Thursday, November 24, 2011

nota hati

berhati3 lah dengan prasangka
dengan prasangka membawa kemudharatan
dengan prasangka membawa kepada keburukan
dengan prasangka membawa kepada kerosakan

kerosakan yang bukan sahaja sedikit
malah merobek- robek isi hati
merobek nilai ukhwwah itu sendiri

sebab itu masalah hati perlu dijauhi
perlu di tanam sehingga tiada sisanya
perlu di bakar biar hangus
biar abunya di hembus sang bayu

jangan letakkan nilai bagus diri
jangan cari kelemahan manusiawi
jangan biarkan amarah menguasai diri
jangan biarkan ego itu bersemanyam

kerana dengan semua itu
kita akan menghadirkan kesalahan orang
kita akan memikirkan kelemahan orang
kita akan merasakan api dendam penuh kesumat

kita rasa dia macamtu
kita akan rasa dia macamni
kita akan rasa dia macam bagus
kita akan rasa dia nak menandingi kita

ubatilah rasa hati
hapuskanlah rasa kebagusan itu
musnahkan ego itu

kerana ia menyeret kepada benda yg lebih besar dan mudharat.

Bukankah engkau tahu
untuk bersemuka
bukankah engkau tahu
untuk berbincang
bukankah engkau faham erti meluahkan

aku,engkau,kita ,mereka akan di hisab dengan setiap dan sekecil- kecil dzon kita pada orang lain.

* walau terseksa, langkah itu akan
di teruskan *

No comments: