Sunday, June 5, 2011

USAH BERSEDIH DUHAI CINTA HATI

ujian kehidupan datang silih berganti

kekadang bertali arus menerjah terus

diri seakan hilang pergantungan

ujian apakah ini Tuhan KU.


( Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan

dengan hanya mengatakan mereka beriman dan mereka tidak di uji ? )

Hidup di dunia merupakan hidup berujian

susah,senang, bahagia,gembira

semuanya ujian

untuk menilai dan mengetahui siapakah orang yang benar atau berdusta

dengan janjiNYA

POSITIFLAH

pandanglah kehadapan

positiflah dalam menanggapi dunia kehidupan

ujian itu kekuatan, pembakar semangat juga booster kejayaan

kerana kekuatan dan ketabahan lah ALLAH swt menguji kita

kerana kasih sayangNYA lah kita menerima ujian

agar ia menjadi tarbiyyah (latihan diri ) yang ampuh dalam meniti arus kehidupan

(ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya )

USAH SESEKALI BERPUTUS ASA.

Jadikanlah segalanya yang menimpa sebagai sumber kekuatan

carilah hikmah yang tersirat di sebalik yang berlaku

kuatkanlah tali pergantungan padaNYA

rendahkan hatimu dengan memohon padaNYA

sebaik -baik pengaduan adukanlah pada DIA yang MAHA KUASA


(WAHAI ORANG YANG BERIMAN,MOHONLAH PADA ALLAH DENGAN SABAR

SERTA SOLAT.SUNGGUH ALLAH BESERTA DENGAN ORANG YANG BERSABAR.

bangunlah.. bangunlah dari kesedihan.. basuhlah jiwamu dengan tangisan keinsafan, kukuhkan dirimu dalam menangani ujian.

# mungkinkah ujian itu tanda kerinduan ALLAH SWT pada kita?

merindui tangisan taubat dan kekhilafan kita .

ayuh, mohonlah padaNYA KERANA dia sentiasa ada dan mendengar rintihan

hambaNYA.

No comments: