Friday, October 28, 2011

KARNIVAL JUALAN BESAR-BESARAN



Bismillahirrahmanirrahim.

Salam zulhijjah,salam barakah wa rahmah buat kalian.

Zulhijjah sudah kembali.

Sedikit sharing tentang bulan zulhijjah dan karnival jualan yang di sediakan ALLAH swt untuk kita.

Yuk,kita rebut sama2.

10 HARI DARI BULAN ZULHIJJAH

KELEBIHAN, CIRI-CIRI DAN PENGAJARAN TARBi

PENDAHULUAN

الحمد لله الذي أنعم علينا بنعمة الإسلام، والصلاة والسلام على من بعثه الله تعالى بشيراً ونذيراً، وسراجاً مُنيراً للناس كافةً

وعلى آله وصحبه أجمعين، والتابعين وتابع التابعين إلى يوم الدين، أما بعد؛

Uniknya kehidupan seorang Muslim adalah kerana ia dipenuhi dengan amal-amal soleh, ibadah-ibadah yang disyariatkan yang menjadikannya sentiasa dalam ibadah yang berterusan; yang mengubah seluruh kehidupannya menjadi perkataan yang baik, amal yang soleh dan sentiasa maju menuju Allah yang Maha Agung lagi Tinggi, tanpa malas, futur atau terputus-putus. Ia bermakna bahawa kehidupan manusia yang Muslim itu wajib dijadikan seluruhnya sebagai ibadah, taat dan amal soleh yang mendekatkannya kepada Allah Taala, yang menghubungkannya dengan Penciptanya yang Maha Agung dalam setiap juzuk kehidupannya dan dalam setiap urusan kehidupannya.

Kerana inilah, kehidupan manusia yang Muslim itu hampir tidak terputus daripada menunaikan sejenis ibadah yang membayangkan manhaj kehidupan yang menyeluruh lagi sempurna. Sebagai contoh, dia dipertanggungjawabkan untuk menunaikan Solat lima waktu yang diagihkan masa-masanya dalam tempoh sehari semalam, Solat Jumaat pada setiap minggu, Puasa Ramadhan pada setiap tahun, yang apabila dia telah melepasinya (bulan Ramadhan), maka dia digalakkan untuk berpuasa enam hari daripada bulan Syawal, puasa Isnin dan Khamis dari setiap minggu, puasa tiga hari dari setiap bulan, dan kemudian apabila datang sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, maka amal-amal soleh tadi diterima dengan penerimaan yang agung daripada Allah Taala.

Bukan setakat itu, malah di sana ada pula ibadah Haji dan menunaikan Manasik, Umrah, puasa Hari Arafah bagi yang tidak mengerjakan Haji, kemudian puasa Hari ‘Asyura dan hari sebelumnya atau selepasnya, sebagai tambahan daripada Zakat yang diwajibkan ke atasnya, galakan untuk bersedekah dan Ihsan, memperbanyakkan ibadah Tatawwu’, dan menyuruh dengan kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dengan kata-kata, amal atau niat, serta ibadah-ibadah lain, ketaatan-ketaatan dan pendekatan melalui perkataan dan perbuatan yang menjadikan kehidupan Muslim sebagai kehidupan yang baik, dipenuhi dengan ibadah-ibadah yang berterusan, yang terikat dengannya dalam bentuk yang sentiasa baharu, sebagaimana Firman Allah s.w.t:

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).”

[Asy-Syarh (94): 7]

Dalam tafsiran yang lain,

“Apabila engkau telah lapang, maka bekerjalah.”

Ini menjadikan kehidupan Muslim itu sebagai karnival tahunan yang wajib ke atasnya untuk merebut setiap peluang dan mengumpul bekalan-bekalan kebaikan di dalamnya dengan cara menunaikan ibadah-ibadah yang disyariatkan, memelihara amal-amal dan perkataan-perkataan bermanfaat yang mendekatkannya kepada Allah Taala dan membantunya mengharungi setiap situasi kehidupan dengan jiwa yang baik dan keazaman yang benar.

Berikut adalah perbincangan tentang kelebihan salah satu karnival kebaikan yang baharu dalam kehidupan manusia Muslim itu, yang dipraktikkan dalam sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, yang memiliki kelebihan dan ciri-ciri, dan penerangan tentang jenis-jenis ibadah dan ketaatan yang disyariatkan di dalamnya; di samping beberapa pengajaran tarbawi daripadanya.


KELEBIHAN HARI SEPULUH

1. Dalam al-Quran:

Telah datang petunjuk kepada kelebihan Hari Sepuluh ini di dalam beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah Taala:

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”

[Al-Haj (22): 27 – 28]


Sebagaimana yang telah diungkapkan dalam tafsir ayat ini, Ibnu Katsir berkata: “Daripada Ibnu Abbas r.a: “Hari-hari yang tertentu itu adalah Hari Sepuluh.” [Ibnu Katsir; jilid 3, muka surat 239].

Ia menepati firman Allah s.w.t:

وَالْفَجْرِ. وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”

[Al-Fajr (89): 1-2]


Imam at-Tabari, ketika membentangkan ayat ini dalam tafsirnya berkata: “Firman-Nya, ‘dan malam yang sepuluh’ adalah malam sepuluh Zulhijjah, sebagaimana ijmak hujah daripada para ahli takwil tentangnya.” [At-Tabari; jilid 7, muka surat 514]

Ibnu Katsir telah menyokong pendapat ini dalam tafsirnya terhadap ayat ini dengan berkata: “Dan Malam Sepuluh yang dikehendaki dengannya adalah sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid dan lebih daripada seorang daripada golongan Salaf dan Khalaf.” [Ibnu Katsir; jilid 4, muka surat 535]

Dari sini boleh dikatakan bahawa kelebihan Hari Sepuluh dari bulan Zulhijjah telah datang secara jelas dalam al-Quran al-Karim yang telah menamakannya dengan hari yang tertentu kerana keagungan kelebihannya dan kemuliaan kedudukannya.


2. Dalam Sunnah Nabawi:

Telah datang juga sebutan Hari Sepuluh dari Zulhijjah dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Hadis Pertama:

عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أنه قال: يقول رسول الله صلى الله عليه وسلم: "ما من أيامٍ العمل الصالح فيها أحبُّ إلى الله من هذه الأيامِ (يعني أيامَ العشر)." قالوا: "يا رسول الله، ولا الجهادُ في سبيل الله؟" قال: ولا الجهادُ في سبيل الله إلا رجلٌ خرج بنفسه وماله فلم يرجعْ من ذلك بشيء

[أبو داود؛ الحديث رقم 2438، ص 370]

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a., sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada hari-hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (bermaksud Hari Sepuluh).” Para sahabat telah berkata: “Wahai Rasulullah, dan tidak juga jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Dan tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang telah keluar dengan jiwanya dan hartanya dan tidak pulang darinya dengan sesuatu pun.”

[Abu Daud; hadis no. 2438, muka surat 370]

Hadis Kedua:

عن جابرٍ – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: إن العشرَ عشرُ الأضحى، والوترُ يوم عرفة، والشفع يوم النحر

[رواه أحمد؛ ج 3، الحديث رقم 14551، ص 327]

Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Sepuluh itu adalah sepuluh hari Adha, hari ganjil ‘Arafah dan hari Syafa’at Nahar.”

[Diriwayatkan oleh Ahmad; jilid 3, hadis no. 14551, muka surat 327]


عن جابر – رضي الله عنه – أنه قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : "ما من أيامٍ أفضل عند الله من أيامَ عشر ذي الحجة." قال: "فقال رجلٌ: "يا رسول الله، هن أفضل أم عِدتهن جهاداً في سبيل الله؟ قال: هن أفضل من عدتهن جهاداً في سبيل الله

[ابن حبان؛ ج 9، الحديث رقم 3853، ص 164]

Daripada Jabir r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari yang lebih baik di sisi Allah dari hari-hari sepuluh Zulhijjah.” Jabir telah berkata: “Maka seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik atau menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah?” Rasulullah telah bersabda: “Ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik daripada menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah.”

[Ibnu Hibban; jilid 9, hadis no. 3853, muka surat 164]


عن ابن عباس – رضي الله عنهما – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: "ما من عملٍ أزكى عند الله ولا أعظم أجراً من خيرٍ يعمله في عشر الأضحى." قيل: "ولا الجهادُ في سبيل الله؟" قال: "ولا الجهادُ في سبيل الله إلا رجلٌ خرج بنفسه وماله فلم يرجعْ من ذلك بشيء." قال: وكان سعيد بن جُبيرٍ إذا دخل أيام العشر اجتهد اجتهاداً شديداً حتى ما يكاد يُقدرُ عليه

[رواه الدارمي؛ ج 2، الحديث رقم 1774، ص 41]

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: “Tiada amal yang lebih suci di sisi Allah dan tiada yang lebih agung ganjarannya daripada kebaikan yang diamalkan dalam sepuluh Adha.” Seseorang telah berkata: “Walaupun jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang telah keluar dengan diri dan hartanya lalu tiada yang pulang darinya sesuatu pun.” Ibnu ‘Abbas telah berkata: “Sa’id Bin Jabir dahulu, jika telah masuk hari-hari sepuluh itu, dia akan bersungguh-sungguh sehingga dia hampir-hampir tidak mampu melakukannya.”

[Diriwayatkan oleh ad-Darimi; jilid 2, hadis no. 1774, muka surat 41]


عن جابر – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: "أفضل أيام الدنيا أيام العشر يعني عشر ذي الحجة." قيل: "ولامثلهن في سبيل الله؟" قال: ولامثلهن في سبيل الله إلا من عفّر وجهه في التُراب

[رواه الهيثمي؛ ج 4، ص 17]

Daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sebaik-baik hari di dunia ini adalah hari-hari sepuluh, iaitu sepuluh Zulhijjah.” Seseorang telah berkata: “Tiadakah yang sepertinya di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Tiada yang sepertinya di jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang telah dijauhkan wajahnya daripada kotoran.”

[Diriwayatkan oleh al-Haitsami; jilid 4, muka surat 17]

Dari sini, boleh kita katakan bahawa keseluruhan hadis ini menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan hari-hari sepuluh itu adalah hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah yang diberkati.


CIRI-CIRI HARI-HARI SEPULUH:

Hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah memiliki ciri-ciri khusus yang banyak. Sama-sama kita ingati sebahagiannya sebagaimana berikut:

1. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah bersumpah dengannya dalam Kitab-Nya dengan berfirman:

وَالْفَجْرِ. وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”

[Al-Fajr (89): 1-2]

Tidak boleh disangkal lagi bahawa sumpah Allah berkenaan perkara itu menggambarkan kemuliaan dan kelebihannya.


2. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menamakannya dalam Kitab-Nya sebagai “hari-hari yang tertentu”. Hal ini menunjukkan bahawa Dia telah mensyariatkannya dengan menyebutnya secara khusus di dalam Kitab-Nya itu, seperti dalam Firmannya:

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ

"Serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu,”

[Al-Hajj (22): 28]

Sebagaimana telah didatangkan dalam sebahagian tafsir berkenaan Hari-hari yang tertentu itu adalah hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah.

3. Sesungguhnya amal-amal soleh pada hari-hari ini sangat dicintai oleh Allah s.w.t. berbanding hari-hari selainnya:

فعن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – أنه قال: "قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم –: ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التكبير والتهليل والتحميد

[رواه أحمد؛ ج 2، ص 131، الحديث رقم 6154]

Daripada Abdullah bin Umar r.a., sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan tiada amal yang lebih dicintainya di dalamnya daripada hari-hari sepuluh ini, oleh itu perbanyakkanlah di dalamnya Takbir, Tahlil dan Tahmid.”

[Diriwayatkan oleh Ahmad; jilid 2, muka surat 131, hadis no. 6154]


4. Sesungguhnya di dalamnya terdapat “Hari Tarwiyah”; iaitu hari kelapan Zulhijjah yang dimulakan padanya amalan-amalan Haji.

5. Sesungguhnya di dalamnya terdapat “Hari ‘Arafah”; iaitu hari yang agung yang menjadi kebanggaan Islam, yang baginya kelebihan-kelebihan yang agung, kerana ia adalah hari pengampunan dosa-dosa dan pelepasan daripadanya, hari pembebasan daripada Neraka dan hari Kebanggaan:

فعن أم المؤمنين عائشة – رضي الله عنها – أنها قالت: "عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: "ما من يومٍ أكثر من أن يُعتق الله عز وجل فيه عبداً من النار، من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يُباهي بهم الملائكة، فيقول: ما أراد هؤلاء؟

[رواه مسلم؛ الحديث رقم 3288، ص 568]

Daripada Ummi Mukminin ‘Aishah r.a. sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari yang lebih ramai Allah s.w.t. bebaskan para hamba-Nya dari neraka daripada Hari ‘Arafah, sesungguhnya Dia akan mendekat dan berbangga dengan mereka di hadapan para Malaikat seraya berfirman: “Apakah yang mereka itu inginkan?”

[Diriwayatkan oleh Muslim; hadis no. 3288, muka surat 568]


6. Sesungguhnya di dalamnya terdapat “Malam Perhimpunan”; iaitu malam Muzdalifah yang para haji bermalam padanya, iaitu pada malam kesepuluh dari bulan Zulhijjah selepas mereka meninggalkan ‘Arafah.

7. Sesungguhnya di dalamnya terdapat kefardhuan haji yang merupakan rukun kelima dari Rukun-rukun Islam.

8. Sesungguhnya di dalamnya terdapat “Hari Penyembelihan”; iaitu hari kesepuluh Zulhijjah yang dianggap sebagai hari teragung dunia:

روي عن عبد الله بن قُرْط عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: إن أعظم الأيام عند الله تبارك وتعالى يومُ النحر، ثم يوم القَرِّ

[رواه أبو داود؛ الحديث رقم 1765، ص 271]

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Qurt bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya hari-hari teragung di sisi Allah adalah hari Penyembelihan, kemudian hari Qar.”

[Diriwayatkan oleh Abu Daud; hadis no. 1765, muka surat 271]


9. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikannya sebagai masa untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan sembelihan korban; seperti Pasar Hadyi yang khusus untuk para haji dan Aidil Adha yang berkongsi antara para jemaah haji dan kaum Muslimin lain yang tidak mengerjakan haji.

10. Sesungguhnya ia lebih baik daripada hari-hari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan; Syaikh Islam Ibnu Taimiyah, apabila ditanya tentang sepuluh Zulhijjah dan sepuluh terakhir dari Ramadan, yang mana lebih baik, lalu menjawab: “Hari-hari sepuluh Zulhijjah lebih baik daripada hari-hari sepuluh dari Ramadhan, dan malam-malam sepuluh terakhir dari Ramadhan lebih baik dari malam-malam Zulhijjah.” [Ibnu Taimiyah]


11. Sesungguhnya hari-hari yang diberkati ini dianggap sebagai karnival tahunan yang berulang-ulang yang mengumpulkan di dalamnya ibu-ibu ibadah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ibnu Hajar dengan katanya: “Yang jelas adalah bahawa sesungguhnya sebab yang menjadikan sepuluh Zulhijjah itu istimewa adalah di dalamnya terkumpul semua ibu ibadah iaitu Solat, Puasa, Sedekah dan Haji, yang tidak datang pada hari-hari lain.” [Fathul Bari]


12. Sesungguhnya ia adalah hari-hari yang dikongsikan kebaikan dan kelebihannya untuk para jemaah Haji ke Rumah Allah dan juga mereka yang tidak mengerjakan Haji; yang menetap di negara mereka masing-masing; kerana kelebihan hari-hari itu tidak terikat dengan tempat tertentu kecuali untuk para jemaah Haji.

SEBAHAGIAN IBADAH DAN KETAATAN YANG DISYARIATKAN PADA HARI-HARI SEPULUH INI:

Tidak syak lagi bahawa beribadat kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan ketaatan melalui perkataan ataupun melalui perbuatan adalah perkara-perkara yang wajib dan dituntut dari seorang Muslim dalam setiap waktu dan ketika. Ibadah itu ditegaskan lagi pada sebahagian waktu dan munasabah tertentu antaranya adalah pada hari-hari sepuluh dari bulan Zulhijjah ini sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam beberapa ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kepada beberapa ibadah yang digalakkan itu. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Memperbanyak mengingati dan menyebut nama Allah s.w.t., berdoa memohon kepada-Nya dan tilawah al-Quran

Allah s.w.t. berfirman:

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ

"...serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu,”

[Al-Hajj (22): 28]

Juga sebagaimana galakan dalam hadis Nabi s.a.w. agar memperbanyak mengingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari ini dengan galakan yang khusus:

روي عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – أنه قال: "قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم –: "ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر، فأكثروا فيهن من التكبير، والتهليل، والتحميد

[أحمد؛ ج 2، ص 131، الحديث رقم 6154]

Terdapat juga kisah-kisah di mana sebahagian Salaf telah keluar menuju pasar-pasar pada hari-hari sepuluh ini, lalu mereka bertakbir dan orang ramai mengikuti takbir mereka itu, kerana suara takbir dan menyebut nama Allah itu digalakkan untuk ditinggikan, sama ada di penghujung solat, di pasar-pasar, di rumah-rumah, di jalan-jalan atau di tempat-tempat lain. Digalakkan juga memperbanyak doa yang baik pada hari-hari ini untuk merebut kelebihannya dan berasa tamak untuk dikabulkan.


  • Memperbanyak solat sunat

Kerana ia adalah sebaik-baik usaha mendekatkan diri kepada Allah. Juga kerana “perkara-perkara sunat itu melengkapkan kekurangan perkara-perkara fardu. Ia juga antara sebab kecintaan Allah terhadap hamba-Nya dan dikabulkan doanya, selain ia juga adalah antara sebab diangkatkan darjat, dihapuskan keburukan dan ditambahkan kebaikan.” [Abdullah bin Jarullah; 1410 H, muka surat 181]

Nabi s.a.w. telah menyatakan galakan terhadap perbuatan ini secara lisan dan perbuatan sebagaimana yang dikuatkan oleh hadis ini:

روي عن ثوبان – رضي الله عنه – أنه قال: "سألت عن ذلك رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: عليك بكثرة السجود لله؛ فإنّك لا تسجد لله سجدةً إلا رفعك الله بها درجةً، وحطَّ عنك بها خطيئةً

[رواه مسلم؛ الحديث رقم 1093، ص 202]

Diriwayatkan daripada Thauban r.a., katanya: “Aku telah bertanya tentang perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda: “Hendaklah engkau memperbanyak sujud kepada Allah kerana dengan setiap sujud engkau kepada Allah itu, Allah akan mengangkatkan untukmu satu darjat dan Allah akan menjauhkan darimu satu kesalahan.”

[Diriwayatkan oleh Ahmad; hadis no. 1093, muka surat 202]


  • Menyembelih binatang korban

Kerana ia adalah ibadah yang disyariatkan, yang dengannya seorang Muslim itu mendekatkan dirinya kepada Allah pada Hari Sembelihan atau dalam tempoh Hari Tasyrik ketika dia menyembelih haiwan Qurban itu sama ada kambing atau lembu atau unta, kemudian dia makan sebahagian daripadanya dan memberi hadiah serta bersedekah. Dalam perkara ini terdapat banyak makna perbelanjaan, pengorbanan dan penebusan, selain meneladani hidayah Nabi s.a.w. yang diberkati.


  • Memperbanyak sedekah dalam bentuk kebendaan dan maknawi

Kerana padanya terdapat makna taqarrub kepada Allah s.w.t, mengharapkan ganjaran dan pahala daripada-Nya dengan cara membelanjakan, memberi dan ihsan kepada orang lain.

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ

“Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!”

[Al-Hadid (57): 11]

Selain itu, dengannya juga jalinan hubungan kemasyarakatan dapat dikukuhkan melalui perhatian tentang keadaan para fakir, miskin, anak-anak yatim, orang-orang yang memerlukan dan memenuhi keperluan mereka. Bahkan pada sedekah itu juga terdapat ganjaran yang agung walaupun diberikan dalam bentuk maknawi, bukan dalam bentuk material:

فقد ورد في الحديث عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: "على كل مُسلمٍ صدقة." فقالوا: "يا نبي الله! فمن لم يجد؟" قال: "يعمل بيده فينفع نفسه ويتصدق." قالوا: "فإن لم يجد؟" قال: "يُعين ذا الحاجة الملهوف." قالوا: "فإن لم يجد؟" قال: فليعمل بالمعروف وليُمسك عن الشر فإنها له صدقةٌ

[رواه البخاري؛ الحديث رقم 1445، ص 233]

Sebagaimana yang terdapat dalam satu hadis daripada Nabi s.a.w, sabdanya: “Setiap Muslim itu perlu bersedekah.” Para sahabat bertanya: “Wahai Nabi Allah! Bagaimana pula bagi orang yang tidak mampu?” Baginda bersabda: “Hendaklah dia bekerja dengan tangannya yang memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah dengannya.” Para sahabat bertanya pula: “Jika dia masih tidak mampu?” Baginda bersabda: “Hendaklah dia membantu orang yang memiliki keperluan yang mendesak.” Para sahabat bertanya lagi: “Jika dia masih tidak mampu?” Baginda bersabda: “Hendaklah dia melakukan yang makruf dan mencegah keburukan dan perbuatan itu adalah sedekah baginya.”

[Diriwayatkan oleh al-Bukhari; hadis no. 1445, muka surat 233]


  • Berpuasa

Kerana ia adalah sebaik-baik ibadah yang perlu dijaga oleh seorang Muslim disebabkan keagungan ganjarannya dan pahalanya yang berganda.

عن بعض أزواج النبي – صلى الله عليه وسلم – قالت: "كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يصوم تسعَ ذي الحجة، ويوم عاشوراء، وثلاثة أيامٍ من كُلِ شهر، أول اثنين من الشهر والخميس

[رواه أبو داود؛ الحديث رقم 2437، ص 370]

Beberapa isteri Nabi s.a.w. telah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. akan berpuasa pada sembilan Zulhijjah, hari ‘Asyura, tiga hari dari setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis.”

[Diriwayatkan oleh Abu Daud; hadis no. 2437, muka surat 370]

Bukan hanya ini sahaja... Selain puasa itu adalah antara ibadah yang dapat mendekatkan para hamba kepada Allah s.w.t. dan ganjarannya juga agung, terdapat juga ganjaran lain sebagaimana hadis berikut:

فقد روي عن أبي قتادة الأنصاري – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – سئل عن صوم يوم عرفة فقال: يُكفِّر السنة الماضية والباقية

[رواه مسلم؛ الحديث رقم 2747، ص 477]

Telah diriwayatkan daripada Abi Qatadah al-Ansari r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah ditanya tentang Puasa Hari ‘Arafah, lalu Baginda bersabda: “Ia menghapuskan (dosa) tahun yang lalu dan tahun yang selepasnya.”

[Diriwayatkan oleh Muslim; hadist no. 2747, muka surat 477]


  • Qiamullail

Kerana ia adalah daripada ibadah-ibadah yang digalakkan Nabi s.a.w. untuk dijaga walaupun ia tidak wajib. Juga kerana ia adalah daripada jenis ibadah yang dilakukan pada masa-masa tertentu secara khusus, seperti pada malam-malam bulan Ramadan al-Mubarak, malam-malam hari-hari sepuluh dan lainnya. Qiamullail adalah daripada sifat ‘ibadurrahman yang Allah ceritakan tentang mereka dalam firmannya:

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا

“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.”

[Al-Furqan (25): 64]

Mereka menghabiskan malam mereka untuk menyembah Allah s.w.t. dengan mengerjakan solat, bertahajjud, mengingat dan menyebut nama Allah, memohon keampunan dan berdoa kepada Allah, memohon kelebihannya dan memohon perlindungan daripada azab-Nya.


  • Taubat dan kembali kepada Allah

Kerana antara perkara yang disyariatkan pada hari-hari yang diberkati ini adalah agar manusia itu segera bertaubat yang benar dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t, agar dihapuskan dosa-dosa dan kemaksiatan, bertaubat daripadanya seraya mengharapkan apa yang ada di sisi Allah dan merealisasikan firman Allah s.w.t:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

[An-Nur (24): 31]

Taubat yang benar itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan dan jaminan masuk syurga denga izin Allah s.w.t, kerana orang yang bertaubat daripada dosa itu seperti orang yang tiada dosa padanya.


BEBERAPA PENGAJARAN TARBAWI YANG DIPEROLEH DARI HADIS-HADIS KELEBIHAN HARI-HARI SEPULUH:

1. Peringatan Nabi yang bersifat tarbawi itu menunjukkan bahawa amal soleh pada hari-hari sepuluh dari bulan Zulhijjah itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada hari-hari selainnya. Padanya terdapat tarbiah untuk jiwa Muslim agar mengambil berat terhadap peluang tahunan ini yang hanya datang sekali setahun sahaja, juga kepentingan merebutnya dengan melakukan amal ketaatan secara lisan dan perbuatan, kerana padanya terdapat peluang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Ia juga dapat membekalkan jiwa manusia dengan makanan roh yang akan meningkatkan sisi maknawi seorang manusia itu, yang akan dapat membantunya mengharungi kehidupan.

2. Petunjuk Nabi yang bersifat tarbawi itu menunjukkan bahawa dalam kehidupan seorang manusia Muslim itu terdapat beberapa peluang yang memerlukan reaksi positif daripadanya dengan cara menukar corak kehidupannya dan memecahkan rutin hariannya yang biasa dengan perkara yang baik untuknya sama ada dalam bentuk perkataan atau amalam. Antara peluang-peluang tahunan tersebut adalah hari-hari yang diberkati ini yang di dalamnya terdapat pelbagai corak ibadah yang dapat memenuhi pelbagai aspek dan sisi kemanusiaan.


3. Kelangsungan hubungan seorang manusia Muslim sepanjang hayatnya bersama Penciptanya Yang Maha Agung melalui pelbagai jenis ibadah yang berbeza-beza itu adalah dengan tujuan agar dia dapat merealisasikan makna ibadah yang sebenar dengan cara melakukan ketaatan yang benar dan kepatuhan yang suci. Inilah yang mengukuhkan bahawa kehidupan Muslim itu seluruhnya adalah ketaatan kepada Allah s.w.t. bermula sejak hari lahirnya hinggalah ke liang lahad sebagaimana yang diungkapkan dalam perbahasan berikut ini:

فالعبادة بمعناها النفسي التربوي في التربية الإسلامية فترة رجوعٍ سريعةٍ من حينٍ لآخر إلى المصدر الروحي ليظل الفرد الإنساني على صلةٍ دائمةٍ بخالقه، فهي خلوةٌ نفسيةٌ قصيرةٌ يتفقد فيها المرء نفسيته صفاءً وسلامةً

[عبد الحميد الهاشمي؛ 1405هـ، ص 466]

“Ibadah itu menurut makna tarbiah kejiwaan dalam tarbiah Islamiyah adalah detik kembali yang segera dari masa ke masa kepada sumber roh agar individu itu sentiasa berhubungan dengan Penciptanya. Oleh itu ia adalah pengasingan jiwa yang singkat di mana seseorang itu mampu menilik jiwanya dan kembali semula kepada kesucian dan kesejahteraan.”

[Abdul Hamid al-Hasyimi; 1405 H, muka surat 466]


4. Kesyumulan amal soleh yang mendekatkan seseorang itu kepada Allah s.w.t. melalui tujuannya mendapatkan perhatian Allah dan keredhaan-Nya, sama ada melalui perkataan ataupun perbuatan; sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadis Nabi s.a.w. tentang amal soleh; di mana kata khusus dengan “alif-lam” yang menunjukkan jenis itu merangkumi perkara umum dan tidak khusus; padanya terdapat tarbiah agar diperbanyakkan amal-amal soleh, sebagaimana padanya juga terdapat sisi tarbawi yang tidak boleh diabaikan, iaitu kepelbagaian ibadah dan jenis-jenisnya itu dapat memenuhi semua aspek perkembangan utama (jasad, roh dan akal) dan aspek-aspek lain pada diri seorang Muslim itu.

5. Galakan Tarbiah Islam dalam membuka pintu perlumbaan dalam ketaatan agar setiap manusia dapat memberikan segala yang ia mampu daripada amal kebaikan seperti ibadah-ibadah fardu, ketaatan-ketaatan yang dituntut daripada Haji dan Umrah, Solat dan Puasa, Sedekah dan Zikir serta Doa, dan lain-lain. Padanya terdapat isyarat tarbawi agar lonjakan persediaan peribadi dan kekuatannya untuk mencapai kemuncak apa yang ia inginkan dalam bentuk faedah-faedah, manfaat-manfaat dan tujuan-tujuan ukhrawi yang digambarkan dalam bentuk kejayaan mendapat syurga dan perlepasan daripada neraka.

6. Islam memuliakan dan mengagungkan salah satu rukun Islam yang agung iaitu Haji sebagai satu amalan yang agung yang mengandungi unsur tarbiah yang pelbagai yang tertonjol melalui penyucian seorang individu Muslim daripada hawa nafsunya dan dorongan-dorongan kebendaan, kebebasannya dari ikatan keduniaan, usahanya memenuhi keperluan aspek rohani yang menuntut penjagaan umum dan persediaan khusus untuk melakukan amal-amal soleh sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. dalam banyak hadisnya, kerana padanya terdapat persiapan yang baik agar amal Haji itu diterima, dan dorongan yang kuat untuk melaksanakannya dalam bentuk yang selayaknya dengan kedudukan Haji itu yang – tidak diragukan – merupakan satu kedudukan yang tinggi lagi agung.

7. Mentarbiah Muslim tentang kepentingan menghidupkan sunnah dan syiar-syiar agama yang pelbagai di sepanjang kehidupannya kerana pintu amal soleh itu sentiasa terbuka, tidak pernah tertutup sejak dari seorang manusia itu dilahirkan hinggalah dia mati, sebagai lonjakan daripada petunjuk Nabi yang menggalakkan ke arah itu dan menyeru kepadanya.

Bukan setakat ini sahaja; hari-hari yang agung ini menyimpan banyak pengajaran dan tarbiah, yang kita semua perlu manfaatkan dalam setiap sudut kehidupan kita dan mengambil ilham dalam setiap perkara.

والله نسأل التوفيق والسدّاد، والهداية والرشاد، والحمد لله رب العباد

Disediakan oleh:

Sekretariat JK Tarbiah IKRAM Pusat

Akhir Zulkaedah 1432H


contengan pengembara


Bismillahirrahmanirrahim.

Coretan ini saya nukilkan khas buat adik2 kesayangan saya.

Adik2 yang jiwa mereka suci dan mulus. Yang basah dengan semangat ,

kuat dengan iltizam dan mempunyai jiwa2 yang mendambakan

cahaya Islam.

Adik kakak yang di kasihi,

Kalian sedang mengembara di dunia yang terlalu baru bagi kalian.

Menelusuri bumi hijau yang masih belum mengenali kalian.

Menjejaki alam warna warni seorang pengembara di bumi asing.

Yang mana hanya ada insan-insan baru yang menemani kalian.

Yang kalian ada saat ini, hanya teman2 dan seniorita

di sekeliling kalian.

Dalam perjalanan yang baru di lalui, kalian akan menemui pelbagai

cerita jalanan yang kadang2 tidak mampu untuk di hadapi.

Lagi2 pada kalian, sebagai adik2

(kasi can lah ,adik2 untuk tempoh setahun, wink2).

Rentak perjalanan yang kadang2 sangat membebankan dan memberatkan.

"Saya stress ok.."

"Saya tension.."

"Kakak, saya baru, ok. Sila faham"

"Kakak, saya ni adik2 lagi, mana nak tahu semua ni

" Akak tak fahamlah."

"Kakak tak duduk tempat saya, bolehlah "

Bawa bertenang adik2.. Akak pun pernah menjadi adik,

pernah menjadi orang yang manja, malahan diri akak bermula dari zero.

Akak juga sudah,telah dan sedang mengalami apa yang adik2 alami.

Malah..malah lagi teruk ok.

Makin meningkat fasa kita, sudah pasti banyak masalah

dan perubahan yang kita akan hadapi. Kita juga akan

berhadapan dengan kepelbagaian sikap manusia.

Siapa kata akak tidak pernah jatuh, tidak pernah merasa sakit.

Tidak pernah rasa perit...

Tetapi setiap kesakitan yang kita rasa, kita kena cuba ubati.

Jangan biarkan ia memberi kesan yang teruk dan memberikan

kemudaratan kepada diri kita

(sayangilah jiwa anda. Kita berhak menyayangi mereka .

pesanan penaja ^_^ )

Ya, kita bukan insan terbaik.. kita bukan perfect people ,

yang anggun menawan tanpa secalit kekurangan, kekhilafan dan keaiban.

Tidak,,, kita bukan seperti itu. Kita manusia tau.. bukan malaikat ,

bukan para Anbiyaa.

Kita nun, sin. ya. Naasi yang bermaksud lupa, alpa.

Sebab itu , ALLAH menjadikan kita pelbagai, pelbagai jenis

,pelbagai ragam, pelbagai gaya bahasa, pelbagai sikap untuk

kita saling melengkapi, saling belajar dan mengajar,

saling mendidik dan terdidik.

Apa sahaja yang kalian alami,

Banyakkan sabar..sabar.. sabar. Innallaha maassobiriin.

Bersangka baik dengan ALLAH swt. Kalian yakin dan imanilah ALLAH

sedang mendidik dan mengajar kita sesuatu.

Jangan putus asa. Boleh kalau nak sedih hati,

Tapi jadikan kesedihan dan titisan air mata itu sebagai penawar hati

dan penghapus dosa kita. Kita, yang alpa dalam mengingati ALLAH

yang Maha Mendengar dan melihat hambaNYA.

Banyakkan doa pada ALLAH swt.

Ad duaa silaahul mukmin . ( doa itu senjata orang mukmin).

Senjata maksudnya pendinding, sesuatu yang menjamin keselamatan kita kan.

Kita kena mengimani ALLAH swt sangat dekat dengan hambaNYA.

Dalil Al quran (.“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu

tentang Aku, maka (jawablah), “Aku itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan

orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah

mereka memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka

beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(QS. Al Baqarah: 186)

Allah ITU DEKAT . SANGAT DEKAT dengan kita.

Bukankah ALLAH swt pencipta kita? Dan ALLAH swt menyarankan kita

supaya berdoa. Yakinlah, jika kita berdoa, insyaALLAH akan di makbulkan.

"Tapi akak, selalu je saya doa , tapi ALLAH tak perkenankan pun " T_T.

Adik2 ,

ALLAH swt ada cara untuk memperkenankan DOA hambanya.

Macam mak ayah kita juga kan, ada ketikanya permintaan kita, mak ayah

laksanakan dan ada yang tidak. Kan3.

Tahu tak ada cara ALLAH makbulkan doa kita? ^_*

Allah menunaikan doa hambaNYA melalui 3 cara:

1) Apabila kita berdoa,terus Allah swt perkenankan , tiada hijab langsung.

2) Allah SWT perkenankan tapi, lambat dan bukan pada masa yang kita nak .

3) Allah SWT tidak memperkenankan apa yang kita minta,

tapi Allah gantikan dengan benda yang lain.yang terbaik untuk kita.

Sebab apa? Sebab Allah sangat mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Allah faham apa yang kita nak. Boleh je kita tak minta atau tidak berdoa pada Allah,

sebab Allah swt tahu apa yg terbaik untuk kita.

Tapi Allah nak bagi kita peluang berusaha, bagi kita ruang

untuk bermanja2 dengan ALLAH swt.

Oleh itu, adik2 sayang,usah berputus asa, banyakkan mengingati ALLAH.

Dengan mengingati ALLAH swt ,jiwa akan menjadi tenang.

Setenang aliran sungai nil ^_^.

Sunday, October 16, 2011

luahan cinta atas cintaNYA.


Syukur

Syukur..syukur..syukur ya ALLAH.. syukur,Alhamdulillah. Dengan semangatnya kita menasyidkan dendangan lagu dari raihan.

Ataupun,kalau kita mendapat apa2, pasti kita akan mengucapkan, syukur ya ALLAH, Alhamdulillah.

Tapi apa erti syukur tu ya? Cukupkah sekadar kita tahu perkataan tersebut tanpa memahaminya atau cukup lah sekadar kita tahu ibrah tanpa mengambil fakta? Ahaks.

Nak sharing dengan kalian2 semua tentang syukur.

Syukur ~ mengetahui diri mendapat sesuatu yang bermanfaat berupa nikmat ,lantas kita suka dan senang . contohnya, kita Berjaya dalam peperiksaan, kita dapat sesuatu yang best menyebabkan kita tak dapat nak kecilkan kelebaran senyuman kita ^___________________^.

Lantas apa yang kita lakukan apabila kita bersyukur? Senyum gumbira sahajakah, atau melompat dengan gaya yippiiii,bestnyaaaa *_*.

Syukur kita sebagai seorang yang beriman, yang mengimani bahawasanya aku sayang ALLAH, maka kita haruslah melontarkan kalimah ALHAMDULILLAH. Kalimah toyyibah yang membawa maksud segala puji bagi ALLAH. Kita mengembalikan ke”best”an yang kita dapat kepada orang yang telah memberi rasa yang best itu kepada kita.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.

Allah yang maha best telah mengkhabarkan kita bahawa ALLAH swt telah menyediakan nikmat yang super banyak pada kita, yang mana kalau kita hitung-hitung memang tak mampu kita nak sebutkan jumlah nikmat itu. Terima kasih ya ALLAH.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah ,niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar2 Maha Pengampun,Maha Penyayang" (16:18)

Malah ALLAH swt telah menghadiahkan kita hadiah nikmat yang paling2 best dan besar serta berharga buat kita, selaku hambaNYA.

# nikmat udara,cahaya, air ----------------: bayangkan kalau kita tak dapat nikmat2 ini , tak mampu untuk di gambarkan kan3. Lalu, kita akan mati dengan kasihannya . Ada ke sesiapa yang boleh hidup dengan sejahtera dan bahagianya tanpa nikmat2 ini?

“apakah kalian tidak memerhatikan bahawa kami telah menjadikan malam agar mereka beristrirehatpadanya dan menjadikan siang yang menerangi? Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda2 bagi orang yang BERIMAN” ( 27:86)

#nikmat malam dan siang -----------------: apakan jadi hidup tanpa malam, badan yang penat ,mahukankerehatan, nak di rehatkan pada waktu bila? Apakan jadi,kalau hidup kita hanya siang yang di terangi dengan kepanasan dan kelelahan? Mesti, tak seronokkan hidup kita.tiadalah warna warninya. So sweet ,ALALH swt tahu apa yang best untuk hambaNYA.

“katakanlah (Muhammad) bagaimana pendapatmu,jika ALLAH menjadikan untukmu malam it terus menerus sampai hari kiamat. Siapakah Tuhan selain AllAH yang akan mendatangkan sinar itu kepadanya? Apakah kamu tidak mendengar? ‘’(28:71)

#nikmat tubuh badan yang cantik (cantik itu subjektif okeh) ---------------------: kita ada mata,ada telinga, ada hidung yang comel, yang semua2 tu letak elok2 sahaja posisinya atas muka kita kan. Yeah, ALLAH knows the best.

“sungguh ,kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaiknya “( 95”4)

# nikmat Iman dan Islam --------------:Dan akhirnya, nikmat yang paling terindah,paling bahagia,yang buat kita makin hari makin jatuh cinta .Nikmat yang tidak semua dari banyak2 manusia di muka bumi ini dapat. Dan nikmat yang tidak ramai menghargai dengan sebaiknya.

“ mereka menjawab : benar sungguh,seorang pemberi peringatan telah dating kepada kami ,tetapi kami mendustakannya dan kami katakana “ ALLAH tidak menurunkan sesuatu apapun,kamu sebenarnya dalam kesesatan yang besar (67:9)

Betul ke kita wajib bersyukur? Kena ke? Perlu eh?

Perlu malah kewajipan untuk kita bersyukur.

Bukankah ALLAH mengajarkan kita agar bersyukur malah dalam setiap solat kita akan di mulai dengan kesyukuran kepada ALLAH SWT. Bukankah di permulaan solat ,kita perlu mendahului dengan bacaan al fatihah. Ayat permulaan Al Fatihah itu pun, SEGALA PUJI BAGI ALLAH,TUHAN SEKALIAN ALAM. Kita merafakkan setinggi kesyukuran kepada ALLAH yang Maha Hebat .

Yuk,kita menjadi hambaNYA yang bersyukur. Kita luahkan rasa cinta kita dengan memperbanyakkan syukur kepada ALLAH swt.

Macammana nak bersyukur?

Syukur boleh di luahkan melalui :

1) hati ---------------) kita mengakui kasih sayang, rahmat dan inayahNYA. Dengan,dengan memperbanyakkan zikir ,pujian kepada Rabb yang Satu dengan lafaz Alhamdulillah.

“ tuhanMu mengetahui apa yang ada dalam hatimu jika kamu orang yang baik,maka sungguh, Dia Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat” ( 17:25)

2)lisan ---------------) menundukkan seluruh anggota dengan beramal dengan amal yang soleh lagi musleh serta taat melaksanakan segala yang di perintahkan oleh ALALH swt.

Yuk, jadi hambaNYA yang bersyukur.

Syukur dengan setiap kurniaanNYA, setiap ujian yang di berikan.

Moga setiap detik kita takkan terlepas dari menjadi hambaNYA yang bersyukur.

“ dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan” sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambah (nikmat )kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikamtku),maka pasti azabku sanagt berat” (14:7)

Saturday, October 15, 2011

KITA DAN CINTA


Bismillahirrahmanirrahim.

Moga semakin meningkat hari dalam kanvas kehidupan kita,

semakin meneguhkan kita dalam beramal kepada

Sang Pencipta kita,yang tiada tolak bandingnya,

ALLAH Rabbul Izzati. Semakin lama meniti kehidupan ,

semakin banyak beban tanggungjawab yang di galas,

semakin meningkat beban amal.

Tekadang kita merasa sangat lelah untuk melangkah,

tekadang kita merasa sangat sakit melalui jalan ini,

tekadang kita terduduk , menangis sendirian menelusuri

lorong kehidupan ini. Tetapi,adakah apa yang kita lalui

ini menjadikan kita berhenti ,berputus asa dalam meneruskan

perjalanan ini? Adakah, keperitan ini di jadikan asbab untuk berhenti

merehatkan diri selamanya?

Persoalan ini semuanya terletak di tangan kita, terletak dalam

kemanisan ruh keimanan kita.

Tidak perlu kelancaran mulut kita menjawabnya,

biarkan sahaja keimanan kita yang menuturkannya,

biarkan kekuatan semangat yang merungkainya setiap persoalan tersebut.

Setiap apa yang kita rasai dalam perjuangan hidup ini

merupakan hadiah kasih sayang dari Ilahi.

Ya,hadiah kasih sayang yang di berikan dengan cara paling best,

paling seronok,paling terketuk.

Untuk apa? Untuk kita cepat2 sedar, cepat2 muhasabah

,cepat2 beristighfar memohon keampunan dari DIA yang

memiliki cinta paling sakti.

Tetapi,adakah kita mahu sia2 kan hadiah tersebut/

mengabaikan setiap ujian yang kita hadapi,

meng”ignore”kan ia dalam kehidupan kita, jeling sebelah mata pun tak nak,

sebab kita tension,kita malas fikir, kita malas muhasabah,

kita malas menilai, setiap teguran kasih sayang

ALLAH itu.

Kita rasa, cukup dengan kita teruskan hidup kita, maka masalah kita,

ujian kita akan hilang. Kita lupa,kita lalai, bahawa ALLAH yang Maha Hebat

itu menantikan hambaNYA untuk memohon cintaNYA,

meraih keampunanNYA.

Kita lupa untuk menyuarakan resah hati kita

kepadaNya. Kita memang selalu lupa dan alpa kan3T_T

Ujian itu tarbiyyah.

Dah selalu dengarkan ayat ini. Dah selalu di ingatkan pun oleh sahabat2 kita,

oleh ummi2 kita (baca "masulah) malah selalu juga sering kita temukan

ayat ini dalam bacaan ayat QURAN kita, tetapi kita tetap biarkan kata2

tersebut berlalu begitu sahaja atau kita tahu,kita faham ayat

tersebut tetapi kita rasakan ia dah terlalu biasa hingga tidak menimbulkan

impak atau kesan pada kita. Tidak menyentak sudut paling

dalam hati kita untuk menghadamkan dan

merealisasikannya.(moga ALLAH mengampunkan kekhilafan kita)

Dalam kita melalui jalan perjuangan ini, kita pasti,pasti sangat akan

berhadapan dengan faktor luaran dan dalaman yang akan mengusik- usik

kita agar berhenti dari meneruskan perjalanan ini.

Sangat beruntung kalau kita menjadi super duper daie yang kental,

yang boleh membentuk hatinya keras seperti batu

(dalam bab berhadapan dengan maksiat sahaja ,ya) yang tak kisah

apa orang kata, ibarat seperti sang kura2 pekak yang terus berlari

dan berlari lalu terus berlari untuk sampai ke garisan penamat.

Tetapi alangkah tak bestnya kita ,kalau kita menjadi seperti

sang kura2 yang leka dan lalai dengan pujian atau tohmahan orang,

yang sibuk menghanyutkan diri dia,dan akhirnya dia terus

hanyut dan tersungkur sebelum sampai ke garisan penamat.

Sayang,sayang seribu kali sayang, andai kita menjadi hamba ALLAH,

menjadi daie seperti itu. Menjadi orang yang hanyut dengan anasir2 luar

(baca: tohmahan,kutukan, kehilangan dll ) yang berhasrat menjatuhkan kita

dan akhirnya, kita terpesona dengan anasir tersebut lalu kita

jatuh terduduk di pertengahan jalan ini malah lagi kesian ,

kalau kita terus berhenti,membrekkan diri secara mendadak,

lalu terus buka pintu kenderaan dan meninggalkan

kenderaan tersebut,tersadai di tengah jalan.

Malah,lebih malang lagi kalau kita terjatuh,terduduk

dengan anasir dalaman diri kita.

Masalah dalaman yang kecil, yang mudah,yang memang

kita kena I”laj(mengubati) dari awal kita menjejakkan kaki

di jalan yang penuh rintangan dan cabaran ini

(baca: masalah hati: cemburu, degil, malas,masalah ukhwwah:

saya jelous, saya marah,saya kecik hati,dll,dan seangkatan dengannya)

tetapi akhirnya kita membentuk ia menjadi gelombang besar

yang menenggelamkan hammasah(semangat) kita dalam

melaksanakan setiap amal kita.

Jom,berjiwa besar.

Jom3,kita perbaiki kekhilafan kita,kita muhasabah balik

setiap pergerakan kita, kita betulkan kembali dan kena selalu

betulkan niat kita.

Kan ,hadis pertama2 kita baca,adalah tentang niat.

Setiap perbuatan dimulai dengan NIAT.

Niat yang baik,niat kerana ALLAH, niat kerana redha ALLAH,

pasti Allah balas dengan sebaik2 ganjaran,

pasti ALLAH akan sentiasa di sisi kita.

Bukankah ALLAH itu sangat dekat dengan kita (hambaNYA yang beriman).

Masalah-masalah yang menyelimuti diri kita sejak akhir-akhir ini,

jom3 kita selak luas2 dalam hidup kita. Kita buangkan masalah itu jauh2 .

Kita selesaikan masalah tersebut dengan sebaiknya. Takkan kita nak tunggu lagi kan?

Nak tunggu sampai bila? Nak tunggu sampai ALLAH jemput kita?

Nak tunggu amal kita di jalan dakwah ini,ALLAH gantikan dengan orang lain?

Nak tunggu sahabat kita tiada di sisi, baru kita nak menyesal,

nak bertaubat, nak sedih sampai keluar air mata darah ?

Sedangkan kita cukup faham, cukup hadam bahawa apa sahaja

yang kita alami di dunia ini hanya sementara,

hanya ujian untuk menilai keimanan dan ketaqwaan kita.

Dan kehidupan di dunia hanyalah permainan dan senda gurau ,

sedangkan negeri Akhirat itu lebih baik bagi orang2 yang bertaqwa.

Tidakkah kamu mengerti? ( 6:32)

Belum terlambat lagi untuk kita menyelesaikan masalah2 kita,

cepat2 bersihkan agar apabila kita menyambung kembali perjalanan kita,

kita semakin bersemangat,semakin deras melangkah, kerana kita

telah berjaya meringankan beban2 yang tidak patut kita galas,

kita dah buang jauh2 beg2 galas yang tak perlu kita bawa,

kita dah boleh terus berlari dan berlari dengan gigih

sambil tersenyum riang untuk mencapai matlamat kita.

Dan ada ketikanya,kita akan berhenti seketika

mendapatkan bekal iman kita bersama2 sahabat2 kita(bulatan keluarga

bahagia) dan akhirnya kita kembali memacu kembali perjalanan kita

sehingga akhirnya, dan akhirnya,apabila tiba hari yang ALLAH telah

khaskan buat kita (kematian), maka kita bisa kembali kepadaNYA

dalam keadaan yang penuh tenang,penuh bahagia. Dan di penghujungnya,

insyaALLAH,kita akan bersama2 berpimpinan tangan menuju ke syurgaNYA.

Syurga yang menjadi impian kita bersama.

Dan orang2 yang BERIMAN serta MENGERJAKAN KEBAJIKAN,

kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.

mereka itulah penghuni syurga dan mereka kekal di dalamnya.(7:42)

Dan inikan janji ALLAH swt:

Dan orang2 yang sabar kerana mengharapkan keredhaan tuhanNYA,

melaksanakan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami

berikan kepada mereka secara sembunyi atau terang- terangan

serta menolak kejahatan dengan kebaikan,

orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.(13:22)

Iaitu syurga adn,mereka masuk ke dalamnya bersama orang yang soleh

dari nenek moyangnya ,pasangan2nya,anak cucunya,sedang malaikat

masuk ketempat mereka dari semua pintu (13:23)

Sambil mengucapkan” selamat sejahtera ke atasmu” kerana kesabaranmu.

maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu) 13:24)

Friday, September 30, 2011

Beriringan menuju jannahNYA


Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga kita sentiasa di dalam dakapan iman dan kemanisan ukhwwah.

Semoga kita semakin bersemangat dan memacu menjadi singa-singa kelaparan yang lapar untuk Islam.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah Allah swt telah memilih kita semua untuk masih terus tetap, masih terus sabar.masih terus kuat untuk terus memacu dan bekerja di jalan yang panjang ini.inilah sebenar-benar nikmat perjuangan yang masih di kurniakan allah swt kepada kita semua ,yang kita imani inilah perjuangan yang membantu kita dalam menunaikan tugas kita.melaksanakan amanah kita kepada allah swt.

Alhamdulillah atas segala nikmatnya,Allah masih memelihara semangat kita. Menambahkan kesegaran bagi ukhwwah kita untuk kita terus beramal kepadaNYA.

Ayuhlah,kita menjadi jundi yang terus kuat,terus sabar,Terus bekerja kerana ALLAH swt.Terus bekerja menyambung perjuangan generasi awal terdahulu.

Manfaatkan segala ilmu,segala bekalan yang kita dapat sepanjang percutian ini dengan sebaiknya.

Sekaranglah masa untuk kita bergerak ,bekerja dimedan amal kita. Membantu jiwa-jiwa yang kering kegersangan. Menarik mereka dari jahiliyyah ke dalam cahaya Islam yang terang.

Dalam kita sibuk melaksanakan amal kita, jangan di lupa akhwat-akhwat kita yang sudah pulang dari percutian mereka.

Ayuh,sama-sama kita bantu menguatkan mereka,menyuburkan kembali hammasah(semangat) mereka untuk lebih serius bekerja untuk Islam.

Bukankah, itu peranan kita juga?

Berusahalah untuk menyampaikan, dari segi prnulisan,perakapan dan sebagainya.

Fahamkan akhwat kita sepertimana kefahaman kita. Rasakan mereka apa yang telah kita rasai.

Bukankah kita telah berjanji untuk berpimpinan tangan menuju ke syurga yang hakiki.

Bukankah kita telah berjanji,di sana kelak kita akan menyulam kemanisan cinta kita bersama.


Moga kita menjadi penunjuk jalan buat mereka dalam merentasi kehidupan yang penuh cabaran ini.

Ayuh, kita bergerak bersama-sama , melaksanakan amal buat ummah .moga cahaya Islam kembali bersinar ,kembali gemilang

Thursday, September 29, 2011

jalan buat mereka yang mahu dan sedia


Bismillahirrahmanirrahim.

Moga semakin siaga dan berstamina dalam meneruskan jalan yang penuh cabaran ini.

Hidangan tazkirah hari ini~ ( 9 :41 )

(berangkatlah kamu baik dengan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan ALLAH. Yang demikian lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui)

Jelas dalam ayat ini menunjukkan dan membuktikan kepentingan jihad kepada kita.

Bagi seorang daie, jihad kepada ALLAH adalah jihad kita bekerja di jalan dakwah. Sejauhmana kita mengoptimumkan masa kita,tenaga kita, harta kita ,diri kita sendiri untuk dakwah.

Adakah dakwah yang kita sebut-sebut itu hanya dipinggiran bibir kita,dilingkaran minda kita atau diatas usaha-usaha kita yang sepenuhnya kita lakukan kerana ALLAH SWT,yang kita lakukan demi deenulhaq,demi ummah yang semakin tenat?

Kita perlu DAN sentiasa ingat, semua perkara yang kita lakukan,semua benda yang kita buat adalah kerana DAKWAH. Hidup kita adalah hidup sebagai daie. (Moga ALLAH mepermudahkan kita untuk membina hidup kehambaan ini. Rasa kehambaan kepada ALLAH swt). Kita kena ingat, kena hadam betul-betul,jatuh bangun dakwah itu disebabkan kita. Kita selaku bahan binaan dakwah,kita perlu kuat,perlu kukuh. Jika kita kuat ,kukuh, maka kuatlah, kukuhlah bangunan dakwah tersebut dan begitulah juga sebaliknya.

Mari kita muhasabah kembali,sejauhmana komitmen kita dalam usrah? Kerja dakwah kita? Kita buat bersungguh-sungguh atau main-main? Nak tunggu kena suruh atau kita berinsiatif sendiri mencarinya? Adakah kita mahu menjadi golongan yang berjihad atau golongan yang meminta izin dari supaya tidak berjihad? Sama-sama kita fikir, sama-sama kita muhasabah. Mudah-mudahan kita bukan golongan yang membantutkan perjalanan dakwah itu sendiri.

Jalan dakwah ini, jalan yang sangat panjang, yang tidak dapat kita capai dalam tempoh yang singkat. Mungkin sahaja jalan kemenangan ini tidak tercapai di tangan kita, malahan bisa saja,kemenangan itu tidak mampu di kecapi oleh kita. Tetapi, apa yang penting,kita bekerja untuk mencapai kemenangan tersebut. Dan ingatlah,di akhirat kelak kita akan di Tanya tentang apa yang telah kita usahakan sekecil-kecilnya atau sebesar-besarnya ( 99:7-8)

(maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,niscaya dia akan melihat balasannya)- 99:7

(dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah ,niscaya dia akan melihat balasannya) -99:8

Jalan dakwah ini juga akan dihiasi dengan ujian-ujian atau cabaran-cabaran dariNYA yang MAHA KUASA. Kerana apa ALLAH swt menghadiahkan segala ujian, segala mehnah buat hambanya? Kerana ujian tersebut adalah penapisan bagi menilai rijal-rijal yang ikhlas bekerja dan komited kerana ALLAH SWT. Kerana itu, kita dapat lihat dijalan dakwah ini, ada kader-kader dakwah yang datang dan pergi, kerana ALLAH mahu membersihkan jalan dakwah ini. Jalan yang hanya akan dilalui oleh mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh bekerja kerana ALLAH swt.

Oleh itu,tidak dapat tidak,jalan dakwah ini memerlukan pengorbanan(tadhiah)dari kader-kader dakwah. Jalan juang yang memerlukan segalanya dari kita. Masa,tenaga,harta dan sebagainya.

Beruntunglah bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam mengharungi jalan dakwah ini. Yang mengerahkan segala usaha dan tenaganya semata-mata demi menunaikan janjinya kepada yang Maha Kuasa.

Ingatlah,jalan dakwah ini ibarat kereta api, akan berjalan untuk sampai ke stesyennya. Samaada kita naik atau tidak, kereta api tersebut tetap akan terus berjalan. Rugilah mereka yang meninggalkan perjalanan ini. Kerana jalan inilah jalan yang diwariskan oleh para anbiyaa, jalan yang dilalui oleh rijal sodiq dan jalan yang diredhai dan dirahmat ioleh Allahswt.

Semuanya,terpulang kepada kita, kepada tahap keimanan kita. tanyalah diri kalian, samaada mahu menjadi orang yang serius dalam hidup atau hanya mahu menjadi orang yang sentiasa bermain-main dengan hidupnya.


dan di akhirnya, jika kita berjaya melalui jalan ini dengan sebaik-baiknya,maka terimalah janji dari ALLAH swt:

24-55: Dan Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman antara kamu dan mengerjakan amal yang salih, bahawa Dia (Allah) sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana telah berkuasa orang yang sebelum mereka, dan sungguh Dia (Allah) akan meneguhkan bagi mereka al-din (agama) yang telah diredai-Nya (Allah) untuk mereka. Dan Dia (Allah) benar-benar akan menukarkan (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. (Kerana) mereka tetap mengabdikan diri kepada-Ku (Allah dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku (Allah). Dan sesiapa yang (tetap) kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang yang fasik.


Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah ayat 111).

Saturday, September 24, 2011

MENTADABBUR ALAM ~EL FAYOUM

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah,pada hari khamis lepas, kami telah di berikan kesempatan untuk berjaulah ke Al fayoum,mesir. Sebuah perkampungan yang di bina oleh Nabi Musa AS selama 1000 hari. Tempat bersejarah yang mana adanya kisah2 yang di paparkan di dalam AL QURAN iaitu kisah qarun (orang yang paling kaya di zamannya)


Sebelum itu, izinkan saya menceritakan pengembaraan kami dari cairo ke fayoum. Perjalanan ini mengambil masa selama 3 jam.Kami berenam menaiki kereta KIA yang di pandu oleh musyrif dari Acheh. Sebelum sampai ke fayoum ,kami melalui jalan ke Giza. Dari jauh,kami dapat melihat tersergamnya piramid,simbol keengkaran Firaun dan kesombongannya kepada ALLAH swt.


Di sepanjang perjalanan,kami melalui kawasan yang sesak .Di kiri kanan ,kami di hidangkan dengan kesuburan tanam-tanaman di sepanjang jalan. Tidak lama kemudian, kami melaLui kawasan padang pasir. Cuaca yang panas,sangat menginsafkan kami dan membuatkan kami terkenang ketabahan para mujahideen yang bersemangat meneruskan hidup mereka di tengah terik padang sahara.


Akhirnya, dari jauh kami telah nampak papan tanda fayoum yang besar menanti ketibaan kami. Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan tersebut kerana di kiri kanan kami hanya ada padang sahara yang sangat terik.Sempat juga,kami berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar di tengah-tengah kawasan padang pasir(tak adalah tengah sangat )


Akhirnya,kami melalui tasik yang sangat panjang. Rupanya itulah tasik qarun yang telah di sebut namanya di dalam AL QURAN ,iaitu di dalam surah qasas (surah ke 28)


Siapakah Qarun??

Qarun, lebih dikenali sebagai sepupu Nabi Musa a.s,namun ada juga pendapat ahli sejarah menyatakan dia adalah bapa saudara Nabi Musa a.s. Berketurunan Bani Israel walaupun tinggal di Mesir. Merupakan seorang yang paling kaya di zamannya. Malangnya,dengan kekayaannya menjadikan dia bongkak dan takbur dengan hasil kekayaan yang di terimanya. Walau apa julukan yang difikirkan oleh kita kepadanya, namun Allah SWT telah memberikan laknatnya kepada Qarun – sikaya yang derhaka – hingga ditelan bumi akhirnya.Turut tenggelam bersama-samanya ialah segala harta bendanya dengan disaksikan oleh Bani Israel. Kini, bekas runtuhan tapak gedung Qarun dipercayai telah ditukarkan Allah SWT menjadi sebuah tasik dan ada yang mengatakan sisa-sisa istananya masih ada di Mesir. Walau apa pun yang terjadi, nama Qarun kekal hina di dalam al-Quran – simbol manusia bakhil yang dimurkai Allah sepanjang zaman.

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari surah qasas. Antaranya adalah ,berhati-hatilah kita dengan setiap kelebihan atau nikmat yang kita dapat. Dan sangat perlu di ingatkan,apa sahaja yang kita perolehi di dunia ini semuanya adalah kurniaan dari ALLAH swt.

Berhati-hatilah kita agar tidak terpedaya dengan hiasan duniawi kerana ia hanyalah tipu daya yang bisa meracuni jiwa kita. Hidup kita di dunia adalah untuk beramal kepada ALLAH swt .Moga kita dipelihara oleh ALALH swt dari menjadi golongan yang lalai dan takbur.


Al-Qasas [78] Qarun menjawab: Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkanpengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. Tidakkah ia mengetahui, bahawa Allah telahmembinasakan umat-umat sebelumnya iaitu orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyakmengumpulkan harta kekayaan? Dan orang yang berdosa apabila mereka diseksa tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka.


[79] Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Berkatalah orang yang inginkan kesenangan hidup dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.


[80] Dan berkata orang yang diberi ilmu: Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allahlebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima pahala yang demikian itu melainkan orang yang sabar.


MasyaALLAH, sangat hebat kekuasaan ALLAH swt kepada hambaNYA. Bagaimana harta qarun yang sebegitu banyak berjaya di tenggelamkan sehingga ke dasar laut, malahan ALLAH swt menghinanya dengan menjadikan tasiknya berbau busuk! Itulah balasan bagi mereka yang takbur dari mengingati ALLAH swt. Tak dapat di bayangkan oleh akal kami yang cetek ini, betapa banyaknya harta qarun jika dinisbahkan dengan kepanjangan dan keluasan tasik tersebut. INNALLAHA ALAA KULLI SYAI"IN QADIR.


Perjalanan kami di teruskan lagi. Kami berhenti seketika di sebuah kawasan tasik qarun untuk menikmati makanan tengah hari( masakan simple yang di masak oleh anak -anak dara ^_^ ). Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui betapa panasnya kawasan tersebut.


Selepas itu,kami meneruskan perjalanan kami ke istana qarun (qasr al qaruun). Hanya tinggal satu sahaja binaan qarun yang terselamat dari bencana yang di timpakan oleh ALLAH swt. (nak masuk ke sini kena bayar tau ).Kawasan ini di jaga oleh syurtoh(askar) yang berpakaian arab badwi. Kawasan qasr qarun tersebut hanyalah kawasan padang pasir yang luas dan di tengah-tengahnya hanya ada satu -satunya sahaja istana qarun.Yang lain,semuanya habis di tenggelami oleh bencana banjir yang di turunkan oleh ALLAH SWT.


Di dalam bangunan tersebut,ada beberapa tingkat dan di penuhi oleh bilik-bilik yang pelbagai saiz. Di bilik-bilik inilah, qarun telah menyimpan hartanya yang tidak terkira banyak. Bayangkan betapa kayanya qarun, setiap ekor unta di gunakan untuk menggantung kunci biliknya! Kaya,sangat kaya. Kalau di bandingkan zaman sekarang,Donald Trumph pun kalah dengan qarun . Penat kami melangkah satu persatu meneliti bilik-bilik harta si qarun ini. Kalaulah harta tersebut ada,tentu kami dah pengsan melihat timbunan harta yang begitu banyak #_#


"Orang tamak selalu rugi" itulah perumpaan terbaik dan mampu di fahami oleh kita. Ketamakan qarun akhirnya merugikan dirinya sendiri malah yang paling hina apabila ALLAH swt menghinakan dirinya di dalam AL QURAN. Moga qarun menjadi simbol peringatan terbaik buat kita bahawa segala hak kita di dunia adalah milik ALLAH swt. Jika DIA mahu,maka dia boleh menarik pada bila-bila masa dan ketika mana DIA mahukan.


Kami pun meneruskan pendakian kami di istana tersebut. Di salah satu tingkat di situ, terdapat ukiran qarun yang memegang kuncinya. Agaknya,sebab itulah orang mesir suka memegang kunci yang banyak. Mula-mula dulu pelik juga,kenapalah tak di simpan sahaja kunci tersebut di dalam poket ^_^ .


Akhirnya di tingkat paling atas, kami dapat melihat keseluruhan kota qarun seperti padang jarak padang tekukur. Tiada apa yang ada di kawasan tersebut,kecuali istanannya dan beberapa perigi (perigi ke? ) Tetapi Maha HebatNYA ALLAH SWT, di sebelah kawasan istana qarun yang tidak ada sejenis tanaman pun, terdapat kawasan yang subur dengan tanaman.Pelikkan. Itulah hebatNYA Allah YANG maha HEBAT. Allahu Akbar.


Setelah puas melawat dan mengambil ibrah di setiap pendakian kami di qasr qarun serta setelah puas bergambar,kami pun meneruskan lagi perjalanan kami . Kami di beritahu oleh pak musyrif, bahawa kami akan ke sebuah kawasan yang mana terbina nya kincir air pada zaman Nabi MUSA AS.


Perjalanan ini agak jauh,sempatlah kami mentadabbur alam ini. Kiri kanan jalan dipenuhi dengan pokok zaitun dan pohon tamar.Alangkah terujanya kami sehingga bersemangat untuk berhenti di tepi jalan untuk menangkap gambar pohon zaitun dan pokok tamar. Dua tumbuhan yang mana pokok zaitun,namanya telah tercatat di dalam AL QURAN~suraH AT TIN (95:1). Manakala pohon tamar adalah buah yang sangat di sukai oleh Nabi kita MUHAMMAD SAW.


AKhirnya setelah 1jam, kami tiba di kawasan yang terdapat kincir air. Ada 3 buah yang masih kekal dan utuh,yang lain telah musnah akibat di mamah usia.Lebih 2000 tahun kot,lama kan. Menurut cerita seorang ustaz dari Pattani,kincir air yang utuh kini telah diperbaiki oleh kerajaan ROM. Sebab itu,ia masih kekal sehingga kini.


Setelah puas bergambar dan minum asir mangga (jus mangga) ~oh ya, fayoum terkenal dengan tanaman mangga nya,maka kami singgah bersolat di sebuah masjid yang berdekatan dengan kincir angin. Sempat juga,kami di sapa oleh dua orang si anak kecil yang meminta wang kepada kami untuk membeli seliparnya yang telah terputus ^_^ .


Akhirnya,lewat petang,kami pun mula bergerak untuk pulang ke tempat kediaman kami di kota kesesakan . Dalam perjalanan,sempat juga kami singgah di ladang pohon tamar untuk membeli tamar(kurma) dan aktiviti wajib kami iaitu bergambar.


Dalam perjalanan ini juga, ALLAH swt telah menegur kami dan menyedarkan kami bahawa KEMATIAN ITU PASTI AKAN TIBA. Sepanjang perjalanan ini,kami di pertemukan dengan dua buah kejadian kemalangan yang dasyat T_T. Sebuah kemalangan antara lori dan lori dan sebuah lagi lori dan kereta. Moga ALLAH mengakhirkan kematian mereka dengan sebaik-baik pengakhiran.


Itulah sedikit sebanyak,rentetan perjalanan mentadabbur alam kami ke al fayoum. Moga setiap liku-liku perjalanan kami di terima oleh ALLAH swt dan tidaklah menjadikan perjalanan kami ini sia-sia.


InsyaALLAH, ada kelapangan,ada masa, moga ALLAH mempertemukan kami lagi di kota al fayoum.Apa pun kota tersebut meninggalkan kenangan manis kepada kami terutama dalam menghayati kisah perjuangan NABI MUSA AS dan sangat memahamkan kami kisah qarun yang mana telah tercatat di dalam kitab kita AL QURAN KAREEM.


Sesiapa yang punya kelapangan waktu,di permudahkan rezeki,saya ingin mencadangkan datanglah ke bumi Anbiyaa ini,bumi yang mana di dalam nya terdapat kisah-kisah yang di ceritakan di dalam AL QURAN dan bumi di mana suburnya perjalanan dakwah sehingga kini serta bumi yang berjaya menghirup kebebasan bergerak nya ~bumi misr jadid. ahlan3.

peta al fayoum

kincir air

kawasan tanaman yang subur~jauh beza dengan kota kaherah yang susah nak jumpa pokok yang subur dan cantik ^_^

peta fayoum.

INILAH QASR QARUN .