Thursday, November 3, 2011

kisah saya dan dia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH.. November datang lagi. Bulan yang saya suka dan nantikan. Saya suka November ini, sebab 11,2011. Ops, maaf merepek.

Post pertama untuk November 2011.

Kehidupan.

Alhamdulillah..alhamdulillah, kehidupan yang sedang di lalui sekarang, sangat menyeronokkan. Dengan pengisian rohani dan tarbawi di samping kena fikirkan tugas besar sangat mendidik diri yang kerdil ini,untuk menguatkan kesabaran dan meneguhkan usaha di jalan yang sangat indah ini.

Semakin lama menapak kaki di denai kehidupan, semakin ramai manusia yang kita jumpa, kita kenal dan kita bersama. Subhanallah, satu pengalaman hidup yang sangat besar dan sangat bersyukur dapat mengenali dan bersama3 mereka. Mereka2 yang mengajar dan mendidik diri ini. Segala yang di lalui, banyak mematangkan diri ini. Ya, semua manusia tidak sempurna dan kitakena belajar dan bersabar dalam mendepani setiap karenah dan interaksi manusia. Jika kita mahu mereka menerima perubahan kita,kita juga perlu dan mesti membuka seluas2nya hati kita untuk menerima perubahan mereka. Kerana kita dan mereka , manusia.

Makin hari ,umur semakin meningkat, banyak perkara dan masalah sekeliling yang berlaku mematangkan diri ini, yang selayaknya perlu dan perlu belajar dan terus belajar menangani dan mendepani setiap apa yang berlaku dan terjadi di sekeliling kita.

Pengalaman sepanjang cuti, memang banyak membuka mata dan jiwa ini serta semakin membuka sejelas2nya kefahaman mengenai jalan yang di lalui ini. Banyak mendidik diri untuk memikirkan masalah yang besar dari sibuk memikirkan benda2 yang kecil. Ya ,hidup kita ini luas,usah sempitkan dengan permasalahan yang kecil.

Pengalaman cuti di mesir 2011, yang sangat super duper best. Puasa nya..saya ingin berpuasa lagi di mesir ini. Sambuatan raya eid fitri, yang julung2 kalinya saya tak pergi beraya di mana2 rumah kawan2 saya. Dan hanya sekali saja ,saya makan nasi impit dan kuah kacang.. raya eid fitri yang di hidangkan dengan aneka makanan tarbawi yang sangat sedap dan menyihatkan ^_^

Kuliah

Kuliah dah mula dan saya satu2nya anak watan malizia.

Tapi, sangat seronok sebab pusing mana2 pun,nampak muka kawan2 aran sahaja. Best2. Dengar bahasa arab,cakap bahasa arab. Rasa di manja kan pula.

Karenah dan sikap mereka membuatkan saya rasa rindu sangat kalau tak jumpa mereka. Budaya berani bertanya dan berhujah dengan doctor memang sangat membuatkan saya tercabar. Asal doktor keluar dalil saja , mereka boleh sambung. Erghh, dasat.

Saya di kelilingi oleh mereka2 yang suka dan rajin bertanya tentang Malaysia. Siap offer nak jadi adik ipar saya lagi. Wink*wink =.=

Dalam kelas saya, ada kawan2 yang pelbagai aliran. Paling besar ikhwan muslimin dan salafiyin . saya tak nak cerita masalah sesama dua jemaah tersebut. Tetapi, saya nak ceritakan betapa bahagianya saya melihat kematangan mereka walaupun berbeza fikrah. Apa yang mereka cakapkan pada saya, walaupun kami berbeza fikrah tetapi kami sama dari sudut seorang muslim, kami azhariah dan berbeza macammana pun kita,kita tetap kena yakini, masing2 ada posisi masing2 dan semua orang bekerja untuk melaksanakan matlamat mereka. Dan di akhirat kelak, ALLAH tidak bertanya kita dari jemaah mana tetapi menilai KETAQWAAN kita. Pergh… sentap ..dan saya..saya terbayang kan sahabat Malaysia saya.

Saya akan sambung lagi, diari kehidupan saya.

Serba sedikit coretan seorang pengembara di bumi ALLAH swt.

Moga ALLAH REDHA setiap langkah ini.

1 comment:

NOOR REHAN said...

Salam, seronok baca bingkisan terkini.Ummi doakan K.long terus tsabat dan benar2 berperana walau di mana k.long berada. Love u very much..