Tuesday, January 11, 2011

BERADABKAH KITA?


Alhamdulillah pagi tadi saya telah selamat menempuhi peperiksaan subjek pertama bagi semester ini iaitu takhrij hadis.Subjek ini sangat penting bagi ahli Hadis untuk mendalami dengan kerana subjek ini menerangkan cara cara untuk kita mengetahui tertib hadis secara semperna dan mampu menentukan dengan jelas darjat sesuatu hadis samaada sahih,hassan atau dhoif.

Di sini ana ingin menceritakan sedikit keadaan semasa peperiksaan berlangsung tadi.Peperiksaan bermula pada pukul 10 am.Peperiksaan berlangsung selama 3 jam.Kami pelajar asing hanya 3 orang sahaja jadi penjaga peperiksaan senang untuk menjaga.Awal awal sebelum bermula peperiksaan ,penjaga peperiksaan yang menjaga pelajar arab(mesir) telah mula marah marah,maka hingarlah dewan yang sunyi itu.Apa sahaja yang di lakukan oleh sahabat ana berbangsa Arab adalah salah sedangkan peperiksaan sudah bermula..


Semasa kali pertama ana memasuki dewan peperiksaan satu masa dahulu,ana tercengang cengang dan tidak boleh menerima keadaan yang bising ketika peperiksaan.Pada ketika itulah penjaga peperiksaan marah marah tanpa sebab,kawan kawan arab meniru,penjaga arab yang berkumpul untuk bersembang sangat menguji perasaan dan konsentrasi ana.Alhamdulillah keadaan yang berlaku tidak membantutkan idea dan hafalan ana semata mata kerana mendengar bunyi bunyian mereka.

Ana dapat bayangkan kalau lah di Malaysia ketika peperiksaan besar situasinya begini,pasti penjaga peperiksaan akan di bawa ke muka pengadilan,dengan alasan mengganggu konsentrasi pelajar.

Sebab itulah ISLAM menekankan adab bagi para mukmin agar kita sentiasa memelihara tatacara ketika bergaul sesama manusia.Cuba lihat jika kita tidak beradab,kita akan membuat bising,meniru dalam peperiksaan,menyakitkan hati manusia yang lain malahan juga membuatkan orang lain marah dan mencemuh tindakan kita.

Jika kita beradab,maka sudah pasti kita mampu mmelihara dan menjaga perasaan insan sekeliling,menyuburkan mawaddah wa rahmah di mana mana sahaja.Sebab itulah pelajar MALAYSIA sangat di sanjung oleh bangsa Mesir sebagai AHSANUNNAS(SEBAIK BAIK MANUSIA) kerana kita masih mengekalkan adab adab Islam.

Oleh itu,perlulah kita sentiasa beradab di mana sahaja kita berada.Perlukan contoh?Lihat sahaja contoh insan mulia di sisi ALLAH iaitu kekasih kita Nabi Muhammad saw.Bagaimana beradabnya baginda kepada sesiapa sahaja isteri,anaak,saudara mara,sahabat,musuh hatta binatang juga.Jadi tiada sebab untuk kita mengatakan kita tidak mampu untuk beradab dalam pergaulan seharian kita.


Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.

[al-Qalam 68:04]


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,

iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat,

serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

[al-Ahzab 33:21]




Moga adab itu sentiasa dipelihara.Alangkah indah insan yang beradab..Alangkah cantik wanita yang beradab..Alangkah hebat lelaki yang mampu beradab...

Sahabat,orang yang memiliki akhlak mulia mnjadi insan yang di cintai oleh Nabi MUHAMMAD saw dan menduduki tempat yang paling hampir dengan baginda di Akhirat kelak.

Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian

dan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong.[6]

imbasan kenangan:

*Teringat waktu kecil kecil dulu nasyid ini 'akhlak mulia ALLAH suka..akhlak mulia RASULULLAH suka..akhlak mulia ibu bapa suka kita..akhlak mulia semua orang suka...^_^




No comments: