Sunday, November 20, 2011

bicara sang pengembara

Bismillahirrahmanirrahim

Moga semakin hari, semakin mengajar kita apa erti hidup itu. Moga dengan kefahaman itu,semakin kita belajar dan terus berlari meraih redha ILAHI.

Alhamdulillah, seiring masa yang berlalu, maka semakin banyak peristiwa dan keadaan yang dilalui.

Kisah hari lahir saya 111111. Tarikh yang cantik, di hari yang cantik dan tahun yang cantik. Alhamdulillah, ALLAH swt memilih saya untuk detik yang cantik ini.

Juga,ALLAH swt menjadikan tarikh yang cantik ini sebagai medan muhasabah terbaik, bahawa kematian semakin mengintai-intai diri ini. Mungkin sahaja ia hadir di celahan kesibukan dan keseronokan dalam menikmati kemanisan hidup ini.

“Ya ALLAH, jauhkan aku dari lalai dari mengingati sedetik waktu kepadaMU”

1) Hari lahir

Hari lahir pada kali ini,sangat meninggalkan kesan yang mendalam pada diri ini. Dan saya meraikannya dengan insan2 yang tersayang di sekeliling saya.

Bersama mereka yang haibat dan lincah mengatur strategi di medan dakwah. Adik2 yang masih mentah dirinya, tetapi sangat memahami peranan dan tugas mereka di dunia ini. Terima kasih ya ALLAH,kerana member diri ini peluang mengenal dan bersama mereka.

Saya mendoakan mereka terus kuat dan tabah bergerak dalam posisi dan medan mereka. Moga ALLAH swt sentiasa merahmati mereka dan meneguhkan mereka atas jalan ini.

· * Kenangan malam meeting ~ tumuhaat *

Alhamdulillah, di beri kesempatan untuk meraikannya bersama adik2 yang masyaALLAH, hammasah dan kematangan mereka tidak dapat saya ceritakan. Seolah2 mereka bukan si kecil mentah yang tidak mengenal apa2 tetapi mereka serikandi medan perjuangan.

Di sambut dalam keadaan mereka sedang bermeeting. Ya ALLAH, jalinan apakah ini, di saat saya masih hijau mengenal mereka.. tetapi ALLAH swt menghadirkan mereka untuk meraikan hari bahagia ini.

*kenangan malam meeting mereka ~ saifuddin qutuz (sq) *

Bersama juga dengan anak2 comel saya, kalian walaupun jalinan ini masih hijau, jangan pernah berhenti untuk sama2 kita lakarkan warnanya menjadi pelangi yang cantik nan indah. Mereka yang bersemangat dan teruja dengan posisi mereka.

“ku mohon ya ALLAH, tuntunlah mereka sehingga ke jannahMU”

*kenangan lingkungan gembira 1 *

Terima kasih juga kepada adik yang tersayang, che sarida dan ahli baitnya.

Terima kasih atas jamuan yang sangat haibat dan laziz awi. Terima kasih sayang. Moga redha ALLAH swt sentiasa bersamamu dan moga kamu menjadi hambaNYA yang bertaqwa. Sungguh, di dunia ini itulah yang paling utama. Redha ILAHI.

Khas buat dia ang sentiasa di hati : aniqah hj azlan

Jzkk atas kek cinta itu. Terima kasih atas ingatan tersebut.

Sangat bahagia melihat dirimu berlari2 dengan penuh semangat dan kesabaran atas jalan ini. Akak mendoakan moga awak terus kuat dan teguh dengan jalan ini. Banyakkan belajar dan faham kerana atas jalan dakwah ini kita akan berhadapan dengan pelnagai cerita kehidupan.

Moga awak,menjadi serikandi perjuangan dambaan ummah. Bittaufiq wa najah sayang.

Terima kasih ukhti izzati ariff atas wallpost yang menarik dan cantik. pertemuan pertama kita di pantai itu. dan moga pertemuan itu mencambahkan kasih sayang yang luar biasa.

Moga awak,terus kuat dan tangkas memacu atas jalan ini. Akak doakan awak dipermudahkan segala urusan dan menjadi daieyah yang thabat dan istiqamah. Sayang awak.

Terima kasih radhi dan tza atas ingatan kalian.

moga kalian terus haibat dalam memacu dan moga ALLAH merahmati kehidupan kalian.


tza,25 ikan comel awak, akak sayang nak makan ^_^

Jutaan terima kasih kepada yang menelefon, mesej dan memberi hadiah dan kad.

Moga setiap bilahan doa kalian, di makbulkan oleh ALLAH swt. Moga redhaNYA sentiasa mengiringi langkah kalian. Terus doa dan mendoakan.

Teristimewa buat ummi dan abah,

Terima kasih atas segalanya..segalanya yang tidak mampu di ungkapkan dengan kata2 atau dib alas dengan harta. Terima kasih. Doakan diri ini menjadi anak solehah,moga menjadi saham terbaik buat kalian di AKHIRAT kelak.

Sungguh, sangat berterima kasih mempunyai insan haibat seperti kalian.

Hanya terima kasih dari hati yang luhur ini,mampu di ucapkan.

Sangat menyayangi dan mengasihi kalian kerana ALLAH swt. Forever and ever insyaALLAH.

Contengan pengembara:

Aku mengasihi dan mencintai kalian.

Tentunya kerana ALLAH SWT paksinya.

Moga kita menjadi untaian

Dalam meraih keredhaanNYA

Moga pertemuan terakhir kita, di jannahNYA kelak.

No comments: