Thursday, June 30, 2011

jangan biarkan kelopak itu gugur menyembah bumi.













Jiwa itu perlu di isi bukan di biar kekosongan, bukan di biar kekontangan.

Cuba kita fikir ,apakan jadi andainya kekeringan dan kekontangan itu di biar berterusan ?

Kita analogikan seperti inilah ,

ibarat bunga yang tidak di belai di baja akhirnya layu

malah paling menyedihkan kelopaknya gugur satu persatu menyembah bumi

dan akhirnya bunga itu di buang begitu sahaja T_T


Begitu juga diri kita ,perlu di jaga hati kita perlu di didik, iman kita wajib

di pertingkatkan kerana inilah tuntutan MAHA KUASA ,

inilah seruan AR RASUL tercinta.

Oleh itu, ilmu yang dapat bukan untuk di simpan apatah lagi di perap

seperti kata seorang murabbi "kepala akan membesar badan

semakin mengecil".

Pepatah arab juga ada menyebut "ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah"




Sahabat yang di kasihi kerana ALLAH swt,


Di mana sahaja kalian berada, hubungan dengan ALLAH swt wajib di pelihara

ilmu yang dapat perlu di aplikasi. KERANA Teori tanpa amali adalah sia- sia

seperti KITA tahu resepi masak tanpa belajar untuk memasak.


# muhasabahlah sebelum di muhasabah perlu di lakukan

agar kita tidak lalai dan leka apatah lagi futur di tengah jalan.

# hubungan dengan ALLAH ikat kuat - kuat, baru kita hebat baru ISLAM mantap

sebab ALLAH swt akan menguatkan kita apabila

kita menjaga hubungan denganNYA.


ALLAH swt akan memenangkan kita jika kita memenangkan agamaNYA

Itu FIRMANNYA, itu janjiNYA.

A007

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. SURAH MUHAMMAD : 7



~ BUNGA - BUNGA DAIE ,

moga kesabaran sentiasa menemanimu

moga kekuatan sentiasa mengiringimu

moga keteguhan sentiasa bergandingan denganmu


# kerana dakwah itu cinta



No comments: