Sunday, June 26, 2011

falnabdaa bi anfusina ( mulakan dengan diri kamu )


Saya mahu merubah masyarakat.

Mahu merubah dunia.

Mahu merubah sistem jahiliyyah.

Mahu.. mahu.. mahu..

Kemahuan itu tidak salah, keinginan yang meninggi bukan kesilapan.

Itu tuntutan yang perlu lebih -lebih lagi tuntutan untuk meninggikan

kalimah Tauhid di muka bumi.

Tetapi, perlu di ingatkan perubahan, keinginan dan matlamat tersebut

tidak dapat tidak perlu di mulakan oleh diri sendiri.

Diri sendiri? kenapa ? kenapa tidak sekaligus? kan senang.

Ingatkah kita dengan kalam dari AL QURAN ~

( sesungguhnya ALLAH swt tidak akan mengubah nikmat yang

telah di berikannya kepada suatu kaum sehingga kaum itu

mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ) anfaal :53

Ya, ALLAH swt sudah menetapkan, perubahan ke atas

sesuatu akan terlaksana andainya kita

mulakan dengan diri kita dahulu.

Ummah akan berubah jika kita berubah dahulu.

ISLAM akan tertegak jika kita berjaya mengISLAMkan diri kita dahulu.

Kemenangan akan muncul jika kita telah berjaya memperbaiki diri kita dahulu.

PERUBAHAN DIRI ITU PERLU

Oleh itu, perubahan diri perlu di lakukan.

Jangan tangguhkan walaupun sesaat.

Susah itu sunnatullah.

Tetapi susah itu tidak boleh di jadikan alasan untuk kita berhenti dari

melakukan perubahan tersebut.

PERMULAAN UNTUK BERUBAH.

1) KEFAHAMAN ( AL FAHMU )

Perubahan yang di lakukan perlu di mulakan dengan kefahaman yang sahih.

bagaimana mahu berubah jika tidak faham.

Seperti menjawab peperiksaan, bagaimana mahu menjawab jika soalan

peperiksaan tidak di fahami ?

2) USAHA ( KASBU)

Setelah faham, maka kita perlu berusaha bersungguh - sungguh

untuk melakukan perubahan tersebut .

Kemahuan yang tidak di iringi dengan usaha adalah sia- sia.

Sebagai contoh, kita mahu berjaya tetapi jika kita tidak

berusaha belajar bersungguh -sungguh maka kita tidak akan berjaya.

3) BERTERUSAN( ISTIQAMAH )

Setelah melaksanakan perubahan tersebut, kita perlu memastikan

perubahan tersebut kekal berterusan kerana jika kita

tidak memastikan ianya berterusan, tidak mustahil

perubahan tersebut akan kembali seperti asal.

PERUBAHAN, ADA CABARANNYA.

Perubahan yang baik tidak akan terlepas dari cabaran,

tidak akan jauh dari pujukan dan rayuan terutama syaitan.

Bukankah syaitan telah berjanji untuk menyesatkan anak Adam dari

melakukan kebaikan dan ketaatan kepada ALLAH swt.

Jadi, perlulah kita mengiringi amal perubahan kita itu

dengan pengaduan dan keyakinan kepada ALLAH swt.

Perbanyakkan amal -amal yang dapat mendekatkan diri kita

kepadaNYA kerana pengabdian yang berterusan kepada ALLAH swt

akan melahirkan sinergi yang luar biasa terhadap

kekuatan iman seseorang.

~ semakin kuat iman , semakin dekat kita dengan ALLAH swt

kerana iman yang kuat mampu memelihara diri dari

melakukan perkara yang di benci oleh ALLAH swt.

~ iman yang kuat akan menjadi benteng pertahanan

yang ampuh dari di kalahkan oleh syaitan dan anasir yang merosakkan.

JADIKAN SYURGA, MOTIVASI UTAMA.

Syurga merupakan impian bagi sebilangan besar

umat MUHAMMAD saw yang telah bersyahadat.

Oleh itu, marilah kita jadikan syurga sebagai motivasi

untuk kita melakukan perubahan ke arah apa yang

ALLAH swt perintahkan.


Berubah

Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Lagu/lirik : Deden Supriadi












No comments: