Saturday, November 12, 2011

Rasailah rasa itu.


Bismillahirrahmanirrahim.

Moga sentiasa dalam redha dan inayahNYA.

Kalau kita nak mengetahui sesuatu itu best atau tak, sedap atau tak, kitalah yang akan menilainya kan. Kita nak tahu, daging bakar unta itu sedap, tentulah kita yang akan merasainya dengan nikmat pancaindera yang di anugerahkan oleh ALLAH SWT.

Begitu juga dengan keindahan islam, akan di rasai oleh mereka yang menghayati keindahannya, yang mendekatkan dirinya dengan Islam itu sendiri. Dengan rasa kedekatan dan penghayatan itulah, kita mampu melahirkan ketaatan kepada ALLAH swt. Dengan rasa faham itulah, kita mampu mengorbankan apa saja yang kita ada untuk ISLAM. Diri kita, duit kita, masa kita, kesukaan kita, kita sanggup lepaskan atau tajarrud semata2 kerana ALLAH swt. Kerana paksi CINTA itu kita, bias melakukan segalanya.

Kini, dalam langkahan kaki ini, saya semakin faham, makin mengerti erti pengorbanan, erti cinta itu. Cinta yang semakin mekar mewangi di pendalaman hati ini. Cintayang membuatkan kita ingin menyerahkan apa yang kita ada hanya padaNYA semata. Aku mohon ya ALLAH, kekalkan cinta ini, ikhlas hanya untukMu. Sungguh, dengan setiap usaha dan apa yang di lakukan, mana mungkin cukup untuk membandingkan dengan pengorbanan para Ar Rasul dan para sahabat. SUNGGUH, dengan usaha yang sangat sedikit ini, mana mungkin untuk memastikan diri ini antara wanita syurga dalam taman syurgaNYA T_T. selagi, kurniaan hidup ini masih ada, aku ingin bersungguh2 menjadi hambaNYA yang ikhlas dan taat padaNYA, INSYAALLAH.

Bagaimana nabi Ibrahim berjaya melaksanakan pengorbanan yang diperintahkan oleh ALLAH swt . mengorbankan insan yang sangat di cintai demi ketaatan kepada Rabb yang satu. Hanya kerana satu asbab. Cinta yang tulus ikhlas kholisan lillahiTAALA.

# cintailah ALLAH. Sandarkan paksi itu hanya kepadaNYA. Jadikan ALLAH SWT DAYA TOLAKAN UNTUK KITA MELAKSANAKAN SESUATU. Bukan kerana insane sekeliling, pangkat atau harta benda. Bukan. kholisan kerana ALLAH SWT

No comments: