wang, ujian ramai kawang perempuang, ujian nak tinggalkang jahiliyah2 yg masih bertapak di hati, semuanya untuk mengetest sejauh mana keimananmu terhadap Allah azza wajal, sejauh mana kamu akan diangkat rapat ke sisi Allah subhanahu wata'ala..


Jangan gentar, jangan gusar, kerana matelamat kita hanyalah Allahu rabbi warabbukum dan Allah bersama-sama mereka yg berjuang demi agamaNya. Lagipun bukankah ini yg kita mahu??


Melihat wajah Allah S.W.T. dan mendapat pangkat "Allah redha akan kamu, dan kamu redha akan Allah"?? Bersama Rasulullah S.A.W. di dalam syurga, mencium pipi halus Baginda, mengucapkan Salaaam kepada Baginda dan Baginda bertutur yang baik2 dengan kita??


Bukankah ini yang kita mahukan??


Karena kita takkan bisa, sekali-kali takkan bisa mampu melihat neraka JahannamNya, apatah lagi disiksa ditortur walau sedetik walau seminit di dalamnya.


Diikat dirantai dengan tali besi panas membara disula dengan besi tajam tembus hingga ke muka dilempar dilempang malaikat bengis hingga hancur muka dibakar dipanggang hangus diganti kulit semula dipotong dibelah dicarik-carik dimamah daging-daging tanpa belas kasihan haus haus, diberi minum air nanah dan darah yg likat serta menggelegak, busuk dan jijik menghancurkan mulut serta isi perut, diberi makan buah zaqqum berduri2 hingga merobek perut menghancur isi badan.


Semuanya berulang - ulang kali.. mungkin sejuta tahun, mungkin 1 billion tahun, mungkin selama-lamanya. .


Ya Allah takkan pernah terbendung azabMu itu. Ingatlah janji Allah itu benar pastinya. Maka dengan itu, jangan patahkan pedangmu, jangan buang perisai imanmu. Kerana perjalanan ini masih panjang.


Allah itu Maha mengasihani dan penyayang bener pada hamba2Nya, takkan pernah dimungkiri janji2Nya pada mereka yg berada di jalan ini. Allah tidak pernah membebankan satu beban yg tidak mampu ditanggung oleh mana-mana makhlukNya semenjak awal ilal akhir.


Maka yakinlah, dakwah ini kita mampu tanggung bersama-sama. Jarak jauhnya tidak pasti, janji syurgaNya pasti.


Kerana kita cuma ada Satu Destinasi akhir, menuju Satu Cinta yg abadi.



Wallahua'alam.

Sunday, March 6, 2011

Hadiah terbaik buat lelaki mukmin

Titik permulaan segala sesuatu di sisi kita ialah menghidupkan umat Islam dengan ilmu dan tarbiyah Islamiyyah. Secara mudah, lelaki soleh dan wanita solehah adalah mereka yang bersedia memenuhi segala tuntutan Islam keatas mereka. Dua elemen inilah yang akan membentuk sebuah unit yang dinamakan keluarga. Keluarga pada tabi'inya adalah unit asas dalam sesebuah masyarakat dan merupakan unit yang paling penting dalam sesebuah masyarakat.


Dinyatakan di dalam kitab Fiqh al Sunnah bahawa Imam Tarmizi dan Imam Ibnu Majah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW mengenai ayat 34 surah al Taubah semasa dalam satu perjalanan Rasulullah SAW bersama para sahabat, maka sebahagian para sahabat berkata "Telah ada ayat yang turun mengenai harta dan perak, maka sekiranya diketahui bahawa ada yang lain yang lebih utama maka kami akan mengambilnya". Rasulullah bersabda : "Lidah yang selalu berzikir, hati yang sentiasa bersyukur dan isteri mukminah yang mengukuhkan iman suaminya".

Rasulullah SAW bersabda : "Bagi mukmin, tidak ada hal yang terlebih baik sesudah bertaqwa kepada Allah selain mendapat isteri yang solehah".

Rasulullah SAW juga bersabda : "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik berhiasan adalah wanita solehah"


Di dalam satu riwayat yang lain ada dinyatakan berkenaan perihal wanita solehah : "Apabila diperintahkan kepadanya, dia taat. Apabila melihat kepadanya akan menyenangkan. Apabila diberi janji, dia menerima dan apabila dia ditinggalkan, dia menjaga diri dan harta suaminya dengan baik".


Sabda Rasulullah SAW : "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, barangkali kerana kecantikan itu membinasakannya. Janganlah kamu kahwin kerana hartanya, barangkali kekayaannya itu menyebabkan dia derhaka, tetapi kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya perempuan yang tidak berhidung lagi budak adalah lebih baik (daripada yang lain)."


Jawapan Rasulullah SAW ketika ditanya oleh kaum muslimat tentang jihad seharusnya dijadikan panduan bersama iaitu : "Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu temui bahawa taat kepada suami dan mengakui hak-haknya adalah sama dengannya (jihad di jalan Allah).


Wanita solehah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu Islam yang secukupnya kerana kecintaan kepada ilmu dan kesungguhan dalam menimba ilmu adalah merupakan sifat para wanita solehah sejak zaman Rasulullah SAW. Sejarah menceritakan bagaimana luasnya ilmu yang ada pada Sayyidatina Aisyah dan betapa dalamnya ilmu yang ada pada Zainab. Keperibadian mulia, sikap berani dalam membela hak dan menegakkan keadilan menjadi ciri-ciri yang menghiasi perbadi dan mewarnai hidup seorang wanita solehah seperti yang ditunjukkan oleh Khaulah binti Tha'labah.
Wanita solehah itu, sifat malu membenteng diri, pergaulan yang dipagari, kecantikan bukan berada pada wajahnya, kemanisan bukan berada pada kemanjaannya, kemanisan bicara tidak menjadi daya penariknya yang bisa menggoyah iman kaum muslimin tetapi terletak pada perjuangannya menjaga dan memartabatkan agamanya. Kata orang, nafsu kata wanita cantik pada paras rupa, akal kata wanita cantik pada ilmu dan hati kata wanita cantik pada akhlaknya. Wanita solehah itu adalah yang menjaga kecantikan luaran dan mengutamakan kecantikan dalaman.


Wahai kaum lelaki, jangan terlalu mencari-cari dan menanti-nanti 'si solehah' yang diimpikan akan menjadi milik kita sebalik menjadikan diri kita benar-benar soleh serta sanggup memenuhi segala tuntutan Islam keatas kita adalah lebih utama. Sekiranya syarat ini dipenuhi pasti 'si solehah' yang diidamkan yang mencari dan menanti kita.