Tuesday, March 6, 2012

Hikmah sebuah perkahwinan



“Wahai orang-orang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha. Mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam syurga..” (Surah At-Tahrim : ayat 8 )

taubat nasuha, kerana kebersihan hati dan kedekatan dengan Allah itu adalah bekalan yang terbaik. Moga Allah mengampuni kesalahan-kesalahan yang lalu, kerana semua itu ada sahamnya. Sesungguhnya Mawaddah wa Rahmah itu adalah pemberian Allah SWT. Kebahagiaan itu adalah kurniaan Allah. Maka mintalah dari Dia.

Perkahwinan ini satu ibadah. Segalanya adalah demi membuktikan Allah itulah cinta nombor satu kita. Tiada yang pertama selain Dia. Pernikahan ini adalah satu pembuktian, satu komitmen kepada syariat Allah, sepertimana dilaksanakan oleh ar-Rasul terdahulu. Dengan nama Allah, akad itu dijalin. Dengan nama Allah, ikrar itu terpatri. Dengan nama Allah, cinta itu bermula. Semuanya atas nama Allah. Allah Tuhan kami.

Ia menjadi satu medan untuk beramal, untuk berkasih-sayang, untuk membina diri, untuk mencari kekuatan, untuk mengutip pahala. Semoga kekal bahtera itu dalam keredhaan Allah SWT. Dengan rahmatNya, mudah-mudahan dua orang nakhoda itu akan tetap kompasnya, mengemudi sehingga selamat sampai ke destinasi akhir yang diimpi-impikan, syurga Allah Taala dan berbahagia di sana.

“Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat, dan Engkaulah sebaik-baik Pemberi Rahmat.” (Surah Al-Mukminun : ayat 109)

No comments: