Saturday, June 4, 2011

Ibrah drama yang mengesankan.

Lama rasanya tidak mengemaskinikan isi -isi blog ini.

Rasa masa yang ada sangat mengekang diri ini.~ alasan kah ? sifat daie kan terancang hidupnya. muhasabahlah wahai diri.

Semalam selepas balik dari sharing, ketika berada didalam teksi tiba - tiba ternampak sebuah drama version misr. Pergaduhan dua pasangan muda sehinggakan berlaku tolak menolak. Pasangan lelaki telah menolak pasangannya sehingga terlentang di tengah jalan raya. Geram sangat melihat tindakan pemuda trsebut. Terhenti seketika degupan jantung kami melihat adegan tersebut.

Selepas itu,kami masing- masing telah membuat pelbagai kesimpulan dan cetusan rasa di dalam teksi ~alhamdulillah ammu teksi tak bising2 dan mengganggu perbualan kami yang bersemangat itu.

1) Adalah tidak patut bagi seorang lelaki melakukan tindakan atau perbuatan kasar kepada wanita. Cukuplah sekadar mnasihati dan mmbentuk kami dengan cara yang lembut kerana jiwa lembut kami mudah terekesan dngan uslub hasanah itu.

2) Kekerasan hanya akan menakutkan manusia bukan membuatkan manusia menghormati anda.Maka berlemah lembutlah.

3) Si suami perlu belajar memahami sang wanita yang mana dirinya di cipta dengan penuh kelembutan . Berapa ramai suami yang sentiasa ego dengan pasangannya. Mereka itu isteri anda, insan yang melahirkan keturunan anda. Sabarlah memahami dan melentur kami.

4) Pemilihan pasangan sangat perlu dititik beratkan, beristikharahlah mohon petunjuk.

5) pilihlah mereka yang di tarbiyyah kerana walaupun mereka tidak sempurna tetapi mereka bersedia untuk di tarbiyyah dan mentarbiyyah.

# Saya tidak membenci lelaki tetapi saya sangat menghormati lelaki yang mempunyai uslub hasanah terhadap insan di sekelilingnya.

1 comment:

Anonymous said...

Mabruk. Nampaknya anda makin bersedia utk memikul beban da'wah yg makin besar tatkala selesai bergelar siswazah...anda direlung ilmu syarak yg diperincikan harus bersedia dgn sekuat qudrat...impian hari ini adalah kenyataan hari esok, insya Allah