Monday, July 25, 2011

Rindu untuk bertinta



Lama rasanya tak menulis. Rindu sangat.

InsyaALLAH, selepas semua selesai, jari jemari saya akan mula menggerakkan tari ^_^

Hamdalillah, menikmati kesibukan dan keletihan serta di pertemukan dengan insan -insan yang hebat serta penyayang sangat menyeronokkan.

Turun ke kaherah menyelesaikan tugasan di samping mengutip ilmu -ilmu tarbawi serta menghirup manisan ukhwwah sangat mengasyikkan. Keletihan, kepenatan, kepeningan menghadapi masalah seolah -olah hilang di tiup hembusan bayu .

Buat anda, moga sentiasa di rahmatiNYA,

Jangan di lupa RAMADHAN KAREEM kian menghampiri. Sudah tidak lama lagi. Sama-samalah kita menyediakan persiapan yang mantap untuk menyambut RAMADHAN yang sentiasa kita rindui. Andainya ini RAMADHAN yang terakhir, sekurang-kurangnya kita berjaya melaluinya dengan amalan terbaik buat hadiah kepada SANG PENCIPTA.

Budayakanlah AL QURAN walau di mana sahaja

Lazimilah solat FARDHU dan WAJIB sebagai kekuatan roh kita .

Kuatkan diri untuk berqiyam.

Hentikanlah dari berkata perkara yang sia- sia.

Moga kita menjadi hambaNYA yang betaqwa dan di redhaiNYA.

InsyaALLAH, ESOK PEPERIKSAAN TERAKHIR:

# SYAFAWI AL QURAN.

Mohon di doakan agar di lancarkan pertuturan, di tenangkan hati dan diperkukuhkan hafalan ini hingga ke akhir hayat.

Selepas ini akan ke sebuah pantai untuk memperkukuhkan ukhwwah, memantapkan kefahaman dan menikmati perkampunga tarbawi. Tidak sabar rasanya. Moga ALLAH swt meredhai mereka yang telah berkorban tenaga, buah fikiran dan masa . NI"MA AJRUN AMIILIN ukhtifillah.

2 comments:

Amirah Al-Urduni said...

bittaufiq dear..

Mumtazah Layyinah said...

JAZAKILLAH DEAR. BITTAUFIQ WA NAJAH JUGA YA. JOM, BUAT YANG TERBAIK UNTUK ISLAM.