Saturday, September 24, 2011

RENUNGLAH DENGAN MATA HATIMU


Kejarlah Allah Dan Jangan Kejar SyurgaNya

Kejarlah Tuhan , dan jangan kejar SyurgaNya

Tuan Syurga lebih utama daripada SyurgaNya

Carilah Tuhan dan jangan cari fadilatnya

Dapat Tuhan, Dapatlah segala-galanya

Cari Tuhan kerana kita hendak

memperhambakan diri kepadaNya

Cari Syurga atau fadilatnya ertinya

hendak membesarkan nikmat Tuhan

Mengapa hendak membesarkan diri kepada makhluk?

Memperhambakan diri kepada Khaliq bukankah yang lebih utama?

Jika mengejar fadilat , rasa bertuhan tidak ada.

Jika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak ada.

Sedangkan fungsi hamba

hendak melahirkan rasa kehambaan

Kalau rasa kehambaan tidak ada,

mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan!

Kerana itulah orang yang beribadah

Kerana Syurga atau Fadilat

Perangainya tidak berubah

Bahkan adakalanya ibadahnya itulah

yang menyuburkan mazmumahnya

Mengapa beribadah kerana Syurga dan Fadilat?

Syurga dan Fadilat adalah hak Tuhan

yang memang telah ditentukan olehNya

Carilah Tuhan

Dapat Tuhan, syurga dan Fadilatnya pun dapat sama

Kerana itulah syurga dan fadilat tak perlu difikirkan

Mencari Syurga atau Fadilat

Syurga atau Fadilat belum dapat

Tuhan sudah tentu tak dapat

Yang hendak kita cintai adalah Tuhan

Kerana Dia pencipta kita

Bukan Syurga atau Fadilat yang kita cintai

Betulkan semula fungsi ibadah kita

Agar matlamat ibadah itu tepat pada sasarannya.

No comments: