Tuesday, June 14, 2011

Cinta Misi : Cinta Dakwah Kita




"Cinta kepada dakwah mendorong kita mencintai SEMUA
ORANG dan SEMUA TUGAS yang ada di sepanjang jalan
menuju misi itu. Disini berkekalan cinta untuk
melakukan sesuatu tugas laksana enjin dan
bahagian-bahagian lain sesebuah kenderaan: tidak
penting siapa penumpangnya.

Saidina Khalid bin Al-Walid mencintai jihad, bukan
menikmati saat-saat membunuh orang. Dia mencintai
“tugasnya”, kerana itu nescaya untuk mencapai misi
dakwah. Maka dia menikmati kesulitan di jalan itu
lebih dari apa pun juga.

Saidina Khalid bin Al-Walid telah berkata, “Berada
pada suatu malam yang dingin membeku dalam suatu
pertempuran, lebih aku sukai daripada tidur bersama
seorang gadis dimalam pengantin”.

Jom ikut contoh sahabat-sahabat besar Rasulullah
(r.anhum) di malam-malam akhir Ramadan supaya menjadi
bekal sepanjang 11 bulan yang akan datang di medan
dakwah dan dunia yang mencabar.

Semoga ummat dan da’ie mencintai misi dakwah, terus
istiqamah di atas jalan dakwah dan dunia setakat di
dalam poket tetapi hati dipenuhi Kebesaran Allah.

Rujukan: Tarbawi, Edisi 106 Th. 7, Rabi’ul Awwal 1426

No comments: