Friday, June 10, 2011

tinta CINTA







# DAKWAH ITU BUSUR YANG SENTIASA MENCARI POSISI YANG TEPAT UNTUK MELEPASKAN CINTANYA ^_^







Lama muhasabah diri, fikir balik perjalanan diri

macam -macam adegan kehidupan

ada yang menarik,sedih,gembira,pahit dan seribu 1 rasa lagi

perasaan?

bila dah berlalu ujian tersebut, ya ALLAH alhamdulillallah

jika tiada ujian, maka aku akan semakin jauh darimu

jika tiada rasa sakit aku takkan mengalirkan air mata

kalau tiada air mata maka hati semakin keras

jika tiada kepedihan itu aku tidakkan akan semakin dekat denganMU

cantikkan gerak kerja ALLAH

kirimkan sesuatu untuk kita muhasabah

bukan untuk kita menangis,bermuram durja dan putus asa

yuk, kuatkan jiwa penuhkan dengan ayat QURAN.alirkan dengan doa

baru kita layak di gelar MUKMIN yang kuat

apatah lagi mereka yang mengaku sebagai DAIE, yang mengibar

panji agama

tentulah lagi banyak kena uji

para ANBIYA pun di uji,malah sangat dasyat siksaan yang diterima

tetapi setiap ujian tersebut tidak pernah membuatkan mereka

melepaskan panji2 ALLAH SWT

kita imbas,kisah para sahabat Bilal bin Rabah, Hamzah Asadullah,

Keluarga yaseer dan ramai lagi

betapa azabnya seksaan yang mereka diterima, betapa peritnya

penderitaan yang di tanggung

TETAPI mereka sesekali tidak gentar apatah lagi mahu berpaling

dari jalan kebenaran

ayuhlah Mujahidah, ayuhlah daie

kuatkan langkah kalian

pasakkan jiwa kalian

pastikan ikatan kita adalah ikatan yang kukuh kerana ALLAH

kerana kita sudah berjanji akan menyampaikan kebenaran

kita sudah berikrar bahawa amanah ini yang perlu kita langsaikan

supaya satu hari nanti kita adalah mata rantai yang mengembalikan

kegemilangan ISLAM

teruskan melangkah

paculah gerakanmu

andai pengakhiran kita semakin menghampiri

amanah yang terpundak, telah kita selesaikan

Apakah yang diperoleh orang-orang yang telah kehilangan Allah dari dalam dirinya? Dan

apakah yang harus dicari oleh orang-orang yang telah menemukan Allah di dalam dirinya?

Sungguh antara yang pertama dan kedua tidak akan pernah sama. Orang kedua akan

mendapatkan segalanya, dan orang pertama akan kehilangan segalanya.





# berbaik sangkalah dengan ujian ^_^

*DAKWAH ITU CINTA *

No comments: