



Seorang penulis Indonesia telah menulis sebuah buku yang bertajuk
“Pandangan Melingkar” atau dalam bahasa arabnya disebut 'mulahazah'.
Yang dimaksudkan dengan pandangan melingkar adalah memandang sesuatu dari
pelbagai sudut yg berlainan. Dengan kata lain, di sebalik setiap benda
yang dicipta oleh Allah, ada pengajaran atau maksud yang boleh kita ambil
darinya.
Contohnya, mari kita melihat kepada pensel yang selalu kita gunakan untuk
menulis. Dapatkah anda meng'extract' pengajaran2 yang boleh diambil dari
sebatang pensel?
PENSEL VS MANUSIA
1. Sebatang pensel jadi berguna kepada manusia kerana rod graphite yg ada
di dalamnya dapat digunakan untuk menulis.
Begitulah juga manusia, jika tiada ruh di dalam tubuhnya, nescaya manusia itu
hanya segumpal tanah yang kaku, ia jadi bernilai hanya kerana ruh yang ada
di dalam tubuh itu.
2. Sebatang pensel yang tajam itu lebih baik dari sebatang pensel yang tumpul.
Meskipun ruh telah menjadikan manusia itu hidup, tetapi ruh individu yang
beriman lebih dikasihi oleh Allah dan lebih tinggi nilainya berbanding ruh
yang tidak beriman.
3. Pensel yg tajam sekalipun jika diguna lama, akan menjadi tumpul.
Tetapi berita baiknya, ia masih boleh diasah menjadi tajam semula.
Iman di hati manusia naik dan turun, tetapi meskipun ia
turun, ia masih boleh ditambah
dengan menghadiri majlis2 ilmu, mengkhusyukkan solat
sehingga ia tajam kembali.
4. Kesilapan yg dilakukan ketika menulis dengan pensel boleh di padam.
Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kerana manusia
diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang lemah.
Tetapi untuk setiap kesilapan itu, pintu
Taubat Allah sentiasa terbuka kecuali ketika hampir datangnya maut.
5. Sebatang pensel yang selalu digunakan, lambat laun akan menjadi pendek,
dan akhirnya akan dibuang kerana tidak dapat lagi digunakan.
Setiap saat manusia semakin hampir kepada maut di mana ruhnya
akan diangkat untuk perjalanan seterusnya.
6. Pensel yg masih panjang lebih sedap digunakan untuk
menulis berbanding pensel yg pendek.
Zaman muda adalah zaman emas manusia. Di zaman ni
manusia boleh menggunakan sepenuh tenaganya,
dengan pilihan mereka sendiri sama
ada untuk berbuat baik atau sebaliknya.


Kak, saya rasa futur lah duduk atas jalan ini. Semua nya tak kena!
Awak, saya rasa tak puas hati lah, sana sini masalah .susahlah.
Dakwah merupakan jalan panjang yang menuntut 1001 pengorbanan dan
daya juang yang tinggi.
Dakwah bukan jalan yang dipenuhi dengan kesempurnaan dan
keelokan yang indah mempesona.
Bukan juga penuh dengan pujian dan harta melimpah.
Pernah dengar kata – kata ini :
jalan dakwah tidak di bentangi dengan permaidani merah.
Seperti juga ketika menghadapi ujian peperiksaan.
Sangat mencabar dan susah bagi kita.
Rasa macam 24 jam yang di berikan tidak mencukupi ,
sehinggakan tak sempat nak buat semua perkara.
Berkurung baca buku , sehingga mengabaikan hak – hak lain
yang perlu di langsaikan.
Pendek kata, peperiksaan dunia yang kita lalui bukanlah jalan
yang penuh dengan kesenangan dan keseronokan.
Itu, baru peperiksaan dunia.
Belum lagi peperiksaan Akhirat kan. Logiklah jalan dakwah yang
akan menjadi bekalan di AKHIRAT kelak, lagi susah, lagi mencabar,
lagi menyesakkan .
Oleh itu, kita selaku para jundi yang perlu berperanan untuk
memastikan dakwah itu menjadi sempurna.
Yang buruk kita cantikkan. Yang kurang kita tambahkan.
Yang busuk kita wangikan.
Bukanlah kita menjadikan keadaan tersebut semakin kotor, parah dan lesu.
Membiarkan keadaan semakin rosak dan akhirnya musnah.
Ibarat kolam air yang tidak di jaga dan di bersihkan,
maka airnya akan berkeledak, berbau dan menjijikkan.
Dakwah adalah pelajaran dan pengajaran. Yang perlu untuk kita mengambil
ibrah dan teladan di sebalik apa yang berlaku.
Bukan hanya membiarkan setiap detik kehidupan yang di lalui tanpa
ada ibrahnya.
Nescaya sia – sialah manusia yang tidak mengambil ibrah atau
teladan di sebalik apa yang berlaku.
Oleh itu, apa sahaja yang berlaku, jangan mudah putus asa,
jangan sesekali kecewa dan jangan pernah sesekali untuk futur.
Nilailah apa yang berlaku dengan sebaiknya. Alangkah ruginya
orang yang mengalah sebelum berjuang dan amat malang orang
yang berputus asa ketika berjuang.
Jadikan masalah atau keadaan yang menimpa diri sebagai
cabaran untuk kita lebih kuat dan mantap.
Perbaikilah apa yang kurang, tambahkan apa yang
ada supaya ia semakin cantik.
“IBARAT kita mendiami sebuah rumah yang bermasalah.
Penuh dengan lalat, semut dan lipas.
Itu cabaran untuk kita kan.
Siapa yang sanggup untuk hidup bersahabat
dengan haiwan perosak.
Jadi apa yang perlu kita buat ?
adakah kita sekadar membiarkannya atau mencari
solusi di sebaliknya?
Secara logiknya, kita akan mengatasi perkara tersebut kan.
Kita akan beli racun serangga dan yang paling penting
kita akan bersungguh –sungguh memastikan kebersihan rumah kita.
Begitu juga dalam dakwah, ada cabaran yang kita hadapi,
sesama madue, sesama akhwat, tetapi
adakah kita sekadar membiarkannya tanpa kita mencari penyelesaiannya?
Tidak ! yang perlu kita lakukan ialah
memperbaiki kekurangan atau cabaran tersebut.
Bukan sekadar memperbaiki malah memperelokkan lagi .
Semua perkara tersebut, tidak dapat tidak memerlukan usaha,
pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.
Mana mungkin semua perkara ini diselesaikan tanpa adanya usaha.
Sebab itu ISLAM menggalakkan dan menekankan usaha
malah menyeru kita supaya bersungguh–sungguh.
Pepatah arab mengatakan :
man jadda wa jadaa . maksudnya ; siapa yang berusaha
dia yang akan dapat.
KUATKANLAH UNTUK MENGUATKAN YANG LAIN.
Usaha lah untuk kuat kerana dakwah itu hanya layak di pegang
oleh orang –orang yang berjiwa kental.
Kuatnya kita, kuatlah insan sekeliling kita.
Seperti nya bangunan, jika kuat ceracak yang di gunakan
nescaya ampuhlah binaan tersebut.
Jadikan apa yang berlaku sebagai pemangkin kekuatan dan kekentalan kita.
Jangan biarkan ia melemahkan dan menghancurkan kita.
Ubatlah ia dengan mencari solusi atau penyelesaiannya.
Masalah ibarat virus dalam diri manusia.
Jika tidak di ubati dengan segera ia akan cepat
merebak dan menghancurkan sel- sel yang lain.
Semakin lambat di ubati, semakin cepat ia
memudaratkan kita.
# usah mudah berputus asa dan lemah.
Suntiklah kembali dengan vaksin AL QURAN dan
kuatkanlah dengan antibiotic sirah.
Agar penyakit lemah itu cepat sembuh dan tidak kembali lagi .
# solat.. solat.. solat . itu lambang kekuatan mukmin.
SolatlaH! hadaplah padaKu!
Kerana Aku
adalah saat yang tepat untuk merengkuh setitis air dari mata air yang tidak akan pernah kering.
Memuas dan mengenyangkan.
Aku adalah batas realiti bumi yang kecil hinggalah kecakrawala yang
Maha Besar.
Aku adalah angin sepoi sepoi.
Embun dan naugan diterik matahari yang menyegat.
Dan Aku adalah sentuhan yang lembut
bagi hati yang letih dan payah.
# sabar, sabarlah menghadapi cabaran dan musibah.
Sesungguhnya ALLAH swt bersama orang yang berSABAR.



Bingkisan ini di tujukan buat yang teristimewa dalam hidupku
(hidup kami)
Setelah sekian lama penantian itu
Tibalah detik yang dinantikan
13 jun menjadi detik bersejarah
Buat pasangan Halim dan Zawariah
Tidak sia2 menanti kerana akhirnya
ALLAH swt memakbulkan doa mereka
Dengan kehadiran zuriat pertama ^_^
DIAlah yang teristimewa dalam hidupku
Hero buat kami
Insan yang banyak mengenalkan kami
Erti dakwah dan tarbiyyah
Erti hidup ini ada tujuannya
Tanpa bimbingan, nasihat dan tunjuk ajarnya
Tidak mungkin diri ini menjadi seperti hari ini
Semangat,ketabahan dan keilmuannya
Menjadi inspirasi dan booster buat diri ini
Abah,
Moga ALLAH swt merahmati dan melimpahkan rahmat dan mawaddahNYA buat dirimu
Moga ALLAH swt memilihmu dengan sebaik2 pengakhiran.
SANAH HELWAH ABAH,
Maafkan kekhilafan dan keterlanjuran diri ini
Usah jemu menasihati dan menegur diri ini
Usah berhenti dari mendidik dan mendoakan diri ini
Tiada siapa yang mampu menggantikan dirimu dalam diri ini
Kerana abah istimewa dalam hidupku ^_^
~lembah NIL~

Selamat membace..bismillahirahmanirrahim...
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….
Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..
Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….
Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa….
Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…
Tapi bersahabatlah kerana Allah.."